Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Pelbagai Masakan Singgang Yang Sedap Dan Awesome! Hidangan Paling Ringkas Tapi Punya Rasa Yang Sangat Padu!

0

Pernah makan makanan singgang? Biasanya kalau sebut makanan singgang ni terbayang masak ikan je kan. Hidangkan pula denga nasi putih panas atau bubur nasi yang awesome!

Sebenarnya nak buat masakan singgang ni bukan dengan ikan je sebab boleh juag buat dengan daging lah, sotong lah dan binatang yang lain. Yang penting semuanya sedap semuanya!

Resepi singgang ni sesuai lah kalau nak buat bila rasa macam nak buat masakan yang simple tapi marvellous!

Jom saya kongsikan beberapa resepi masakan singgang yang boleh kita boleh buat dengan pantas. Hidangkan untuk makan malam atau makan tengah hari!

 

SINGGANG TULANG SEMPOI

Jika ada tulang, selain buat sup tulang boleh juga buat masakan singgang letops ni. Buat dengan rasa pedas sikit, memang terangkat!  Atau boleh sediakan dengan sambal kicap pedas yang awesome!

RESEPI SINGGANG TULANG SEMPOI

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 kg tulang lembu
  • 5 tangkai cili kering
  • 1 inci lengkuas
  • 2 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih (diketuk)
  • 1 inci kunyit
  • 1 sudu ketumbar (ditumbuk)
  • 2 keping asam keping

CARA PENYEDIAAN SINGGANG TULANG SEMPOI :

▶ Basuh tulang sehingga bersih.

▶ Kemudian, letak tulang dalam periuk. Campurkan kesemua bahan-bahan dan air sehingga tenggelam tulang lembu tersebut.

▶ Masak di atas dapur sehingga daging tulang empuk.

▶ Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Jika suka pedas, boleh tambah cili padi.

 

SINGGANG SOTONG

Jarang juga nak jumpa masakan singgang sotong ni. Tapi orang kampung biasa mak ayah kita yang tua-tua ini lah lauk mereka. Sehabis simple kalau boleh nak masak tapi rasa memang tak boleh nak cakap lah. Padu!

RESEPI SINGGANG SOTONG

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 200 gram sotong
  • 2 biji bawamg merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato
  • 3 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 cawan air

CARA PENYEDIAAN SINGGANG SOTONG :

▶ Mula-mula, masukkan serai, cili padi, bawang merah, bawang putih serta halia ke dalam air.

▶ Bukak api sederhana besar dan biarkan mendidih.

▶ Kemudian, masukkan sotong dan daun limau purut. Kacau seketika.

▶ Bila dah mendidih boleh masukkan tomato. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

▶ Sotong dan masak sempurna, tomato dah sedikit lembut dan rasa pun dah ngam boleh padamkan api. Siap dan sedia dihidang!

 

SINGGANG IKAN TONGKOL

Masakan singgang ikan tongkol ni lah yang biasanya kita selalu buat dan jumpa. Uniknya kali ni, warnanya agak lebih kuning berbanding plain yang selalu dibuat. Tapi rasanya tak perlu nak pertikai sebab memang sentiasa padu!

RESEPI SINGGANG IKAN TONGKOL

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 keping ikan tongkol
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit lengkuas
  • Garam secukup rasa
  • 2 keping asam keping
  • Sedikit gula nise
  • 10 cawan air
  • Cili padi

CARA PENYEDIAAN SINGGANG IKAN TONGKOL :

▶ Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit serta lengkuas sehingga sedikit hancur. Tumbuk manja-manja je.

▶ Satukan kesemua bahan kecuali cili padi ke dalam periuk. Masakkan sehingga ikan masak.

▶ Perasakan dengan garam dan gula nisan. Masukkan cili padi dan tutup api.

▶ Siap untuk dihidangkan! Sedap dimakan bersama dengan sambal belacan.

 

SINGGANG IKAN KEMBUNG

Ikan kembung pun antara ikan yang sedap dimakan dengan masakan singgang. Makan dengan nasi panas memang terbaik! Jika suka boleh juga masukkan bendi!

