Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Senarai Penginapan Terbaik Untuk Percutian Hari Keluarga Di Melaka!

0

Melaka sering menjadi tempat pilihan sebagai destinasi percutian kebanyakan rakyat Malaysia. Selain Melaka, Port Dickson, Cameron Highland, Genting dan juga Langkawi merupakan antara destinasi pilihan utama kita.

Namun, bandaraya Melaka biasanya tak pernah sunyi dan lengang terutamanya di hujung minggu. Kepadatan penduduk setempat ditambah dengan pengunjung dari luar negeri menjadi punca ramainya orang di Melaka pada sesuatu musim cuti.

Tidak dinafikan, Melaka yang menjadi tempat tumpuan pelancong baik dalam dan luar negara kerana Melaka merupakan Bandaraya yang melakar pelbagai sejarah Tanah Melayu.

Kesan-kesan tinggalan British dan penjajah lain masih wujud dan ada di Bandaraya Melaka ini. Bandar Melaka bandar Hijau adalah slogan negeri ini yang mementingkan kebersihan dari segala jenis sampah sarap yang ada.

 

TEMPAT PENGINAPAN MENARIK DI MELAKA

Bila dah sampai ke Melaka tak cukup untuk stay sehari sahaja. Ada banyak tempat yang boleh kita pergi dan masukkan dalam list kita di Melaka. Makanan dan minuman viral, tempat-tempat bersejarah, pantai yang cantik.

Namun, dalam perkongsian kali ini, saya akan share dengan anda semua 10 tempat penginapan yang menarik dan awesome untuk anda stay sepanjang berada di Melaka bersama keluarga tercinta.

 

LIMASTIGA UMBAI MELAKA

Limastiga Umbai mempunyai 3 buah villa besar yang terletak di Umbai, Melaka. Villa ini mengetengahkan konsep moden dan konsep tradisional sekali gus dalam satu penginapan. Ketiga-tiga villa ini dikelilingi dengan pokok-pokok dan pemandangan hijau yang menenangkan mata memandang.

Apa yang menariknya, setiap villa ini mempunya pool yang tersendiri atau private pool yang mana sangat menjadi idaman semua orang. Kadang-kadang ada yang tidak terlalu suka untuk berkongsi pool dengan orang lain melainkan keluarganya sahaja.

Dalam sesebuah villa ini, ia boleh menempatkan seramai 18 hingga 35 orang bergantung kepada ahli keluarga kita. Villa Lima Suite, Villa Limastiga, Villa Limastiga + adalah nama-nama villa yang ada dan boleh kita pilih di sana.

 

QASHRINA QRUISE

Puteri Qashrina Chalet terletak betul-betul berhadapan Pantai Puteri Melaka. Bagi yang belum tahu, Puteri Qashrina Chalet kini dah ada satu qruise yang dinamakan Qashrina Qruise dan terletak bersebelahan dengan Chalet mereka.

Apa yang menarik, Qashrina Qruise ni berbentuk sebuah kapal cruise yang besar. Jika berdiri di atasnya, kita boleh nampak terus ke Pantai Puteri yang luas terbentang di hadapan Qruise ini.

Kapal ini boleh memuatkan seramai 100 orang dan mempunyai 4 tingkat termasuk bahagian dek atas sekali.

Bestnya, qruise ini hanya akan dibuka untuk mereka yang buat family day, atau ada kursus dan sebagainya. Dengan minimum 50 orang sahaja, seluruh qruise ini akan dilock untuk kita sahaja.

Inilah peluang untuk kita satu keluarga menikmati pemandangan luar biasa dari atas kapal qruise di darat yang pertama di Melaka.

 

TEA HILL HOMESTAY MELAKA

Siapa yang tak suka untuk stay dekat tempat yang menenangkan dan suasana kampung. Tambah lagi kawasannya agak luas, bersih dan selesa. Kalau nak buat family day pun memnag sesuai!

Ada kolam renang depan bilik, dan gelanggang futsal kat sebelahnya untuk kita main game family day dan beriadah.‍‍‍‍‍ Di sini ada 4 unit rumah homestay kesemuanya. Setiap rumahnya tersedia bilik air, 1 katil queen dan 1 katil single.

