Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Pelbagai Masakan Masak Asam Pedas Yang Power! Resepi Mudah Dan Sedap Macam Makan Di Melaka!

0

Ada yang suka makan asam pedas? Walaupun lauk asam pedas ni famous dari negeri melaka, tapi tak perlu nak sampai ke sana dah untuk rasa makan asam pedas ni. Dari dapur rumah kita boleh dapat yang sedap!

Sekarang ni ramai yang kongsikan resepi masak asam pedas yang sedap dan marvellous! Gunakan je apa yang ada dekat dapur kita pun boleh hasilkan masak asam pedas yang padu.

Sinonim dengan asam pedas ni mestilah berlaukkan ikan kebiasaannya. Tapi sebenarnya masak asam pedas ni boleh juga  dibuat dengan ayam, telur, udang mahupun sotong.

Jom saya kongsikan beberapa resepi asam pedas yang wajib korang cuba. Ada yang pior dari Melaka, ada yang ubah ikut selera tekak kita. Apa-apa pun rsepi yang saya kongsikan ni serious mudah je!

 

ASAM PEDAS IKAN PARI SEDAP

Dalam banyak-banyak lauk asam pedas, saya paling suka makan dengan ikan pari. Sedapnya tu memang tak boleh tahan. Ikan dia lembut, gigit pulak dengan bendi. Setiap hidangan wajib ada telur asin dan keropok. Dah macam makan dekat kedai!

RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARI

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 kg ikan pari
  • 1 ½ cawan cili kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • Kunyit hidup sebesar Ibu jari
  • 2 hirisan lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 keping Asam keping
  • ¼ cawan bancuhan air asam jawa
  • 3 cawan air suam (ikut kepekatan masing-masing)
  • Garam (secukupnya)
  • 1-2 sudu kecil Ajinamoto
  • 1 sudu kecil gula
  • 4-5 batang bendi
  • 1 biji tomato – dipotong 2
  • 1 biji terung – dipotong 3

CARA PENYEDIAAN ASAM PEDAS IKAN PARI :

▶ Mula-mula sekali, bersihkan ikan, potong kecil-kecil dan toskan.

▶ Kemudian, tumbuk atau kisar halus bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, dan juga serai.

▶ Panaskan minyak, tumis bahan-bahan tumbuk bersama dengan lengkuas. Tumis sehingga agak keperangan.

▶ Seterusnya, masukkan cili kisar. Gaul sekejap. Dan masak sampai pecah minyak.

▶ Bila dah naik minyak, tuangkan air bancuhan asam jawa dan masukkan ikan pari serta terung.

▶ Kacau sekejap biarkan sebati. Lepas tu biarkan seketika supaya ikan mesra dengan bahan tumis tadi.

▶ Masukkan air suam, garam, gula dan ajinomoto. Biarkan sehingga kuah mendidih dan ikan pun dah masak.

▶ Kuah sudah mendidih, masukkan bendi dan tomato. Biarkan sekejap sehingga bendi lembut. Matikan api dan sedia dihidang!

 

ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI

Sedapnya ikan tenggiri ni sebab isi ikan dia manis dan sedap dimakan dengan nasi putih. Hidangkan pula dengan sambal belacan dan keropok ikan. Memang marvellous! Oh ya, jangan lupa telur asin rebus sekali sebagai pelengkap hidangan.

RESEPI ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 3 keping ikan tenggiri
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • Sedikit belacan
  • Cili kering
  • Sawi jeruk/sawi asin
  • 4 batang bendi
  • Air secukupnya
  • Garam dan maggi cukup rasa
  • Sedikit kicap manis
  • Daun kesum
  • Sedikit lada hitam
  • Minyak untuk menumis

CARA PENYEDIAAN ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI :

▶ Mula-mula kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, halia dan sedikit belacan sehingga hancur. Dah hancur keluarkan ke dalam mangkuk.

▶ Kemudian kisar pula cili kering yang direndam terlebih dahulu.

▶ Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar bawang- bawang terlebih dahulu sehingga naik bau.

