Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Pelbagai Masakan Menggunakan Tauhu Yang Awesome! Hidangan Ringkas Tapi Rasa Memang Padu!

0

Masakan menggunakan tauhu? Kedengar pelik sebab biasanya tahu ni bukanlah makanan utama dalam hidangan. Kalau tidak dibuat dengan sambal kentang atau ikan bilis, jadi bahan ketika nak makan mee kari.

Ataupun sebagai kuih hidangan petang jadi tauhu sumbat. Rupanya banyak lagi menu makanan yang boleh kita buat dengan menggunakan tauhu putih ni. Sedap tak payah cakap memang tip top lah!

Dekat bawah ni saya kongsikan beberapa resepi masakan tauhu sebagai hidangan. Boleh jadikan makanan sampingan seperti masakan sayur ye tapi rasa dia memang cukup padu dan korang wajib cuba kalau ada yang belum pernah korang jumpa.

 

SAMBAL TEMPE, KENTANG DAN TAUHU BERAPI

Kalau dihidangkan dengan masakan sambal tempe, kentang dan tauhu ni jarang nak boleh tolak. Sedap dia tu memang tak boleh nak bincang. Makan pulak dengan nasi panas berwap! Sambal ni boleh buat banyak-banyak dan bila nak makan boleh panaskan aje.

RESEPI SAMBAL TEMPE, KENTANG DAN TAUHU BERAPI

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

BAHAN-BAHAN PERLU GORENG GARING

  • 2 bungkus Tempe ( potong nipis )
  • 2 biji Ubi Kentang ( potong nipis )
  • 2 keping Tauhu ( goreng dan potong nipis)

 

BAHAN-BAHAN KISAR KASAR :

  • 10-15 biji Cili Padi Hijau
  • 10-15 biji Cili Padi Merah
  • 2 biji Bawang Besar

 

BAHAN SEMASA TUMIS

  • 1 kiub Pati Ikan Bilis
  • Garam dan Gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN SAMBAL TEMPE, KENTANG DAN TAUHU BERAPI :

▶ Potong atau hiris bahan-bahan yang perlu digoreng garing.

▶ Kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar kasar bersama minyak gorengan tadi dan masukkan bersama kiub pati ikan bilis.

▶ Tumis sehingga naik minyak. Seterusnya, perasakan dengan garam dan gula.

▶ Agak hampir kering boleh tutup api dapur dan masukkan bahan-bahan yang telah digoreng garing tadi. Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

SAMBAL KERING KENTANG BERSAMA TAUHU

Sedapnyaa dapat makan sambal kering pedas macam ni. Makan pulak dengan nasi panas-panas memang sedap terangkat! Selain nasi putih, sedap juga dimakan dengan pulut.

RESEPI SAMBAL KERING KENTANG BERSAMA TAUHU

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 biji kentang
  • 2 ketul tauhu
  • 1 biji bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 mangkuk kecil cili padi (kisar)
  • 1 inci belacan (kisar)
  • 1 asam keping
  • ½ biji bawang besar (potong nipis/bulat)
  • 5 sudu makan minyak masak (untuk menumis)
  • Secubit besar garam
  • 1 sudu kecil gula
  • Secubit serbuk perasa

CARA PENYEDIAAN SAMBAL KERING KENTANG BERSAMA TAUHU :

▶ Mula-mula, kentang dan tauhu tu potong nipis-nipis. Kemudian goreng sekejap sehingga garing. Angkat, tos dan ketepikan seketika.

▶ Cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan ditumbuk atau blend kasar. Kemudian tumiskan hingga pecah minyak dan masukkan asam keping.

▶ Bila dah masak dan bahan tumis dah sedikit garing, masukkan ikan bilis, kentang dan tauhu yang ditoskan tadi, gaul rata dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.

▶ Masukkan hirisan bawang besar, gaul rata dan tutup api. Siap untuk dihidangkan!

 

TUMIS TAUHU DAN TAUGEH

Salah satu sayur yang kita boleh buat sebagai pelengkap hidangan adalah masakan tumis tauhu dengan taugeh ni. Rasa dia memang sedap dan nak buat pun simple je.

RESEPI TUMIS TAUHU DAN TAUGEH :

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 ketul tauhu (potong kiub)
  • 3 biji bawang kecil (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • Setengah batang lobak merah (hiris jejari)
  • Setengah lada benggala (dihiris)
  • Semangkuk taugeh
  • Sesudu sos tiram
  • Seketul kiub pati ikan bilis
  • Sedikit lada putih

CARA PENYEDIAAN TUMIS TAUHU DAN TAUGEH :

▶ Tauhu dipotong kiub dan goreng dengan minyak panas. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan seketika

▶ Sediakan bahan-bahan sayur dan tumisan.

▶ Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum. Masukkan sedikit sos tiram dan seketul kiub pati ikan bilis. Gaul sebatikan.

▶ Kemudian, masukkan lada benggala dan lobak merah. Tambahkan sedikit lada putih.

▶ Setelah itu, masukkan tauhu yang telah digoreng tadi ke dalam kuali. Biarkan sebati. Kalau tak nak letakkan garam pun boleh sebab kiub pati ikan bilis dan sos tiram tu dah cukup masin. Perlahankan api.

▶ Masukkan taugeh. Gaul sebentar dan tutup api. Tak perlu lama untuk elak taugeh layu. Siap untuk dihidangkan.