Selain itu, setiap rumah turut disediakan tv, aircond, mini peti sejuk dan water heater. Sangat berbaloi kan! Bukan tu je tau. Kat sini turut ada kemudahan cafe, bbq, dan aktiviti memancing. Lengkap percutian kita dengan keluarga kat sini.

‍‍‍‍‍‍Lokasinya strategik dan tak jauh pun dari bandar. Berdekatan je dengan tol Ayer Keroh. Tak perlu korang tempuh kesesakan bandar nak sampai ke sini.

 

LABAYU PENGKALAN BALAK

Chalet ni antara yang terbaru di Melaka. Yang menariknya, kolam renang kat sini adalah yang terbesar di Pengkalan Balak, dengan saiz 40 x 15 kaki yang berada kat depan bilik je.

Siap ada pancuran air kat kolam dewasa dan kanak-kanak lagi. Boleh berendam sampai jam 10 malam. Bestnya kalau conquer semua bilik dan berendam dengan saudara mara je kan.

Kat sini menawarkan 1 rumah homestay dan 6 unit chalet dalam suasana kampung. Dengan bilik yang moden, kat dalamnya ada katil king ala 5 stars. Confirm selesa untuk kita sekeluarga.

Apa yang menarik kat sini:

  • Kolam renang besar depan bilik
  • Bilik lengkap kemudahan
  • Murah
  • Dekat dengan pantai
  • Dekat dengan tempat makan best

 

HOMESTAY INAP DESA WARISAN DUYONG

Kalau nak bercuti korang mesti suka cari tempat yang tenang ala ² kampung.. Homestay Inap Desa ni memang best gileer sebab selesa dan boleh memuatkan ramai orang.

Homestay ini ada 7 unit.. Ada 2 kategori rumah yang boleh korang pilih :

  • Teratak 5 Bersaudara
  • Teratak Paduka Tuan

Yang paling best banyak kemudahan yang korang boleh akses secara percuma kalau stay kat Homestay Inap Desa ni. Antaranya adalah :

  • Penggunaan kolam: 7pg – 9mlm
  • Perkakas memasak dan tong gas
  • Set pit BBQ (penyepit dan kipas)
  • Breakfast Percuma untuk semua tetamu.
  • Water dispenser (air panas dan air sejuk)
  • Boleh berjemaah di suarau berdekatan

Homestay ini berhampiran dengan dari pusat kawasan pelancongan seperti

  • Galeri Warisan 1 minit
  • Perigi Hang Tuah 5 minit
  • Perkampungan Hang Tuah 5 minit
  • Ikan Bakar Muara Sg Duyong 6 minit
  • Ikan bakar umbai dan anjung batu 15 minit
  • MITC 15 minit
  • Zoo Melaka, Taman Buaya & Wonderland 20 minit

 

 C YAYA GUESTHOUSE, HOMESTAY & RESORT

Seronok tak terkata lah anak-anak kalau menginap di sini. Bukak pintu je boleh terus terjun kolam sebab kolamnya berada di betul-betul depan pintu kita.

Cantiknya pula bangunan bilik warna warni yang digunakan untuk manrik perhatian kita. Kalau bergambar, confirm cantik! Bolehlah upload di InstaSory.

Homestay ini mempunyai 1 buah banglo, 5 unit cottage, 10 unit bilik studio dan 1 unit juga bilik VIP. Jadi kita boleh pilih je nak stay dekat bilik mana dengan harga yang berbeza-beza. Homestay C Yaya menerapkan konsep moden yang luas dan selesa.

 

DESA DAMAI CHALET

Kalau datang ke Melaka, jangan lupa untuk menginap di Desa Damai Chalet. Chalet ni terletak betul-betul berhadapan dengan Pantai Pengkalan Balak.

Antara pantai yang menjadi tarikan di negeri Melaka untuk bermandi manda dan buat aktiviti riadah. Dari tingkap chalet je pun dah boleh nampak view laut terbentang luas tau!

Kedudukan laut memang dekat je dengan chalet. Best kalau berkumpul kat pangkin yang disediakan sambil BBQ dan makan-makan. Boleh terasa udara nyaman dari laut. Sekelilingnya pun dipagar.

