Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Pelbagai Masakan Masak Lemak Cili Padi Yang Awesome! Resepi Original Negeri Sembilan Warisan Uwan!

0

Orang Negeri Sembilan memang familiar dengan masakan lemak cili padi. Untuk masakan ini, bukan hanya ayam bahkan daging, telur itik, keli pelbagai menu lagi boleh dibuat masakan ini.

Setiap kedai makan yang ada di negeri ini, wajib hidangkan masakan masak lomak cili padi kerana ia melambangkan resepi rasmi negeri ini.

Namun, bagi siapa yang dah biasa makan masakan ini, sudah pasti tahu dengan masakan salai. Masak lemak cili padi sudah baisa bagi di negeri lain pun. Namun di Negeri Sembilan juga ada lauk daging salai, keli salai yang semuanya menaikkan lagi aroma masak lemak cili padi ni.

Kalau ada yang belum pernah rasa, memang wajib cuba makan masakan masak lomak cili padi ni. Sekali dah rasa, confirm tak menyesal!

 

DAGING MASAK LEMAK NOGORI

Siapa yang belum pernah cuba makan daging masak lemak cili padi ni maksudnya belum kenal negeri Sembilan. Resepi ni wajib semua orang pandai. Sebab original Nogori lah kata orang. Rasa dia tak perlu sebut, memang sedap. Daging yang lembut, dan kuah pun pedas-pedas manja!

RESEPI DAGING MASAK LEMAK NOGORI

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai
  • 2 keping Asam keping
  • 1 genggam Cili Padi
  • 500ml santan
  • 2 biji ubi kentang dibelah 4
  • ½ kilo daging

CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK LEMAK NOGORI :

▶ Mula-mula sekali, kisar cili padi dan kunyit hidup. Kisar sampai hancur seperto pes.

▶ Panaskan kuali, tuang bahan blend dan sedikit air. Masak sehingga kering.

▶ Bila dah betul-betul kering, terus masukkan daging. Gaul sekata bahan-bahan tadi.

▶ Kemudian, masukkan 1 liter air. Masak daging sehingga lembut. Tutup kuali untuk bagi daging masak lebih cepat.

▶ Bila daging dah sedikit lembut, masukkan kentang, serai dan juga sam keping.

▶ Tutup lagi untuk empukkan kentang.

▶ Kentang dah masak, masukkan masukkan santan pekat dan 1 cawan air. Kacau sebati.

▶ Biarkan mendidih, dan perasakan dengan garam.

Bila rasa dah okay, boleh padamkan api.

 

IKAN PATIN MASAK LEMAK CILI PADI

Biasanya ikan patin kita buat masak tempoyak, tapi kali ni kita tukar buat masakan masak lemak cili padi. Sebelum ni rasa tak pernah rasa tapi bila sekali cuba rasa dia memang padu. ikan patin tekstur dia lembut je makan dengan nasi, gigit belimbing buluh tu layannz!

RESEPI IKAN PATIN MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 ekor ikan patin
  • 3 ketul kunyit hidup
  • 1 genggam cili padi
  • 4 batang serai
  • 1 cawan belimbing kecil
  • 1 sudu kecil garam
  • ¼ sudu kecil ajinamoto
  • 2 kotak kecil santan pekat
  • 3 cawan air

CARA PENYEDIAAN IKAN PATIN MASAK LEMAK CILI PADI

▶ Bersihkan ikan patin, siang dan cuci bersih-bersih untuk hilangkan bau.  Toskan sekejap.

▶ Seterusnya tumbuk kunyit hidup dan cili padi sampai lumat. Serai ketuk sedikit hancur.

▶ Kemudian, masukkan ikan dalam periuk. Masukkan juga bahan yang kita tummbuk tadi. Tuangkan air sikit dan masukkan santan.

▶ Baru pasangkan api sederhana besar. Biarkan seketika ikan masak dan kuah sehingga mendidih.

▶ Kacau sentiasa supaya santan tidak berketul. Masukkan garam dan bahan perasa.

▶ Bila rasa dah cukup, boleh padamkan api!

 

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Masakan ni memang wajib kita buat untuk gilir -gilir dengan masakan lain. Paling suka makan masak lemak cili padi versi Negeri Sembilan. Kuah dia rasa tak sama dengan negeri lain sebab bahan-bahan yang digunakan pun berbeza. Nanti boleh cuba ya!

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • ½ ekor ayam (Ayam besar sikit jadi guna ½ ekor sahaja)
  • Segenggam ikan bilis
  • 9 biji cili padi
  • 1 batang serai
  • 2 biji kentang (dibelah 4)
  • 1 biji bawang besar (dihiris besar)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK LEMAK CILI PADI :

▶ Basuh ayam bersih-bersih. Potong ayam kepada saiz yang lebih kecil.

▶ Masukkan ayam dalam kuali, kentang, ketuk serai dan serbuk kunyit.Masukkan sedikit air.

▶ Tumbuk cili padi dan sedikit ikan bilis. Masukkan dalam kuali. Pasang api dan renehkan bahan-bahan tadi. Tutup kuali dulu proses ini dinamakan untuk kecutkan ayam.

▶ Ayam dah masak, kentang dah empuk terus masukkan santan. Kacau perlahan -lahan supaya kuah kita cantik.