 

SUP TAUHU

Untuk yang suka makan sup jangan lupa untuk buat sup tauhu ni. Makan panas-panas dengan nasi putih memang best! Nak nampak lebih menarik, masukkan sekali lobak merah dan boleh taburkan dengan daun sup dan daun bawang!

RESEPI SUP TAUHU

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • ½ dada ayam (dipotong dadu)
  • 1 biji tauhu lembut (saiz besar dipotong dadu)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • ¼ biji bawang merah india (dicincang kasar)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • ½ inci halia (dihiris nipis)
  • 6 cawan air
  • 1 ½ sudu kecil maggi cukup rasa
  • ½ sudu kecil garam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji telur (dipukul sekejap)
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • 3 sudu besar tepung jagung (gaul dgn sedikit air)
  • Sedikit daun bawang atau daun ketumbar
  • Sedikit bawang putih goreng

CARA PENYEDIAAN SUP TAUHU :

▶ Mula-mula panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan. Masukkan air dan biarkan menggelegak. Kemudian masukkan ayam.

▶ Ayam dah agak masak atau bertukar warna putih, masukkan tauhu. Biar mereneh sekejap dalam 3 minit.

▶ Masukkan serbuk lada dan telur yang dipukul tadi, tuang sedikit-sedikit hingga habis sambil dikacau.

▶ Masukkan sos tiram, garam dan maggi cukup rasa. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung sambil dikacau sehingga kuah nampak sedikit pekat.

▶ Tutupkan api dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Pelbagai Masakan Singgang Yang Sedap Dan Awesome! Hidangan Paling Ringkas Tapi Punya Rasa Yang Sangat Padu!

 TAUHU GORENG BERLADA DENGAN TERUNG

Kalau suka makan pedas, boleh cuba buat masakan tauhu goreng berlada dengan terung ni. Masakan ni, makan dengan nasi putih je pun layanz! Bila makan tu gigit cili padi dia memang sedap terangkat!

RESEPI TAUHU GORENG BERLADA DENGAN TERUNG

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 batang terung (potong bulat)
  • 1 ketul tauhu (potong nipis)
  • 1 labu bawang besar (potong)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • Segenggam ikan bilis
  • 3 sudu cili kisar
  • 1 sudu sos cili
  • Garam
  • Gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN TAUHU GORENG BERLADA DENGAN TERUNG :

▶ Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.

▶ Kemudian goreng terung, dan goreng tauhu. Ketepikan seketika.

▶ Seterusnya, panaskan minyak. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga sedikit layu.

▶ Masukkan cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili betul-betul masak sepenuhnya.

▶ Masukkan garam, gula dan sos secukupnya. Kacau sekata. Bila rasa dah sebati semua, tuang atas bahan goreng tadi. Siap untuk dihidang.

 

TAUHU KUKUS UDANG CINCANG

Dapat makan tauhu kukus udang cincang ni memang boleh kenyang dibuatnya. Tak perlu makan dengan nasi pun sebab sedap makan macam tu je! Buat extra boleh kongsikan menu baru ni dengan jiran sebelah rumah.

RESEPI TAUHU KUKUS UDANG CINCANG :

Bahan -bahan yang digunakan adalah :

  • 5 keping tauhu putih segar
  • 12 ekor udang sederhana besar (dicincang isinya halus)
  • 6 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 ikat daun ketumbar (dicincang halus) – dalam 5 batang
  • 3 sudu besar kicap lemak masin
  • ¼ sudu kecil garam gunung (rock salt)
  • 2 sudu besar minyak canola
  • ½ sudu kecil gula perang

CARA PENYEDIAAN TAUHU KUKUS UDANG CINCANG :

▶ Mula-mula, masukkan tauhu ke dalam bekas tahan panas. Gunakan bekas yang bertutup. Masak dalam mikrowave lebih kurang selama 2 minit. Keluarkan dan buang air lebihan dari tauhu tu. Ketepikan seketika.

▶ Panaskan minyak Canola, tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan udang dan garam gunung, kacau hingga rata. Masak sehingga udang berubah warna. Tutup api, dan masukkan udang ke dalam mangkuk.

▶ Seterusnya, dalam mangkuk berisi udang tadi masukkan kicap lemak masin, dan gula merah. Kacau hingga bercampur-rata. Kemudian, masukkan daun ketumbar cincang. Gaul rata.

▶ Curahkan ke atas tauhu putih tadi. Tutup bekas dan masak lagi sekali dalam oven mikrowave selama 5 minit.

▶ Keluarkan dari oven, siap untuk dihidangkan dan dinikmati. Sedap dimakan ketika masih panas.

Siapa sangka tauhu biasa tu pun ada banyak menu resepi yang boleh kita buat sebenarnya. Semua nampak sedap-sedap je untuk kita cuba.

Kalau yang suka makan tauhu tu memang rasa happy dan teruja lah nak cuba buat satu persatu. Tapi yang tak suka boleh juga buat untuk family. Lauk sebegini biasanya mak ayah kita suka sangat makan kan.

Jadi, untuk yang baru nak cuba menu baru ni, jangan lupa follow resepi masakan tauhu ni dan  sharekan di wall facebook dulu ye. Mana tahu ada yang lain juga nak dapatkan manfaat macam kita. Saya ucapkan selamat mencuba ye semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.