Jadi, kita akan rasa selamat dan privacy. Bagi yang ada anak kecil, tak perlu risau untuk diorang bermain2. Ada 5 buah chalet yang sangat cantik dan selesa untuk 2/3 pax:

 

  • Chalet Exclusive (4 unit)
    • 1 queen bed
  • Chalet Premium (1 unit)
    • 1 queen bed + 1 single bed

JULIA HOMESTAY KUALA LINGGI

Satu lagi homestay yang boleh kita stay di Melaka ialah di Homestay Julia Kuala Linggi. Terletak di kawasan perkampungan dan berdekatan dengan Pantai Kuala Linggi dan Medan Ikan Bakar Terapung Fort Supai.

Jika stay dekat sini, kita boleh menginap dengan santai dan tenang jauh dari kawasan bandar. Di sini, ada 4 unit homestay, 1 chalet batu, dan 3 chalet kayu berberanda untuk beristirehat. Sesuai untuk keluarga yang nak berkumpul seramai 30-40 pax.

 

BACA JUGA: Tempat Menarik Di Kedah Yang Wajib Kita Jejaki. No 9 Paling Ramai Yang Akan Pergi!

 

Kolam renang pun turut ada di hadapan homestay dan chalet untuk anak-anak mandi dan berendam.

  • Julia Homestay (4 unit)
  • Julia Chalet Batu (1 unit)
  • Julia Chalet Kayu (3 unit)

Yang bestnya, kedudukan homestay ini berdekatan dengan Pantai Kuala Linggi (800m). So, boleh lah kita buat aktiviti laut sepanjang bercuti di Melaka.

 

UMANG-UMANG CHALET

Memang best betul kalau dapat stay kat chalet Umang-umang ni. Dapat hirup udara segar sambil bercuti bersama keluarga tercinta. Siapa yang nak rasa percutian yang lagi best. Sangat disuggestkan untuk booking bilik beach. Chalet yang bentuk segi tiga tu

 

Di sini ada beberapa jenis bilik yang korang boleh menginap seperti :

  • Bilik Beach (5 unit)
  • Bilik family (2 unit)
  • Bilik Deluxe ( 4 unit)
  • Bilik standard (18 unit)
  • Bilik seaview (10 unit)
  • Bilik superbeach (3 unit)
  • Bilik superiorbeach (4 unit)
  • Bilik family Seaview (12 unit)

Chalet ini sesuai juga untuk siapa yang planning untuk bercuti, Reunion atau Family day sebab chalet ni ada lebih kurang 58 bilik kesemuanya.

 

Banyak aktiviti yang korang boleh buat kalau bercuti di sini.. Antaranya adalah :

  • Memancing ikan di tepi laut
  • Sukaneka dewasa dan kanak-kanak
  • BBQ
  • Mandi di tepi laut
  • Kolam mandi kanak²
  • Karaoke

 

HOMESTAY LEN D VILLAGE

Kalau nak bercuti dan buat family gathering, jom plan dengan keluarga pergi menginap di Homestay Len D di Melaka.

Homestay yang penuh dengan view menghijau dan privacy ni, memang best untuk kita habiskan masa bersama keluarga sahaja! Persekitarannya tenang sangat, bersih dan selesa bakal memberikan kita pengalaman luar biasa.

Paling bestnya dekat homestay ni ada 2 kolam renang yang khas untuk dewasa dan kanak-kanak. Seronok betul lah kalau dapat berendam dari pagi hingga ke malam.

Homestay ini terletak di Merlimau Melaka dan mempunyai 8 unit penginapan yang sesuai untuk percutian keluarga yang ramai. Antara kelebihan yang ada kat homestay ni termasuk mempunyai taman permainan kanak-kanak, aktiviti bbq, game ps4 dan urutan reflexology.

Memang best dapat buat macam-macam aktiviti santai. Taman mini arnab pun ada untuk anak-anak bermain dan bergambar.

Waah! Tak sangka juga di Melaka ni ada banyak tempat penginapan yang best dan menyeronokkan. Bukan sahaja lengkap dengan fasiliti yang disediakan, malah harga yang ditawarkan juga amatlah berbaloi.

Kepada yang nak datang ke Melaka ni, terutamanya yang mencari tempat penginapan untuk Hari Keluarga, boleh masukkan senarai-senarai tempat penginapan menarik yang saya sertakan di atas.

Kami harap, perkongsian kali ini dapat membantu anda semua yang sedang mencari penginapan terbaik buat family tercinta!

Leave A Reply

Your email address will not be published.