Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Pelbagai Menu Masakan Sayur Simple Je Tapi Wajib Ada Setiap Hidangan. Resepi Mudah Yang Semua Orang Boleh Buat!

0

Sesetengah orang tak lengkap hidangan dia kalau tak ada sayur kan. Tapi memang betul dan sebaiknya wajibkan ada sayur dalam setiap portion makanan kita.

Barulah boleh sihat bila ambil pemakanan yang betul. Protein ada, serat ada, lemak ada, karbo pun ada. Semua ada badan sihat, kenyang pun dapat.

Terutama bila kita ada anak kecil, lagilah ianya bagus dalam membantu tumbesar anak-anak kita tau. Jadi, jangan skip menu masakan sayur untuk anak-anak. Galakkan mereka.

Dekat bawah ni saya kongsikan beberapa resepi masakan sayur yang kita boleh buat untuk hidangan makanan tengah hari atau malam. Tak lah bosan kalau ada satu jenis je kan. So, tinggal follow je nak buat yang mana.

 

SAYUR CAMPUR

Resepi masakan paling simple yang boleh kita buat. Apa yang ada dalm petit u, hiris dan campak dalam kuali. Maka jadilah sayur campur. Nak tambah isi ayam pun bolehs ebagai penyedap rasa.

RESEPI SAYUR CAMPUR

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 9 biji jagung muda
  • 13 biji kacang peas
  • ½ batang lobak merah (hiris bulat)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • Cendawan shitake kering (rendam dengan air panas dan hiris sederhana besar)
  • ½ biji kubis (gunakan saiz kecil)
  • 15 biji bebola ikan (saiz besar dibelah 2)
  • ½ biji bawang holland (dihiris nipis-nipis)
  • 3 biji bawang putih (dicincang kasar)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil maggi cukup rasa
  • 2 sudu besar air
  • Minyak untuk menumis

CARA PENYEDIAAN SAYUR CAMPUR :

▶ Untuk membuat sayur campur ni, terpulang kepada sayur apa yang ada dalam peti ais kita.

▶ Mula-mula, hiris kubis secara memanjang. Dan teruskan dengan bahan-bahan lain ada yang potong serong, yang penting mudah untuk dimakan.

▶ Kemudian, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang holland dan bawang putih hingag naik bau.

▶ Seterusnya, masukkan bebola ikan. Kacau sekejap kemudian masukkan sayur-sayur yang kita dah potong tadi.

▶ Perasakan dengan garam dan perasa makanan.

▶ Masukkan sedikit air dan sos tiram. Kacau sekejap supaya semuanya sekata.

Tutup api dan boleh dihidangkan!

 

SAYUR KACANG BUNCIS GORENG

Kalau buat sayur kacang buncis ni, sebelum nak hidangkan tu dah banyak ratah dulu. Hehe sebab memang favourite betul kacang buncis ni, buat masak apa pun cepat je licin satu mangkuk!

RESEPI SAYUR KACANG BUNCIS GORENG

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • ½ kilo kacang buncis
  • ½ kilo udang kertas
  • 1 biji lobak Merah
  • ½ biji capsicum kuning
  • 1 biji cili merah
  • Garam (ikut cita rasa
  • ½ cawan air
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA PENYEDIAAN SAYUR KACANG BUNCIS GORENG :

▶ Mula-mula sekali, kupas kulit udang dan belah bahagian belakangnya. Bersihkan kotoran dan basuh bersih-bersih. Toskan seketika

▶ Kemudian, hiris kacang Panjang, capsicum dan juga lobak merah. Bawang putih basuh dan mayang untuk menumis.

▶ Seterusnya, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau dan bertukar warna keperangan. Dah perang terus masukkan udang tadi. Biarkan udang masak seketika.

▶ Masukkan lobak merah dan juga kacang buncis. Sengaja dimasukkan lobak merah lambat sedikit sebab sedap dimakan rangup. Jika suka yang lembut dan masak lebih, boleh masukkan awal sebelum udang.

▶ Kacau rata dan masukkan sedikit air. Bila air tu dah mendididh, masukkan cili merah dan capsicum. Perasakan dengan garam dan kacau sekata.

▶ Bila dah siap, bolehlah hidangkan dengan hidangan yang lain juga tau!

 

SAYUR KAILAN IKAN MASIN

Menu wajib ada kalau makan tomyam ala Thai. Selain sayur kalian ikan masin ni, satu lagi yang wajib ada ialah telur dadar. Memang tak sahlah makan tomyam kalau tak ada dua lauk ni, tak lengkap jadinya!

RESEPI SAYUR KAILAN IKAN MASIN

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 4 batang kailan
  • 2 keping ikan masin tenggiri
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 biji cili padi
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar serbuk secukup rasa maggi
  • Garam (jika perlu)
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA PENYEDIAAN SAYUR KAILAN IKAN MASIN :

▶ Pertama sekali, basuh kalian bersih- bersih, potongkan bahagian yang boleh dimakan. Toskan sekejap.

▶ Tumbuk kasar bawang putih dan juga cili padi.

▶ Seterusnya, panaskan minyak, goreng ikan masin dulu. Balik-balikkan supaya masak kedua-dua belah.

▶ Kemudian teruskan masukkan bahan tumbuk tadi. Biarkan seketika. Masak sekejap sampai garing. Tuangkan sos tiram dan gaul lagi.

