Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Port Makan Paling Best Di Taiping Yang Wajib Korang Cuba

0

Port Makan Paling Best Di Taiping Yang Wajib Korang Cuba bila dah sampai ke sini. Kalau dengar nama Taiping disebut, terbayang bandar -bandar lama yang terletak di Negeri Perak.

Taiping ni merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong juga, selain Melaka dan Penang. Sebab Taiping merupakan antara bandar terawal yang muncul pada zaman awal pemerintahan.

TEMPAT LOMBONG BIJIH TIMAH

Disebabkan kaya dengan bijih timah, dan menjadi antara penyumbang ekonomi kepada Negara, nama Taiping dahulunya dikenali sebagai Klian Pauh. Klian memberi maksud ‘lombong’ dan Pauh merupakan buah manga bersaiz kecil.

Jarak perjalanan dari Ipoh ke Taiping mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit sehingga 2 jam bergantung kepada perjalanan.

Antara tempat -tempat bersejarah dan menjadi tumpuan untuk kita mengenang Kembali sejarah di Taiping ni, boleh lah kita lawati :

  • Muzium Taiping

  • Penjara Taiping

  • Sekolah King Edward VII (sekolah Bahasa Inggeris pertama dibina 1883

  • Taman Tasik Taiping

  • Zoo Taiping

Bandar Taiping juga sering menjadi tempat pilihan bagi sekolah – sekolah untuk membuat lawatan sambal belajar baik dari peringkat tadika (zoo taiping) sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi.

Tetapi, bila dah sampai ke Taiping haruslah singgah beberapa tempat makan yang popular bukan hanya di kalangan mereka di situ, malam sebutan sehingga ke alam maya.

Dah puas berjalan, belajar banyak perkara dari bandar bersejarah ini, perut juga akan minta diisi dengan makanan. Tekak pula haus penat berjalan.

Berikut saya kongsikan port makan yang wajib korang singgah bila berkesempatan untuk sampai ke Bandar Taiping, Perak ini.

 

Bismillah Cendol

Bismillah Cendol ni antara yang paling famous dan wajib untuk mereka yang sampai sini untuk singgah. Dah Namanya pun cendol, Bismillah Cendol ni memang menyajikan cendol sebagai makanan utama selain kitab oleh makan rojak pasembor yang turut ada dalam menu.

Kedai nya agak kecik berada di Jalan Barrack, Taiping Perak. Dah penat jalan tu, cuaca pulak panas membahang, elok lah singgah sekejap pekena cendol Bismillah ni.

 

Rumah Makan Nasi Talam

MACAM ZAMAN DULU-DULU

Zaman dulu-dulu, memang biasa makan dengan hidangan 1 talam sebegini. Biarkan lauk di tengah, dan kita duduk bersila mengelilingi talam berkenaan. Namun, kini ianya semakin dihapuskan kerana semakin hari semakin moden.

Makan di meja makan sambal dihidang dengan pelbagai makanan terus dari dapur. Restoran Makan Talam ini, bagaimanapun mengekalkan tradisi ini sehingga kini.

Untuk menggamit memori zaman dulu, mereka menghidangkan makanan menggunakan talam lama ini. Harga juga dikira perset mengikut talam dan makanan yang disediakan.

Pergi sahaja ke Makan Talam yang terletak di  Jalan Kuala Kangsar, Cangkat Jering Taiping ini, terdapat pelbagai menu lauk yang boleh kita pilih mengikut selera dan citarasa kita. Ulam ulaman juga tidak dilupakan sebagai penyedap makanan.

 

Roti Bakar Arang Fadzil

Terletak di Bandar PokoK Assam, kedai roti bakar ini seringkali menjadi tumpuan ramai orang Ketika makan pagi kerana dibuka bermula jam 7 pagi sehingga 12 tengah hari sahaja.

Menu utama sudah pasti roti bakar yang dibakar menggunakan arang menjadi punca utama mereka berjaya menarik pelanggan yang setia. Pelbagai jenis roti bakar disediakan iaitu roti kahwin, roti goyang juga roti kukus.

Tidak hanya roti bakar yang harum, malah terdapat juga menu lain yang boleh kita makan di sana seperti nasi lemak, bihun sup dan mee kari.

 

Ilham Rasa Café

Satu lagi restoran yang menjadi pilihan ramai. Roti dengan sekaya pandan menjadi kegilaan pengunjung café ini.

Bukan sahaja sedap, malah sos dia agak berlemak dan enak dimakan. Tidak hanya menu itu, ilham café turut menyakikan mee wantan yang menjadi tarikan untuk ke sini. Makanan ala-ala Chinese food ini, bukan sahaja disukai oleh kaum cina, malah pengunjung melayu turut menggemarinya.

 

Gulai Semilang Assam Kumbang

Restoran Gulai Semilang ini terletak di jalan Tun Salleh, Assam Kumbang dan menjadikan ikan semilang sebagai menu utama mereka.

Kalau dah sampai ke Taiping, memang tak sah lah kalau tak singgah di kedai makan yang satu ni. Kadang-kadang lalu kawasan tu pun sanggup singgah nak pekena lauk ikan semilang di sini.

 

BOLEH PILIH IKAN SEMILANG SENDIRI

Apa yang menariknya, pelanggan boleh memilih saiz ikan sendiri dalam kotak yang disediakan di ruang hadapan kedai. Bukan sahaja memudahkan, malah pelanggan berpuas hati dapat makan makanan yang panas-panas walaupun terpaksa menunggu sementara ia dimasakkan.

Namun, bagi mereka yang tidak suka menunggu, terdapat banyak jenis lauk pauk yang tersedia untuk terus dimakan. Pelbagai jenis binatang dan pelbagai jenis masakan.

Haa cukup lima sahaja tempat makan menarik di Bandar Taiping Perak ini. Saya yakin terdapat banyak lagi senarai yang menjadi antara penarik tempat makan di Taiping ini. Kepada yang nak kongsikan, boleh kongsikan di ruang komen ya.

Selain Taiping ada banyak lagi port makan yang boleh kita jelajah untuk merasai keunikan dan kesedapan makanan mereka. Cuma, jika ke Taiping lima ini yang mendapat suggested paling tinggi.

Mungkin ada juga beberapa port makan lain di Taiping yang tidak tersenarai dalam perkongsian kali ini lebih sedap dan famous. InsyaAllah nanti kita kongsikan lagi dalam perkongsian seterusnya ye.

Terima kasih dari kami. Semoga perkongsikan Port Makan Paling Best Di Taiping Yang Wajib Korang Cuba ini dapat membantu korang yang tak tahu nak makan apa bila dah sampai ke taiping nanti. Semoga bermanfaat!

Leave A Reply

Your email address will not be published.