Pelbagai Masakan Menggunakan Ikan Bilis Yang Wajib Kita Cuba! Resepi Simple Jer Tapi Rasa Dia Memang Padu!
Ramai yang tak tahu nak masak apa dengan ikan bilis. Kalau ada ikan bilis yang banyak dekat rumah, boleh buat beberapa masakan yang saya kongsikan ni.
Kalau selalunya kita biasa masak dengan satu atau dua jenis masakan je dekat bawah ni. Lepas ni boleh cuba masak lagi lauk lain. Nak-nak lagi kalau nak hidangkan kepada family mertua kan. Kenalah sedap-sedap walaupun lauk simple je.
Kalau buat lauk ikan bilis ni, kena tengok jenis masakan untuk disesuaikan makan dengan apa. Contohnya, kalau sambal bilis petai, sesuai lah nak makan dengan nasi putih, nasi lemak atau pulut!
Nak tahu apa lagi masakan yang kita boleh buat dengan ikan bilis ni, jom saya kongsikan dekat bawah ye. Boleh share untuk tujuan rujukan akan datang tau!
IKAN BILIS MASAK PETAI TEMPOYAK
Lauk simple macam ni, perlu dihidangkan dengan nasi panas atau pulut. Memang kita akan makan tanpa sedar lah jawabnya. Lebih-lebih lagi bila sambalnya pedas ngam, dan petai pun segar je. Fuuh!
RESEPI IKAN BILIS MASAK PETAI TEMPOYAK
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 10 biji cili padi merah
- 10 biji cili padi hijau
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 helai daun kunyit
- 2 sudu besar tempoyak
- 1 Genggam ikan bilis
- Sedikit petai
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil garam dan perasa
- Sedikit air
- Minyak untuk menumis
- Sedikit bawang besar (hiris bulat)
CARA PENYEDIAAN IKAN BILIS MASAK PETAI TEMPOYAK :
▶ Mula-mula sekali, bersihkan ikan bilis. Dan goreng garing. Toskan dan ketepikan seketika.
▶ Sementara tu, kisar cili padi hijau, cili padi merah, bawang merah dan bawang putih hingga hancur dan lumat.
▶ Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau wangi dan pecah minyak.
▶ Bila dah pecah minyak, masukkan sedikit air. Kacau rata kemudian masukkan bahan perasa. Garam, gula dan serbuk perasa. Jangan lupa masukkan sekali air asam.
▶ Ada yang suka gunakan asam keping berbanding asam jawa, jadi terpulang kepada kita.
▶ Tambahkan bawang besar yang kita potong bulat tadi. gaulkan sebati dengan masakan kita
▶ Seterusnya, masukkan tempoyak dan petai. Gaul sehingga sebati dengan bahan-bahan tumis.
▶ Bila semua bahan dah sebati, rasa dulu jika perlu tambah bahan perasa.
▶ Semua dah okay, tuutp api dan biarkan sekejap. Baru masukkan ikan bilis garing kita.
▶ Siap untuk dihidangkan!
SAMBAL BILIS TEMPOYAK
Kalau nak makan sambal bilis tempoyak ni, boleh buat extra. Makanan macam ni, sedap dimakan dan wajib ada pada setiap hidangan. Bila buat banyak, boleh simpankan dalam peti ais. Nak makan, panaskan aje!
RESEPI SAMBAL BILIS TEMPOYAK
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 genggam ikan bilis (goreng garing)
- 2 biji Bawang besar
- 3 sudu besar tempoyak
- 1 Tangkai Daun Kesum
- 10 biji Cili padi ( Kalau suka pedas, boleh lebihkan)
- minyak masak untuk menumis
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN SAMBAL BILIS TEMPOYAK :
▶ Basuh bersih ikan bilis. Siang dengan buang bahan isi perut atau boleh beli yang terus siap kopek. Sedikit mahal tapi memudahkan.
▶ Mula-mula sekali, tumis bawang besar dan cili padi sehingga layu dan naik bau.
▶ Kemudian, masukkan tempoyak dengan sedikit air. Kacau sehingga rata. Masak hingga agak pekat.