RESEPI SINGGANG IKAN KEMBUNG

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 ekor ikan pelaling (ikan lain pun boleh)
  • 1 biji bawang merah
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji kunyit hidup
  • 1 batang serai
  • Air secukupnya untuk kuah
  • Secubit garam
  • Secubit kiub pati ayam knors

CARA PENYEDIAAN SINGGANG IKAN KEMBUNG :

▶ Mula-mula sekali, hiris semua bawang, halia, kunyit, dan serai yang diketuk

▶ Masukkan semua bahan yang sudah dihiris tadi kedalam periuk beserta ikan.

▶ Masukkan air sehingga paras setengah periuk, rebus sehingga mendidih.

▶ Kemudian masukkan garam dan sedikit kiub pati ayam knors.

▶ Masak sebati dan siap, sedap dimakan bersama nasi panas

BACA JUGA: Aneka Masakan Ikan Siakap Yang Marvellous! Hidangan Mudah Untuk Jamu Seisi Keluarga!

IKAN TENGGIRI SINGGANG

Ikan tenggiri singgang ni favourite family saya! Sedap dimakan dengan dengan bubur nasi panas-panas. Singgang ni masakan yang bagus untuk kesihatan dengan halia dan lengkuas yang digunakan!

RESEPI IKAN TENGGIRI SINGGANG

Bahan-bahan yang diperlukan adalah untuk :

  • 8 keping ikan tenggiri (saiz kecil)
  • 1 biji bawang putih (dihiris)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 biji kunyit (dihiris)
  • 2 hirisan lengkuas
  • 7 biji cili hijau
  • Sedikit Halia (dihiris)
  • 8 biji bendi
  • 5 keping asam keping
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN IKAN TENGGIRI SINGGANG :

▶ Panaskan air dalam periuk. Kuantiti air bergantung kepada masing-masing.

▶ Sebelum tu, ikan tenggiri dibersihkan guna pes asam jawa yg dicampur sedikit air untuk hilangkan bau ikan.

▶ Masukkan bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lengkuas, cili hijau dalam periuk. Biarkan sampai mendidih.

▶ Bila dah mendidih, masukkan ikan tenggiri.

▶ Selepas ikan separuh masak, masukkan sayur bendi dan biarkan ianya masak.

▶ Masukkan juga garam dan asam keping. Biarkan seketika sehingga mendidih.

▶ Pastikan api tidak besar bagi memastikan ikan tidak terlebih masak dan hancur.

▶ Setelah ikan dan bendi dah masak, boleh tutup api dan hidangkan.

 

SINGGANG DAGING MUDAH

Bila ada daging lebih, boleh cuba buat daging singgang ni. Fuh! Lauk masakan ni kalau dapat makan, memang tak pandang belakang dah! Makan pun siap bertambah nasi tau.

RESEPI SINGGANG DAGING MUDAH

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 600 gram daging (kalau suka daging yang ade lemak boleh jugak)
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 3 Biji Bawang merah
  • 1 Inci Halia
  • 2 Inci Lengkuas
  • 1 sb Biji ketumbar (ditumbuk kasar)
  • 4 biji Cili kering (klau nak pedas tambah lg)
  • ¼ Gula melaka @ nise (kalau pakai yang besar klau yg kecik potong 2)
  • 3 Keping Asam keping
  • Air secukupnya
  • Garam, Gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN SINGGANG DAGING MUDAH :

▶ Sediakan bahan-bahan tadi. Hiris nipis-nipis tau. Kalau daging banyak korang lebihkan bahan-bahan.

▶ Masukkan semua bahan-bahan tadi dan biarkan mendidih.

▶ Buka api sederhana kecil sebab nak bagi daging tu lembut dan rasa tu meresap ke dalam daging.

▶ Daging dah empuk perasakan dengan garam dan bahan perasa. Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Fuuh! Bila tengok satu per satu resepi masakan singgang yang dikongsikan ni memang boleh buat kita kecur air liur je rasa. Dapat rasa sedapnya kuah singgang ni dimakan panas-panas!

Masakan singgang ni wajib untuk semua orang tahu dan belajar buat. Sesekali bila rasa nak buat masakan yang simple boleh masukkan singgang ini sebagai menu yang dipilih.

Untuk yang baru nak belajar masak singgang, boleh share dulu resepi yang saya kongsikan di atas ni. InsyaAllah semuanya mudah-mudah sahaja!

Saya ucapkan selamat mencuba kepada semua kawan-kawan!

Leave A Reply

Your email address will not be published.