Bila duduk rumah ni kadang-kadang terasa nak makan je kan. Lagi-lagi kudapan atau benda manis. Apa kata kalau boring tu jom buat apam coklat sedap untuk minum petang anak-anak dan keluarga. Cara buat apam coklat gebu dan lembut ni senang je.
Resepi apam coklat ni memang boleh jadi kesukaan semua orang. Jarang kita tengok orang tak suka coklat. Lagi-lagi kalau anda peminat kek coklat moist, resepi apam coklat ni lebih kurang macam tu jugak rasa dia. Lembut, gebu dan bahagian dalam sedikit lembab.
Kalau makan panas-panas waktu baru je dikukus, memang sedap untuk dinikmati. Untung dan berbaloi kalau kita buat sendiri apam ni berbanding beli je di luar. Dapat buat sekali banyak dan boleh berulang-ulang anak-anak makan.
Bagi yang nak buat apam coklat gebu ni, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Asrinna Bakri ni. Follow bahan-bahan dan step yang beliau kongsikan, dapatlah kita buat apam yang gebu dan lembut.
Lihat je gambar apam coklat beliau yang nampak lembab dan cantik kejadiannya, memang buatkan kita terliur. Resepi ni mudah menggunakan pengukus je. Yang tak ada oven tu, bolehlah buat juga apam ni. Jom lihat cara membuatnya.
RESEPI APAM COKLAT GEBU DAN LEMBUT
Untuk resepi ni, kita gunakan sukatan cawan untuk menyukat bahan. Untuk penyukat cawan ni, boleh didapat dari kedai peralatan kek. Pastikan anda gunakan cawan yang sama untuk sukat semua bahan ya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Serbuk koko 1 cawan
- Gula 1 cawan
- Marjerin 1 cawan
- Susu cair 1 cawan
- Telur gred A 3 biji
- Tepung gandum 1 ¼ cawan
- Baking powder 1 sudu kecil
- Baking soda 1 sudu kecil
Cara Buat Apam Coklat Gebu Dan Lembut:
▶️ Mula-mula perlu larutkan serbuk koko dan gula, dan sebatikan semua bahan-bahan.
▶️ Sediakan kuali, kemudian masukkan serbuk koko, marjerin, susu cair dan gula. Gunakan api yang sederhana dan kacau sehingga kesemuanya sebati dan larut.
▶️ Dah sebati tu, boleh tutup api dan ketepikan. Biarkan sejuk dahulu.
▶️ Setelah dah sejuk, masukkan telur dan kemudian ketuk sehingga sebati.
▶️ Dalam bekas lain ayakkan tepung, baking powder dan baking soda. Campurkan kesemua dalam satu bekas tu.
▶️ Selepas tu tuang sikit demi sikit campuran tepung tu ke dalam bahan coklat yang dah dilarutkan tadi. Gaul sehingga sebati.
▶️ Sediakan acuan apam. Kemudian sapukan sikit minyak masak pada acuan.
▶️ Sambil tu panaskan pengukus dulu.
▶️ Seterusnya tuang adunan ke dalam acuan paras yang sesuai. Jangan terlampau penuh.
▶️ Pastikan air dalam pengukus betul-betul menggelegak, kemudian boleh masukkan acuan ke dalam pengukus. Kukus selama 30 minit.
▶️ Dah siap, boleh tunggu sekejap. Kemudian keluarkan apam dari acuan.
▶️ Sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Rahsia Buat Roti Dan DonatYang Gebu Dan Serius Lembut! Resepi Mudah Pakai Mixer Je!
Wahh, betul-betul cantik kejadiaannya. Nampak sangat-sangat lembut. Kalau dipicit, memang terasa kegebuan apam. Yang merekah kat tengah tu yang menampakkan dia lagi sedap.
Apam coklat ni memang rasa pahit-pahit manis. Tak jemu atau muak bila makan lebih 2,3 biji. Sebenarnya resepi ni boleh buat pelbagai perisa lain juga. Gantikan serbuk koko dengan apa-apa sahaja perasa ikut citarasa sendiri.
Nanti bolehlah buat pelbagai perisa yang anda suka. Mudah je kan resepi ni. Nak buat setiap hujung minggu pun tak mengapa. Jangan lupa mencubanya!