Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Idea Unik Buat Sendiri Sofa Bawah Tangga, Wanita Ini Buat Kita Teruja Tengok Hasilnya!

0

Bagi rumah yang dua atau tiga tingkat, pasti akan ada ruang bawah tangga kan. Ruang tu biasanya itu lah tempat simpan barang, simpan kotak simpan barang-barang yang tak guna. Akhirnya bersawang!

Tapi perkongsian daripada Cik Puan Norasly Omalicha ni betul-betul membuka mata kita. Banyak sebenarnya benda yang kita boleh untuk letakkan dekat situ rupanya. Rumah pun akan jadi lebih kemas dan teratur bila orang datang menziarah.

Bila tengok hasilnya, tak sangka juga yang ianya dibuat oleh air tangan seorang wanita tau. Sepenuhnya dibuat oleh Cik Puan Norasly kita ni. Serious cantik sofa DIY ni!

Kepada yang memang ada plan nak buat sesuatu di bawah tangga rumah macam ni, tapi tak tahu nak buat apa, bolehlah baca perkongsian ni. Mana tahu boleh idea yang bernas dan hasilkan sesuatu yang di luar jangkaan!

Jom kita baca perkongsian yang beliau sharekan di facebook ni.

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat semua. Ni saje je nak share projek 3 tahun lepas, masa tu nak start bulan puasa dan saya ambik masa sebulan untuk siapkan. Maklumlah puasa dan tugas harian lagi. Asalkan siap sebelum sehari nak raya.

Semua saya buat sorang-sorang cuma bila part nak mengangkatnya baru mintak tolong suami dan anak bujang. Selebihnya saya buat pelan-pelan, selalu bila nak DIY atau Makeover sesuatu yang berat-berat saya pastikan benda tu senang digunakan sebab tu saya pasang roda dan tali di bawah sofa tu.

Jadi, kalau nak vacuum habuk-habuk bila time mengemas senang sikit tarik je, sebelum ni dok fikir apa yang saya nak buat untuk bawah tangga, fikir dok fikir end of the day sudahnya buat sofa je lah senang.

Bila ada tetamu atau adik beradik datang ada anak kecik boleh letak kat situ. Dan anak-anak pun suka sangat baring tidur kat bawah. Walaupun bilik dah ada sorang satu pun kadang-kadang diaorg malas nak naik atas.

Jangan kata budak-budak, orang tua pun kalau dah dapat lending lena terus sampai esok.

Sofa ni juga boleh simpan barang-barang kat dalam. Yang paling penting tahan lasak sebab bila dah ramai-ramai memang suka lending kat situ kena pulak bila dah kekenyangan pasang kipas confirm lena.

So saya harap dengan projek yang saya share ni dapat memberi inspirasi buat sahabat-sahabat yang mana dok fikir tak tahu nak buat apa untuk bawah tangga tu, boleh la try buat sofa macam ni.

Kain velvet blue yang lebih tu saya hantar jahit kat kedai. Time ni dah penat tak kuasa nak menjahit sebab raya lagi sehari dua je, sempat lagi tu pi cari kekabu nak buat bantal Panjang. Kalau dah lending kena lah ada bantal baru lah boleh lena di buai mimpi.

Untuk hiasan dinding bawah tangga tu saya beli frame cermin kecik-krcik ni yang murah-murah je sudah, lepas tu saya spray color dua tone of Gold dan Silver Sparkling biar nampak macam mahal sikit lah walaupun murah je.

BACA JUGA: Deco Rumah Dari Setinggan Jadi Kondo Guna Wallpaper, Wanita Ini Kongsikan Cara Jimat Dan Murah Tapi Nampak Mewah!

 

So ini lah hasilnya bila orang perempuan bertukang.

Jangan tanya berapa saya habis untuk buat sofa besar bawah tangga ni sebab ada barang-barang yang dah ada dekat store. Saya cuma beli barang-barang yang mana perlu tambah je.

Selalu kalau terfikir nak bertukang, terus buat tak dan nak tulis kira-kira berapa. Barang-barang di bawah boleh dapat di tempat ni:

  • Span kuning sekeping = RM2.50 ( hardware )

  • Kayu 4×4, 2×4, plywood tebal setengah inci ( hardware )

  • Roda ( Ace Hardware )
  • Kain Velvet Blue ( Sportlight )
  • Buttons Diamond ( Lazada @ Shoppe )
  • Bamboo Banting ( Sportlight )
  • Polyester Fiber Batting ( Sportlight )

Nak hias rumah tak semestinya kena beli barang mahal-mahal, pandai-pandailah nak matchkan bagi cantik yang penting belanja ikut kemampuan, walaupun kadang-kadang kita mampu beli tapi kalau boleh jimat lagi bagus.