▶ Dah wangi, masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga garing dan naik minyak.

▶ Bila cili dah garing dan naik minyak, tambahkan air mengikut kepekatan yang kita suka. Masak sehingga mendidih.

▶ Bila air sudah mendidih, masukkan bendi, sawi jeruk, daun kesum dan juga ikan tenggiri.

▶ Perasakan dengan sedikit garam dan maggi cukup rasa. Saya suka tambahkan sedikit kicap lemak manis sebagai pelengkap rasa. Kalau kurang pedas, saya suka juga tambahkan sedikit serbuk lada hitam.

 

ASAM PEDAS TELUR IKAN JENAHAK

Bagi yang gemar makan telur ikan, cuba buat masakan asam pedas telur ikan jenahak ni. Sedapnya tu ya ampun! Makan dengan nasi panas-panas pun sedap tau.

RESEPI ASAM PEDAS TELUR JENAHAK

  • 300 gm telur ikan Jenahak

 

BAHAN KISAR :

  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • ½ inci lengkuas

 

BAHAN LAIN :

  • 1 cawan cili kering kisar
  • ½ cawan air perahan asam jawa
  • 2 atau 3 pokok daun kesum
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 700 ml air kosong

CARA PENYEDIAAN ASAM PEDAS TELUR IKAN JENAHAK :

▶ Mula-mula, panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik wangi.

▶ Kemudian masukkan cili kisar dan sedikit air. Masak hingga cili jadi garing dan pecah minyak.

▶ Bila dah pecah minyak, masukkan air perahan asam jawa dan air paip  untuk bahagian kuahnya. Tunggu sehingga mendidih baru masukkan telur.

▶ Kemudian, masukkan garam, serbuk perasa dan juga daun kesum. Perasakan dulu, kalau dah okay baru boleh padam kan api dan sedia untuk dihidangkan!

 

ASAM PEDAS UDANG

Kalau ada udang lebih tu, bolehlah cuba buat masak asam pedas ni pula. Asyik sambal dengan gulai je. sesekali cuba menu baru pun sedap juga kan. Tak delah asyik boring je cuba menu yang sama. Lauk asam pedas udang ni, rasa dia memang sedap dengan air udang t uke dalam kuahnya.

RESEPI ASAM PEDAS UDANG

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 20 ekor Udang Harimau (nak guna apa-apa udang pun boleh)
  • 4 cawan air
  • 3 keping lengkuas
  • 2 keping halia
  • 1 inci Kunyit Hidup
  • 1 kuntum Bunga Kantan
  • 1 batang serai
  • 5 biji Bawang Merah
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 5 batang Lada Merah
  • 1 helai Daun Pandan (disimpul)
  • ¾ cawan Minyak Masak
  • 1 sudu besar penuh Pes Asam Jawa Adabi
  • 1 sudu besar Garam Gunung Saji
  • 2 sudu besar Gula Merah
  • ½ cawan Daun Kesom

CARA PENYEDIAAN ASAM PEDAS UDANG :

▶ Udang dibuang kulit kepala dan sebahagian kulit badannya (tinggalkan sedikit di bahagian ekornya).

▶ Hiris di bahagian tengah isi hingga kepala, keluarkan urat hitam dan kotoran yang ada di kepala udang. Cuci hingga bersih dan toskan.

▶ Panaskan 1 sudu kecil minyak masak dalam kuali tak melekat, masak udang hingga berubah warna. Ketepikan seketika.

▶ Kisar lengkuas, halia, kunyit, bunga kantan, serai, bawang merah dan bawang putih bersama 1 cawan air hingga hancur.

▶ Panaskan minyak masak dalam kuali non stick, tumis daun pandan diikuti bahan kisar hingga naik bau.

▶ Masukkan baki air dan garam gunung. Masak hingga mendidih.

▶ Masukkan gula merah dan pes asam jawa, kacau rata. Masak hingga hampir kering, kemudian tambah ½ cawan air. Ulangi proses yang sama sebanyak 3x lagi sehingga bahan tumisan pecah minyak.

