Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Pelbagai Masakan Sup Yang Simple Dan Mudah. Resepi Terbaik Untuk Hidangan Harian Satu Keluarga!

0

Ada yang suka makan lauk jenis sup? Nak buat sup ni masakan paling simple dan mudah nak buat. Dan ada beberapa jenis sup yang kita boleh buat untuk hidangan seisi keluarga.

Bila sebut sup, terbayang beberapa perkara sahaja. Sama ada anak-anak dan juga orang sakit. Bila kita tahu nak masak sup yang sedap, minta sup apa pun kitab boleh buat dengan mudah.

Kalau sebelum ni memang biasa buat sup ayam je kalau di rumah. Tapi di kedai boleh makan sup tulang, sup ekor, sup daging, dan bermaca-macam jenis sup yang ada. Jadi, saya kongsikan beberapa resepi sup yang sedap dan awesome ni!

Apa yang best, resepi -resepi sup ni dah ramai yang buat, dengan hanya follow resepi yang saya kongsikan dekat bawah ni. Alhamdulillah sekali buat pun berjaya jadi sedap dan padu!

Ada sesetengah sup, sedap dimakan dengan sambal kicap hitam. Lebih menjimatkan masa, kalau buat sup ni untuk makan tengah hari, boleh buat banyak-banyak untuk hidangkan bihun sup wakty minum petang!

 

SUP AYAM SIMPLE

Sup ayam ni memang kegemaran anak-anak lah. Dah lah senang je nak buat dan seronok tengok bila diorang berselera nak makan. Selain baik untuk anak-anak, yang dewasa juga sesuai untuk makan sup ayam ni. Baik untuk kesihatan. Yang belum pernah buat, boleh cuba resepi ni ya.

RESEPI SUP AYAM SIMPLE

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • ½ ekor ayam (potong kecil-kecil)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 bunjut rempah sup
  • 4 biji kentang
  • 1 biji lobak merah
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu kecil garam
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Daun sup dan daun bawang untuk hiasan

CARA PENYEDIAAN SUP AYAM SIMPLE :

▶ Bersihkan ayam, dan potong kepada saiz yang lebih kecil.

▶ Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih hali dan juga sup bunjut. Tumis sekejap sampai naik bau.

▶ Kemudian, masukkan lobak merah dan ubi kentang. Letak sedikir air untuk bagi kentang empuk. Boleh tutup periuk supaya proses cepat masak.

▶ Masukkan ayam dan air serata dengan ayam. Masak sehingga ayam betul-betul masak.

▶ Tabur serbuk lada hitam dan kacau seketika. Biarkan kuah mendidih.

▶ Perasakan dengan garam dan bahan perasa

▶ Akhir sekali, tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.

 

SUP TULANG ALA THAI

Jika ada tulang memang sup tulang menu masakan terbaik yang boleh kita makan. Nak makan sup tulang ni, makan panas-panas hidangkan juga dengan kicap pedas dan telur dadar. Memang padu rasa dia!

RESEPI SUP TULANG ALA THAI

Bahan- bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 kg tulang lembu – dibersihkan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Beberapa biji buah pelaga
  • 1 biji bawang holland – dibelah enam
  • 2 biji tomato – dibelah empat
  • Air secukupnya
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto secukup rasa

 

BAHAN TUMBUK :

  • ½ sudu besar biji lada hitam
  • 1 peket sup bunjut
  • 1 peket sup tulang
  • ½ labu bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 3 batang akar daun ketumbar

 

BAHAN SAMPINGAN :

  • Bawang goreng
  • Daun ketumbar
  • Limau nipis ( ambil jusnya sedikit)
  • Cili padi atau cili kampung (ditumbuk kasar)
  • Minyak bawang putih
  • Sos ikan

CARA PENYEDIAAN SUP TULANG ALA THAI :

▶ Rebus tulang lembu sehingga betul-betul empuk. Sementara itu, Kisar bahan-bahan kisar sehingga betul lumat.

▶ Masukkan 3 sekawan, kemudian tuang bahan-bahan kisar tersebut ke dalam periuk. Masukkan air secukupnya. Masak sehingga tulang betul-betul lembut.

▶ Bila dah empuk, perasakan dengan garam, bahan perasa dan juga gula. Sebelum tutup api, masukkan bawang holland dan tomato.

 

TIP :

▶ Masakan sup tulang ni kena ada masam, manis dan juga masin.