▶ Seterusnya, masukkan daun kesum dan juga sedikit garam.
▶ Rasa, bila rasa dah okay terus tutupkan api. Biarkan dia suam dan sejuk sedikit.
▶ Sambal tempoyak dah sejuk, baru masukkan ikan bilis garing kita tadi. Gaul sekata. Dan siap! Boleh dihidangkan.
TIP :
▶ Kenapa perlu untuk biarkan sambal tempoyak kita sejuk dahulu, supaya ikan bilis kita kekal garing bila dah digaul bersama dan dihidangkan.
TEMPE GORENG IKAN BILIS
Makanan orang jawa ni memang sesuai dimakan dengan ikan bilis. Kalau di gerai jual nasi lemak, dah ada satu lauk tambahan iaitu dengan tempe ikan bilis ni. Lauk ni kalau dapat, makan ratah pun boleh licin.
RESEPI SAMBAL TEMPE BILIS
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 mangkuk ikan bilis ( goreng garing )
- 1 keping tempe ( hiris nipis dan goreng garing )
- 2 sudu besar cili ( kisar )
- 5 ulas bawang merah ( ditumbuk )
- Sedikit gula
- Sedikit garam
- Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN TEMPE GORENG IKAN BILIS :
▶ Mula-mula sekali, panaskan sedikit minyak. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan.
▶ Kemudian, goreng tempe sehingga garing. Ada yang suka lumurkan seikit garam dan kunyit pada tempe sebelum digoreng.
▶ Seterusnya, tumis bawang dan cili kisar sehingga wangi dan sedikit garing. Bila ahan tumis dah naik baunya, masukkan gula dan garam. Gaul rata semua bahan-bahan sehingga semuanya sekata.
▶ Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan tempe yang kita goreng awal tadi. bila dah masukkan tempe dan ikan bilis ni, gaul sampai rata bahan-bahan je.
▶ Jangan masak terlalu lama, sebab nanti ikan bilis dan tempe kita tak rangup dan tak sedap.
TIP :
▶ Untuk yang goreng tempe dengan lumuran kunyit dan garam. Jangan masukkan garam dulu sebagai bahan perasa. Masukkan tempe dan ikan bilis dulu. Baru rasakan. Jika tak cukup masin ,baru masukkan garam.
SAMBAL HIJAU BILIS
Ikan bilis pun sesuai dibuat sambal hijau tau! Pedas dia memang menyengit tapi rasa dia lebih padu! Tak perlu lauk lain dah, makan dengan nasi putih panas berwap atau pun dengan roti pun boleh layanz!
RESEPI SAMBAL HIJAU BILIS
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Segenggam bilis (goreng dan ketepikan)
- 2 keping asam
BAHAN KISAR
- 1 genggam cili padi hijau
- 2 batang cili besar hijau
- 1 inci belacan
- 1 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 cubit garam
- 2 cubit gula
- 1 cubit serbuk perasa
BAHAN HIASAN
- ½ biji bawang holland (potong sederhana nipis atau bulat)
CARA PENYEDIAAN SAMBAL BILIS HIJAU :
▶ Mula-mula, kisar bahan-bahan kisar tu sehingga hanucr dan lumat.
▶ Sementara tu, ikan bilis goreng rangup-rangup dan ketepikan seketika.
▶ Panaskan kuali, tumis bahan hisar dalam minyak goreng ikan bilis tadi. Masak sampai pecah minyak tanda cili kita masak sepenuhnya.
▶ Kemudian masukkan asam keping. Masak sehingga bahan kita sedikit garing.
▶ Seterusnya, masukkan bawang. Biarkan sampai bawang sedikit layu.
▶ Dah layu, masukkan ikan bilis garing tadi.
▶ Perasakan dengan garam dan gula. Bila rasa dah okay, boleh tutup api dan makan dengan nasi panas!
BACA JUGA: Aneka Resepi Bihun Simple Dan Marvellous! Sekali Dah Rasa Memang Tak Cukup Sepinggan!
