Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Tempat Menarik Di Kedah Yang Wajib Kita Jejaki. No 9 Paling Ramai Yang Akan Pergi!

0

Sekiranya diberi pilihan untuk bercuti, biasanya pasti Cameron Highland atau Port Dickson  yang menjadi keutamaan. Namun, sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik yang boleh kita kunjungi dalam Malaysia ni.

Tidak ketinggalan juga Negeri Kedah yang terletak di bahagian utara Malaysia merupakan salah satu tenmpat pelancongan yang ada. Bukan sahaja kaya dengan makanan yang sedap-sedap malah banyak tempat menarik yang wajib kita sampai.

Dalam perkongsian kali ini, saya rungkaikan kepada anda semua 10 tempat menarik yang boleh kita jejak bila sampai ke Negeri Kedah ini.

Pastikan masukkan kesemua tempat-tempat ini dalam rancangan perjalanan anda supaya tidak tertinggal satu pun tempat yang saya cadangkan.

 

MENARA ALOR SETAR

Menara Alor Setar yang merupakan menara ke 19 tertinggi di dunia ini terletak di Alor Setar. Ketinggian menara ini adalan setinggi 165.5 meter. Ia dibina dengan menelan kos sebanya RM40 juta.

Menara Alor Setar adalah salah satu tempat tumpuan pelancong yang datang ke Neegri Kedah. Dari tingkat atas menara ini, kita dapat tengok pemandangan seluruh bandar Alor setar.

Menara Alor Setar memiliki reka bentuk yang menyerupai setangkai padi yang diikat bersama sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.

Selain menjadi menara telekomunikasi dan pusat pelancongan, menara ini juga dijadikan sebagai balai cerap untuk melihat bentuk bulan ketika permulaan kelandar Islam.

Boleh naik ke tingkat atas? Sudah tentu ya! Naik ke bahagian observation deck dan saksiakan panorama pemandangan seluruh bandar Alor Setar yang cantik.

 

MUZIUM PADI

Muzium padi terletak lebih kurang 10 km dari bandar Alor Setar. Muzium ini menerangkan pelbgai kegiatan bagi penanaman dan juga penuaian padi di Negeri Kedah.

Sesuai dengan nama sebagai Negeri Jelapang Padi,, muzium ini juga turut menjalan penyelidikan untuk penanaman padi.

Muzium Padi ini terbahagi kepada beberapa tingkat. Di mana, terdapat tingkat yang mensajikan pameran dan juga lakaran pemandangan indah Bukit Keriang.

Bagi yang suka kan benda bersejarah, sesuai untuk masukkan muzium padi dalam list tempat yang perlu dilawati kelak.

 

PUSAT SAINS NEGARA WILAYAH UTARA

Kalau sebelum ini kita tahu Pusat Sains Negara adalah terletak di Kuala Lumpur, tetapi sejak 2010, satu Pusat Sains Negara bagi wilayah utara ditubuhkan di Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah.

Ianya sudah pasti nya ditubuhkan untuk mendedahkan kepada masyarakat setempat tentang ilmu sains, teknologi dan juga inovosi yang berlaku.

Kedudukan pusat sains negara ini terletak tidak jauh daripada Muzium padi. Jadi, bolehlah yang pergi ke muzium padi terlebih dahulu, kemudiannya terus ke pusat sains ini.

Galeri pameran sains ini mengandungi beberapa seksyen di dalamnya seperti Science Mall, Kids Pavilion, Fascinating Tunne dan lain-lain.

Untuk memasuki ke pusat sains ini, tiket diperlukan dan ada dijual di pintu masuk Pusat Sains Negara Wilayah Utara ini.

 

GUNUNG JERAI

Gunung Jerai yang juga dikenali sebagau Puncak Keddah ini mempunyai ketinggian 1,207 meter dan terletak di sempadan Kuala Muda dengan Gurun.