▶ Jangan lupa sediakan minyak bawang putih sebagai bahan sampingan yang menjadi pelengkap hidangan.

 

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH

▶ Sediakan beberapa ulas bawang putih. Cincang kasar bawang putih dan gorengkan seketika.

▶ Pastikan api mesti ditutup sebelum bawang putih bertukar warna jadi keperangan. Bawang tetap akan perang walaupun ditutup api. Masukkan dalam balang, bawang putih berserta minyak gorengan tadi. Nak makan, boleh masukkan sikit dalam sesudu dua.

 

SUP TELUR CHINESE STYLE

Lauk ni nampak simple, tapi sedap dia memang tak boleh bawak bincang. Sup telur Chinese style ni, mempunyai rasa unik yang sangat sedap. Kalau untuk orang kurang sihat, sup macam ni boleh meningkatkan rasa!

RESEPI SUP TELUR CHINESE STYLE

Bahan-bahan yangi diperlukan adalah :

  • 3 keping cendawan tiram (dicarik)
  • 3 batang crab stick
  • 3 ketul crab ball
  • 2 biji bawang putih (dicincang)
  • 1 inci halia (dicincang)
  • 2 cawan air
  • 1 sudu besar tepung jagung larutkan dengan ½ cawan air
  • 1 ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu besar serbuk stok ayam
  • 1 biji telur dipukul sebati

CARA PENYEDIAAN SUP TELUR CHINESE STYLE :

▶ Mula-mula, masukkan air, bawang putih, halia dan juga serbuk stok ayam ke dalam periuk. Pasang api, dan biarkan dia mendidih.

▶ Hiris crab stick, crab ball dan carik-carik cendawan. Masukkan ke dalam kuali dan biarkan masak sepenuhnya.

▶ Kemudian, masukkan tepung jagung dan biarkan kuah menjadi sdikit pekat.

▶ Perasakan dengan garam dan bahan perasa.

▶ Akhir sekali, masukkan telur dan gaul membentuk pusaran dengan perlahan sampailah habis telur masak.

▶ Rasa semua dah okay, boleh padamkan api!

 

SUP SAYUR ALA THAI

Sesekali makan masakan thai boleh cuba buat masakan ni. Walaupun sup sayur tapi rasa dia memang padu, sedap dan marvellous! Buat extra, boleh hirup makan sup sayur sahaja!

RESEPI SUP SAYUR ALA THAI

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • ½ biji bawang holland
  • ½ batang celery
  • ½ batang karot
  • 1 biji tomato
  • 1 mangkuk kecil brokoli
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 biji limau nipis ambil jus
  • 1 mangkuk kecil cendawan tiram
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • Garam
  • Perasa makanan
  • Minyak

 

BAHAN KETUK :

  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 1 batang serai
  • 2 biji cili padi

CARA PENYEDIAAN SUP SAYUR ALA THAI :

▶ Bersihkan semua bahan-bahan sayur yang kita gunakan.

▶ Hiris kecil-kecil bawang holland dan juga sayur-sayur tersebut.

▶ Ketuk bawang putih, halia dan serai. Ketuk sedikit hancur. Jangan lupa ketuk juga cili padi.

▶ Mula-mula sekali, panaskan minyak, dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu.

▶ Seterusnya, masukkan lobak merah dan saleri. Tumis sebentar kemudian boleh masukkan air dan juga tomato. Tomato tu belah 4 tau.  Biarkan kuah mendidih seketika

▶ Bila kuah dah mendidih, masukkan brokoli. Biarkan layu dan masak sekejap.

▶ Perasakan dengan garam, perasa dan juga sos ikan. Kacau sampai semua bahan sekata je rasa dia.

▶ Boleh tambah air jikaa kuah dah sedikit kering. Sesuaikan dengan banyak mana kuah yang kita nak makan.

▶ Masukkan daun limau purut untuk naikkan rasa dan aroma limau purut tu.

▶ Akhir sekali, masukkan cendawan tiram dan masukkan jus limau nipis. Kacau semua sebati, boleh padamkan api.

BACA JUGA: Hidangan Soto Ayam Dengan Kuah Yang Sedap Terangkat, Menu Special Yang Mudah Untuk Disediakan!

SUP EKOR

Sup ekor ni menjadi kesukaan generasi mak ayah kita biasanya. Jarang-jarang juga dengar belia remaja yang suka makan sup ekor ni. Ada tapi sikit bilangannya. Nak makan sup ekor ni, dekat kedai Thai lagi padu rasa supnya!