▶ Bila kuah dah mendidih, perasakan dengan garam. Jika dah okay boleh padamkan api.

 

MASAK LEMAK BETIK MUDA DENGAN IKAN MASIN

Bila jarang nak dapat betik muda, sekali dapat buat masak lemak dengan ikan masin ni. Mak-mak suka makan makanan macam ni. Rasa ikan masin, betuk muda dengan lemak kuah tu memang padu!

RESEPI PENYEDIAAN MASAK LEMAK BETIK MUDAH DENGAN IKAN MASIN

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Segenggam Cili Padi
  • 1½ inci kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 2 keping Asam keping
  • Ikan masin ( apa² jenis pun boleh)
  • 400 ml santan pekat
  • 4 genggam parutan betik muda

CARA PENYEDIAAN MASAK LEMAK BETIK MUDA DENGAN IKAN MASIN :

▶ Kisar cili padi  dan kunyit hidup sampai lumat.

▶ Kemudian, panaskan kuali dan masukkan bahan kisar dan betik muda.

▶ Masukkan sedikit air, masak hingga layu.

▶ Seterusnya, masukkan serai dan asal keping. Ketuk dulu serai baru masukkan dalam kuali.

▶ Masukkan ikan masin, dan santan pekat. Kacau sekata sehingga pekat.  Gunakan api perlahan dan kacau sentiasa supaya santan kita tak berketul.

▶ Perasakan dengan garam. Dan bolehlah tutupkan api.

BACA JUGA: Pelbagai Resepi Kerabu Simple Air Tangan Bonda. Menu Wajib Setiap Hidangan Kampung!

MASAK LEMAK CILI API IKAN SIAKAP & BELIMBING BULUH

Waah! Seronok betul kalau dapat makan dengan belimbing buluh. Rasa masam diaa, memang tak boleh bincang tapibila dimasak dengan kuah masak lemak ni, memang ngam rasa dia. Tak terlalu masam dan sedap je!

RESEPI MASAK LEMAK CILI API IKAN SIAKAP DAN BELIMBING BULUH

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2-3 keping ikan siakap
  • 10 biji cili padi
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 biji nenas kecil (manis)
  • 1 kotak kecil santan
  • 1-2 sudu gula perang (secukup rasa)
  • 1 sudu kecil garam (secukup rasa)
  • 2-3 cawan air (bergantung kepada kepekatan masing-masing)

CARA PENYEDIAAN MASAK LEMAK CILI API IKAN SIAKAP DAN BELIMBING BULUH :

▶ Mula-mula sekali, tumbuk kunyit hidup dan cili padi sehingga lumat.

▶ Kemudian panaskan kuali. Masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau. Masukkan santan dan kacau sentiasa perlahan-lahan. Supaya santan tidak berketul

▶ Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan. Biarkan ikan masak seketika.

▶ Seterusnya, masukkan serai, nenas belimbing buluh dan juga daun kunyit. Kacau biarkan bahan-bahan sebati dengan kuah.

▶ Perasakan dengan garam dan gula. Bila rasa dah okay, boleh terus padamkan api dan hidangkan.

 

MASAK LOMAK UDANG CILI API NOGORI

Masak lomak udang ni memang favourite lah kalau dihidangkan. Bau daun kunyit ni memang penting untuk menghidupkan rasa masak lemak ni. Makan dengan nasi panas dan renjiskan dengan kicap manis!

RESEPI MASAK LOMAK UDANG CILI PADI NOGORI

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 500 gram udang
  • 20 biji cili api
  • 2 biji bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 batang serai – diketuk
  • 2 helai daun kunyit dihiris
  • 500 ml santan kotak

CARA PENYEDIAAN MASAK LOMAK UDANG CILI API NOGORI :

▶ Mula-mula sekali, kisarkan bawang putih, bawang merah, cili api dan juga kunyit hidupkisar sampai hancur.

▶ Kemudian, panaskan periuk dan terus masukkan bahan kisar tadi. Tak perlu masukkan minyak ye.

▶ Masukkan sekali serai yang kita ketuk tadi. Tumis sampai naik bau dan bairkan air bahan kisar tadi mendidih sikit.

▶ Dah mendidih, boleh masukkan santan kotak dan juga asam keping. Kacau je sampai sebati.

▶ Api pastikan tidak terlalu besar dan sentiasa kacau perlahan-lahan.

▶ Bila kuah dah mendidih, perasakan dengan garam. Kemudian, masukkan udang dan juga hirisan daun kunyit.

▶ Biarkan daun kunyit layu sekejap. Boleh lah padamkan api.

Siap dan sedia dihidangkan!

Waah! Kalau nak kahwin dengan orang Negeri Sembilan ni kena pandai semua masakan masak lemak cili padi. Barulah lulus nak jadi menantu kan.

Senang nak buat semua menu masakan ni. Dan kalau perasan, ada yang tumis guna minyak, dan ada yang tak gunakan minyak. Masing-masing ad acara tersendiri.

Yang mana ada bahan dalam peti dan dapur kita, boleh lah cuba buat. Yang penting dapat rasa yang sedap dan boleh hidangkan kepada family!

Boleh kongsikan di ruangan facebook dulu supaya nanti senang kita nak buat. Mana tahu nanti ada yang dapat manfaat yang sama macam kita kan.

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.