Uniknya gunung jerai ini, ia juga boleh dilihat dari bandar daerah Pulau Pinang dan dikelilingi dengan sawah bendang. Jika ke sini pada musim padi menghijau, anda akan disajikan dengan Kawasan yang tersangat cantik.

Di puncak Gunung Jerai, ada penginapan yang boleh kita stay untuk tenangkan fikiran dan jadikan percutian yang menenangkan. Untuk ke puncak, kitab oleh menggunakan kenderaan sendiri atau menggunakan van pengangkutan.

Pemandangan dari atas Gunung Jerai ternyata sangat cantik dan boleh berikan kita pengalaman yang luar biasa. Jika kita ke Gunung Jerai ni, jangan lupa untuk mlawat tempat-tempat bersejarah di sana selain melakukan jungle trekking serta mandi air terjun!

 

PANTAI MERDEKA

Jika nak tenangkan fikiran dan hirup udara segar melayan ombak kecil, jangan lupa singgah ke Pantai Merdeka. Pantai pasir putih dengan kepanjangan 1 kilometer ini, pasti boleh buat anda lupa dengan kesibukan kota.

Bukan hanya boleh mandi manda, nak bersantai dan berkelah juga tiada masalah. Banyak aktiviti yang disediakan di sini yang boleh kita lakukan seperti berkayak, manaiki banana boat, dan ski air. Yang pastinya menjadikan percutian anda menarik!

Tak risau untuk anak-anak, mereka juga boleh bermain layang-layang atau main di taman permainan yang disediakan.  Dan ada banyak penginapan yang boleh kita pilih sepanjang kita di sini. Yang pastinya kitab oleh dapat dengan harga yang berbaloi.

 

MUZIUM ARKEOLOGI LEMBAH BUJANG

Muzium Arkeologi ini terletak berhampiran dengan Sungai Batu, Merbok Kedah. Ia terletak dalam ladang kelapa sawit.

Muzium yang dibina sejak tahun 1978 ini dibuka kepada para pengunjung bagi melihat dan melawat tempat yang mempamerkan koleksi seramik, manik-manik kaca, rempah ratus dan pelbagai artifak menarik yang lain.

Tidak hanya itu, terdapat juga artifak dan kesan peninggalan sejarah bagi kerajaan Hindu dimana terdapat candi- candi agama Hindu atau Budha yang dibina semula pada tapak asal.

Bagi yang nak datang melawati muzium arkeologi Lembah Bujang ini, ianya dibuka bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari Isnin hingga hari Sabtu sahaja.

 

ULU LEGONG HOTSPRING

Ulu Legong Hotspring ini terletak di daerah Baling, Kedah. Jarak dari pekan Baling mengambil masa kira-kira 30 minit iaitu sejauh 20 km. Ia merupakan sebuah tempat yang mempunyai beberapa kolam air panas.

Kolam air panas di sini merupakan semulajadi alam yang dibuka selama 24 jam sehari. Namun, ianya dijaga dan diuruskan oleh pihak chalet yang menjadikan sebagai salah satu pusat tarikan pelancong luar negara dan juga pengunjung luar negeri.

Setiap kolam air panas di sini mempunyai suhu yang berbeza-beza bermula 30 darjah celsius ke 60 darjah celsius. Tapi ada juga kawasan yang sedikit tinggi, sehingga jika dipecahkan telur pun boleh masak lah jadinya!

BACA JUGA: Port Makan Paling Best Di Taiping Yang Wajib Korang Cuba

TREE TOP WALK SUNGAI SEDIM

Tree Top Walk Sungai Sedim ini terletak di Daerah Kulim di Kawasan hutan Simpan Gunung Inas. Jadi, Kawasan ini memang penuh lah dengan suasana kehijauan alam semulajadi dan mempunyai sejarah lama.

Tree Top Walk ini agak Panjang dan panjangnya ialah 950 meter dengan ketinggian berbeza-beza. Di mana ketinggian tertinggi yang direkodkan adalag 26m dari paras bawah.