RESEPI SUK EKOR

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • ½ kg ekor lembu (potong siap-siap)
  • ½ kg daging lembu ( boleh potong kiub)
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 pokok akar daun ketumbar
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 1 pcs kulit kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 keping asam keping
  • 1 batang lobak merah (potong dadu)
  • 1 tangkai daun saderi (potong dadu)
  • ½ batang lobak merah
  • ½ tangkai daun saderi
  • ½ cawan minyak masak
  • 1 jug air
  • 1 sudu besar pati ayam Knorr atau 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 paket perencah sup ekor Adabi
  • ½ biji bawang holland

CARA PENYEDIAAN SUP EKOR :

▶ Mula-mula sekali, kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, lobak merah dan juga batang saderi. Pastikan semua bahan hancur dikisar.

▶ Seterusnya, panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga. Tumis sampai naik wangi.

▶ Bila dah naik bau, masukkan bahan kisar. Masak sehingga bahan tumis kekuningan. Kemudian masuk perencah sup ekor Adabi.

▶ Masukkan daging yang dipotong kiub dan ekor lembu dalam periuk. Tambahkan air, akar ketumbar, asam keping, lobak merah dan batang sader yang kita potong dadu.

▶ Tutup periuk dan masak daing sehingga empuk. Boleh juga masak menggunakan pressure cooker atau Noxa dan sebagainya untuk bagi daging cepat empuk.

▶ Bila daging kita dah empuk, perasakan dengan garam dan bahan perasa.

▶ Akhir sekali, masukkan daun ketumbar sebagai hiasan.

 

SUP IKAN MERAH DENGAN LOBAK MERAH DAN PEGAGA UNTUK IBU PANTANG

Untuk ibu berpantang, memang sangat sesuai dengan masakan begini. Banyak pantang dan petua yang perlu kita follow bagi ibu berpantang ni. Jangan risau, semuanya untuk kebaikan diri kita juga kan.

Tapi nak buat lauk, tidaklah KHAS untuk yang berpantang sahaja. Kita pun boleh je nak makan dengan nasi panas berwap!

RESEPI SUP IKAN MERAH DENGAN LOBAK MERAH CAMPUR PEGAGA

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 potong ikan merah (basuh dengan air asam jawa untuk hi)
  • 2 ketul halia
  • ½ sudu kecil  garam bukit
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 3 biji bawang putih (dicincang halus)
  • 1 mangkuk air
  • 1 lobak merah (dihiris panjang)
  • 1 mangkuk kecil pegaga

CARA PENYEDIAAN SUP IKAN MERAH DENGAN LOBAK MERAH CAMPUR PEGAGA :

▶ Mula-mula sekali, basuh ikan merah, potong kepada beberapa bahagian kecil.

▶ Kemudian, tumbuk halia sedikit hancur.

▶ Untuk lobak merah dan bawang putih, boleh hiris nipis memanjang.

▶ Masukkan ikan, halia tumbuk, lobak merah, bawang putih, garam, serbuk lada hitam dan juga air ke dalam periuk. Bukak api dan masak menggunakan api yang perlahan sahaja.

▶ Bersihkan pegaga dan siramkan dengan air panas sahaja. Tak perlu rendam atau celur.

▶ Bila dah siap, masukkan pegaga yang dah sedikit layu tu ke dalam mangkuk sup kita.

▶ Untuk ibu berpantang lauk ni memang sedap dan sangat baik untuk kesihatan!

 

TIP :

▶ Untuk hilangkan hanyir ikan, boleh basuh bersih-bersih menggunakan air asam jawa.

Waah! Ada banyak koleksi resepi sup simple yang boleh kita buat ni. Almaklumlah bila ada anak-anak kecil di rumah, sudah pastil auk macam ni yang menjadi target ibu-ibu masak. Simple dan sedap!

Walaupun niat di hati buat untuk anak-anak, kita yang dewasa pun confirm akan makan sama kan. Jadi buat extra pun tak apa. Alang-alang dah semua suka.

Kalau korang yang baru nak belajar masak, sesuai sangat untuk tahu macam mana nak masak beberapa jenis sup yang saya kongsikan ni. Mana tahu ada ahli keluarga yang sakit dah nak makan masakan sup macam ni. Bolehlah kita hidangkan.

Share dulu pekongsian ini di wall facebook masing-masing ya. Boleh beri manfaat kepada orang lain dan kita pun mudah nak cari bila nak buat nanti.

Saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.