Kalau boleh DIY atau Makeover sendiri lagi bagus, sebab bila kita buat sesuatu dari hasil kerja tangan kita sendiri kepuasan dia tu lain dari beli yang sedia ada.

Bukan semua benda kita boleh buat dan bukan semua benda kita boleh beli. Kalau rasa takda idea boleh search di You Tube, Pinterest, Blog & lain2 Website untuk dapatkan info idea terbaru.

Tapi bila dah siap tu rasa tak puas menung tengok hasil kita buat sendiri tu kan. Bangga dengan diri sendiri. Tambahan pula suami, anak-anak dan kawan-kawan semua puji cantik!

Lepas ni kalau ada orang nak datang rumah atau ahli keluarga dan tidur semalam dua pun akan rasa teruja sebab rumah dah bersih, cantik dan kemas.

Salah satu perkara yang penting dalam mencantikkan rumah ni, ialah pemilihan warna. Warna sangat memainkan peranan penting untuk memastikan kita rasa tenang je nak tinggal dalam rumah kita sendiri.

Macam mana nak tahu warna yang sesuai untuk kita dan keluarga. Setiap warna ada melambangkan  makna tertentu tau. Jom saya kongsikan :

 

WARNA CAT RUMAH MAMPU MEMPENGARUHI ‘MOOD’ KITA 

  1. Kuning

Selain warna kuning oren ni membantu menyalurkan pencahayaan yang baik dan memberikan kesan luar pada rumah kita, warna ini jugak boleh menjadikan suasan ceria dan aktif.

Selain bilik tidur, warna kuning ni sesuai digunakan di ruang dapur atau ruang makan untuk meningkat selera.

 

  1. Merah

Warna merah ni sebenarnya dapat meningkatkan semangat seseorang, membangkitkan selera makan sekaligus boleh menaikkan suasa romantic dan sensual.

Cat warna merah ini, kalau silap cara boleh meningkatkan tekanan darah jugak. Disebabkan itu, warna merah agak tidak sesuai  untuk digunakan di ruang tidur. Risau memberikan aura yang negative dan boleh menjadikan seseoarang tidak tenteram.

 

  1. Biru

Warna biru memang ramai yang suka dan gemarkannya. Antara yang menjadi pilihan untuk digunakan di ruang bilik tidur, seperti warna biru dan lilac. Sebab warna ni, boleh membangkitkan suasana tenang dan boleh buat kita tidur dengan lebih lena.

Warna biru juga ada beberapa jenis biru kan. Jika yang digunakan itu biru lembut, suasana  akan jadi lebih tenang dan boleh membuatkan kawasan kita jadi lebih luas.

Namun, jika warna yang digunakan warna gelap, dia akan menjadikan suasana lebih kelihatan mewah dan exclusive. Lebih – lebih lagi bila digabungkan dengan warna yang boleh menaikkan suasana mewah seperti gold atau silver.

  1. Kelabu / Warna Neutral – Bersifat Fleksibel

Warna Kelabu ni salah satu warna fleksibel. Warna fleksibel ni biasanya sesuai digunakan dengan semua jenis warna yang menjadi warna utama.

Gabunagn warna dengan warna kelabu ini menjadikan ruang tampak lebih luas , moden dan lebih kemas. Warna kelabu ni boleh dikatakan sebagai warna selamat dan sesuai digunakan di semua ruang yang ada dalam rumah kita.

 

  1. Tona Hijau

Siapa yang suka kan alam semula jadi, pastikan akan suka gunakan warna hijau ni. Selain menjadikan kawasan tu menenangkan  dan ceria. Lagpipun, untuk mencerahkan mata, kita sememangnya digalakkan untuk melihat warna hijau. Sejukk je.

INGAT, KOMBINASI WARNA SANGAT PENTING!

Warna memberikan impak dan kesan yang besar dalam keadaan rumah seseoarang. Bukan sahaja boleh mengawal mood kita selaku pemilik rumah, malah turut membantu untuk meluaskan atau menyempitkan Kawasan rumah kita.

Warna biru yang dipilih oleh akak kita ni memang sangat sesuai untuk melahirkan rasa tenang dan menjadikan ruang lebih kemas, mewah dan exclusive. Dari hasil yang dibuat, memang nampak cantik dan seronok bila dipandang.

Kepada yang nak cuba, saya ucapkan selamat mencuba. Dan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.