▶ Masukkan sayur kalian dan gaulkan sekejap agar sayur kalian tu mesra dengan bahan-bahan yang kita tumis tadi.

▶ Perasakan dengan garam dan bahan perasa jika perlu. Sebab ikan masin dah cukup masin.

▶ Jika dah rasa okay, boleh terus tutupkan api.

 

TIP :

Jangan masak terlalu lama sebab nanti kalian ni akan layu. Sayur kalian sedap dimakan sedikit rangup. Bila rasa dah okay, terus angkat dan hidangkan dalam mangkuk.

 

SAYUR BAYAM TUMIS PEDAS

Biasanya makan sayur tumis belacan ni kalau dihidangkan dengan lauk ayam masak merah atau sambal ikan tenggiri. Memang sedap kombinasi dual auk ni, nasi pastikan panas-panas. Jangan lupa sambal belacan dengan ulam timun ye!

RESEPI SAYUR BAYAM TUMIS PEDAS

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 ikat bayam merah
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 15 biji cili padi
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil garam
  • ½ sudu bahan perasa
  • 2 sudu besar minyak masak untuk menumis
  • ¼ cawan air

CARA PENYEDIAAN SAYUR BAYAM TUMIS PEDAS :

▶ Mula-mula sekali, kita potong bayam tu dan bersihkan. Bilas berkali-kali risau ada pasir dan binatang kecil. Kemudian toskan

▶ Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili padi.

▶ Seterusnya panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sampai sedikit garing dan naik bau.

▶ Kemudian, masukkan sos tiram, garam juga bahan perasa. Kacau sebati semua bahan-bahan ni.

▶ Then, masukkan sayur bayam. Kacau sekejap baru masukkan sedikit air.

▶ Bila sayur dah sedikit layu, bolehlah hidangkan untuk santapan tengah hari kita.

 BACA JUGA: Pelbagai Resepi Masakan Udang Yang Marvellous! Dari Menu Moden Sampailah Menu Kampung!

KANGKUNG TUMIS BELACAN

Hidangkan dengan nasi putih dan ikan goreng panas-panas. Cukup lah makan boleh menambah jadinya! Kangkung tumis belacan ni memang sedap rasanya, campur pulak dengan tauhu goreng halus-halus. Padu!

RESEPI SAYUR KANGKUNG TUMIS BELACAN

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 ikat kangkung
  • 2 ketul tauhu
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 1 inci belacan
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil maggi secukup rasa

CARA PENYEDIAAN SAYUR KANGKUNG TUMIS BELACAN :

▶ Mula-mula sekali, potong sayur kangkung dan rendam dengan garam lebih kurang dalam ½ jam.

▶ Kemudian, basuh dan bersihkan. Jika rendam dengan air garam ni, kalau ada bintanag kecil yang ada dalam kangkung, akan mati dan keluar waktu tu.

▶ Seterusnya, tumbuk bawang merah, bawang putih belacan dan juga ikan bilis sampai lumat. Boleh juga guna kisar kering.

▶ Potong tauhu kecil-kecik. Tak perlu goreng dulu sebab kejap lagi kita akan gorengkan.

▶ Kemudian, panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sampai sedikit garing dan naib au.

▶ Masukkan tauhu dan goreng sebentar dalam 2- 3 minit.

▶ Seterusnya masukkan kangkung. Gaulkan supaya kangkung sekata dengan bahan tumis tadi.

▶ Akhir sekali, perasakan dengan garam dan maggi secukup rasa. Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BENDI GORENG

Waah! Dapat makan bendi goreng ni dengan nasi kandar memang sedap. Bukan hanya bendi rebus je, sebab asal nama bendi sesuai dimakan dengan nasi kandar. Masakan bendi goreng ni simple je nak buat, tapi rasa dia memang sedap!

RESEPI BENDI GORENG

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 5-6 batang bendi (cuci bersih dan hiris menyerong)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 genggam ikan bilis (bersihkan)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis

CARA PENYEDIAAN BENDI GORENG :

▶ Mula-mula sekali, hiriskan bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan tadi sehingga kekuningan.

▶ Kemudian, masukkan serbuk kunyit dan kacau sekejap.

▶ Seterusnya, masukkan ikan bilis yang kita dah bersihkan tadi. Goreng sekejap sampai ikan bili ssedikit garing.

▶ Masukkan bendi, dan masukkan garam. Gaul rata semua bahan tadi sehingga bendi sedikit layu. Bila dah masak, barulah tutupkan api.

▶ Siap dan sedia untuk dimakan!

Haa, lepas ni senang bila nak dah bosan dengan satu jenis lauk je, boleh tukar-tukar menu yang ada. Follow je resepi yang saya kongsikan ni, InsyAllah sedap dan seluruh keluarga pun suka.

Anak-anak yang tak suka makan sayur, boleh kreatifkan menu dan masakan. Contohnya buat lobak merah rebus sahaja. Tapi lobak tu, buat pelbagai bentuk untuk menarik perhatian mereka. Lagi menarik, lagi mereka suka.

Untuk yang mana baru kahwin, yang baru je nak belajar masak sikit-sikit sangat sesuai untuk follow resepi sayur sedap yang saya kongsikan ni. Kalau mak-mak bila ditanya resepi, main campak aje jawapan dia. Hehe

Selamat mencuba ya semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.