Bahan binaan yang digunakan adalah terdiri daripada besi panel yang disaluti dengan aluminium manakala tapaknya pula adalah lebih fleksibel.

Pembinaan Tree top Walk ini dibina dengan penuh hati-hati agar tidak merosakkan mana-aman flora dan fauna yang terdapat dalam hutan ini. Jika berpeluang, anda memang akan jumpa dengan binatang-binatang liar.

Beruk, ungka, ular kapak dan banyak lagi yang boleh kita jumpa. Kita dinasihatkan untuk memakai topi bagi mengelak serangga atau daun jatuh ke atas kepala.

Tiket masuk bagi dewasa adalah RM10 dan kanak-kanak bermula 7 tahun sehingga 17 tahun adalah sebanyak RM6 sahaja. Ia dibuka pada hari Isnin sehingga Ahad bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang.

 

 PULAU LANGKAWI

Tak sah lah kalau ke Kedah tak pergi Langkawi. Langkawi ni merupakan satu tempat pelancongan yang popular setanding Cameron Highland, port Dickson dan sebagainya. Uniknya Langkawi ia terlatak di sebuah pulau.  Kerana itulah ia dinamakan sebagai Pulau Langkawi.

Nak masuk ke Pulau Langkawi sudah tentu perlu menaiki feri untuk sampai ke sana. Penduduk di sana juga berbilang bangsa dan agama. Penduduk yang bermastautin di Langkawi juga hampir mencecah seramai 15,000 orang.

Bukan sahaja dikenali sebagai Kawasan bebas cukai, malah Langkawi juga terkenal sebaga ipusat pelancongan yang menarik kerana mempunyai pantai dan kehidupan marin yang menakjubkan.

Bagi meraikan kedatangan pelancong yang datang ke Langkawi, terdapat banyak aktiviti yang ada dan boleh kita lakukan sepanjang berada di Langkawi.

Selain melawat tempat bersejarah seperti maham Mahsuri, telaga Tujuh, kita juga boleh melakukan aktiviti lain seperti Parasailing di Tanjung Rhu, Sewa helikopter dan keliling pulau, snorkelling, Skytrex, Cable Car dan banyak lagi yang menjanjikan kepuasan maksima!

Penginapan yang terdapat di Langkawi ini tersangatlah banyak. Kita boleh sahaja buat pilihan daripada yang harga murah, medium serta exclusive. Bagi yang keliru untuk bawa kenderaan ke Langkawi, disarankan untuk sewa sahaja di sini sekiranya percutian anda maksima 3 hari 2 malam.

Tapi sekiranya lebih, amat digalakkan untuk membawa kenderaan sendiri kerana ianya lebih menjimatkan dan memudahkan perjalanan.

 

MASJID ZAHIR

Yang terakhir sekali adalah Masjid Zahir yang terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar. Masjid ini menjadi tugu bagi Negeri Kedah dimana mempunya satu kubah besar berwarna hitam. Lima kubah kecil disekelilingnya pula melambangkan 5 rukun iman yang wajib kita Imani.

Masjid ini telah dibina pada tahun 1912, dan bermakna usia masjid ini sdah mencecah 108 tahun. Senibina yang terdapat pada masjid ini sering menjadi tarikan para pengunjung untuk menjalankan sesi photoshoot selain turut mengimarahkan masjid berkenaan.

Masjid Zahira tau dikenali juga sebagai masjid zahrah ini merupakan antara masjid yang tercantik di dunia dari sudut senibinanya. Sesuai dengan nama masjid ini yang memberikan maksud cantik dalam Bahasa Arab.

Jadi kepada anda yang berkeinginan ke Negeri Kedah untuk melancong atau percutian, boleh masukkan senarai tempat menarik yang boleh kita pergi dari senarai di atas.

Selamat bercuti!

Leave A Reply

Your email address will not be published.