TELUR HANCUR BERSAMA IKAN BILIS KENTANG
Lauk simple macam ni, sesuai dibuat untuk anak-anak. Renjiskan dengan kicap atas nasi, gaul bagi sebati. Bukan yang anak je, dengan kita sekali ralit makan. Jika nak buat untuk dewasa, cili padi tub oleh pecahkan okay!
RESEPI TELUR HANCUR BERSAMA IKAN BILIS KENTANG
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 100 gram ikan bilis (basuh bersih, toskan sehingga kering)
- 1 biji kentang
- 1 biji telur
- 1 biji bawang besar
- 3 biji cili padi
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil gula
CARA PENYEDIAAN TELUR HANCUR BERSAMA IKAN BILIS KENTANG :
▶ Mula-mula sekali, goreng ikan bilis sehingga rangup. Kemudian, ketepika seketika.
▶ Potong kentang kecil-kecil dan goreng sehingga masak. Bawang besar hiris nipis-nipis dan masukkan dalam kuali bersama kentang tadi.
▶ Hiris halus cili padi. Masukkan dalam kuali dan gaulkan sekata supaya rasa pedas cili tu terkeluar.
▶ Kentang dah empuk sikit, masukkan ikan bilis goreng rangup kita.Kaulkan sebati.
▶ Buat ruang atau lubang di tengah kuali, pecahkan telur. Kacau telur sehingga hancur.
▶ Perasakan dengan gula dan garam. Bila semua rasa dah sekata, boleh tutup api dan siap untuk dihidang!
SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH
Satu menu baru, tapi rasa dia macam tak boleh lupa sampai bila-bila! Masam dia tu, memang marvellous tau. Makan pulak dengan sambal pedas macam ni, sampai tak sedar orang lalu belakang!
RESEPI SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 25 biji cili padi (Thai) – jika suka terlajak pedas, boleh lebihkan tau.
- 1 biji bawang besar
- 1 inci halia
- 4 ulas bawang putih
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 2 senduk minyak masak
- 15 biji belimbing buluh ( jika suka boleh lebihkan)
- 1 cawan ikan bilis ( siap dikopek)
CARA PENYEDIAAN SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH :
▶ Mula-mula sekali, kisar dulu bawang putih, cili dan halia. Kisar sampai hancur lumat.
▶ Seterusnya, hiris bawang besar, potong mayang tau. Tumis sehingga layu. Kemudian masukkan bahan yang kita kisar tadi.
▶ Tumis sehingga pecah minyak tanda cili kita dah betul-betul masak.
▶ Kemudian, ikan bilis basuh dan kisar kasar. Nak tumbuk pun boleh jangan terlalu lumat. Masukkan dalam kuali. Tumis sampailah agak kering.
▶ Belimbing buluh basuh dan potong 2. Masukkan sekali dalam kuali kita. Gaulkan rata.
▶ Perasakan dengan garam dan gula. Masak sampai belimbing kita layu dan lembut.
▶ Semua dah okay, boleh padamkan api.
Wah! Tak sangka jugak banyak rupanya resepi yang kitab oleh buat dengan ikan bilis ni. Ye lah selama ni kan buat sambal ikan bilis je. Tu pun buat campur dengan petai je. Paling penting biasa buat sambal bilis pun untuk makan dengan nasi lemak!
Tapi lemak ni dah boleh masuk list untuk jadi salah satu hidangan wajib di tengah hari kita. Barulah sedap boleh pelbagaikan menu masakan kan.
Untuk yang baru je tahu tentang resepi ikan bilis yang sedap dari perkongsian ni, boleh lah kongsikan ke laman facebook korang. Mana tahu, ada ramai lagi yang takt ahu nak masa kapa dengan ikan bilis kan. Terutama untuk yang baru nak belajar memasak, yang baru kahwin.
Ada sesetengah menu yang kongsikan di atas ni, boleh juga dimakan dengan nasi goreng. Jadi, alang-alang buat nasi goreng boleh lah buat sekali lauk ikan bilis yang ada ni kan.
Selamat mencuba!