▶ Seterusnya, masukkan udang, balik-balikkan sebentar. Seimbangkan rasa biar cukup masin, masam dan manisnya.

▶ Akhir sekali masukkan daun kesom, balik-balikkan sebentar. Tutup api. Siap untuk dihidangkan dan dinikmati.

BACA JUGA: Cara Buat Rendang Kerang Yang Marvellous! Resepi Ringkas Hidangan Wajib Semua Orang Cuba!

ASAM PEDAS TELUR ASIN

Jarang nak jumpa masak asam pedas dengan telur asin ni. Tapi bila sekali dah rasa, serious boleh buat kita teringaat je dan nak kene repeat lagi dan lagi. Cukup lengkap rasa masinnya, pedas dan juga masam. Perfect!

RESEPI ASAM PEDAS TELUR ASIN

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 3 biji telur asin
  • 3 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 sudu besar pes asam jawa extra
  • Secawan air
  • 1 sudu kecil halba
  • Secubit garam
  • secubit serbuk perisa maggie cukup rasa

 

BAHAN KISAR :

  • 5 sudu besar pes cili giling
  • 1 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • ¼ inci kunyit hidup

CARA PENYEDIAAN ASAM PEDAS TELUR ASIN :

▶ Mula-mula sekali, panaskan minyak dan tumis bahan halba.

▶ Bila dah naik bau, masukkan bahan kisar. Tumis sehingga pecah minyak.

▶ Kemudian, masukkan pes asam jawa dan air. Kacau sehingga semua bahan larut.

▶ Seterusnya, masukkan daun kesum, dan daun kantan.

▶ Masak sebentar sehingga bunga kantan sedikit lembut, masukkan bahan perasa

▶ Kemudian pecahkan telur asin tadi. Biarkan seketika tanpa perlu dikacau.

▶ Bila telur dah nampak sedikit masak, barulah dikacau manja sahaja.

▶ Tutup api dan sedia untuk dihidangkan!

 

ASAM PEDAS IKAN JENAHAK

Ikan jenahak ni selain daripada buat masak sweet sour dan ikan bakar, sedap juga dibuat masak asam pedas ni. Ikan kenahak isi banyak Cuma kena berhati-hati dengan tulangnya sahaja.

RESEPI ASAM PEDAS IKAN JENAHAK

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • ½ ekor ikan jenahak (kepala dan 3 keping isi)
  • Asam jawa sebesar bola pimpong
  • 3 cawan air
  • 1 batang serai (diketuk atau titik)
  • 10 batang bendi
  • 2 biji tomato (dibelah dua jika saiz kecil)
  • 1 kuntum bunga kantan (dibelah 4)
  • 3 helai daun limau purut – dicarik (petua bagi wangi)
  • 2 pokok daun kesum
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh gula

 

BAHAN KISAR :

  • 20 tangkai cili kering – direbus
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 2 sudu makan minyak (ni petua supaya biji cili hancur ketika dikisar)
  • 1 cawan air
  • belacan sebesar ibu jari

CARA PENYEDIAAN ASAM PEDAS IKAN JENAHAK :

▶ Mula-mula sekali, bersihkan ikan jenahak, siang dan toskan seketika.

▶ Kemudian, panaskan minyak dan masukkan serai. Tumis sekejap sampai serai sedikit garing. Kemudian masukkan bahan kisar.

▶ Tumis bahan tersebut sehingga pecah minyak.

▶ Masukkan 1 cawan air dan biarkan dia mendidih.

▶ Bila dah mendidih, masukkan bancuhan air asam jawa dan biarkan kuah mereneh hingga mendidih.

▶ Kemudian, masukkan ikan, bendi dan juga bunga kantan serta daun kesum. Biarkan sehingga bendi masak lembut.

▶ Seterusnya masukkan tomato dan daun limau. Kacau seketika dan perasakan dengan garam dan gula

▶ Siap untuk dihidangkan!

Wah! Rupanya nak buat masak asam pedas ni, mudah dan simple je. Bila dah tahu cara nak masak kuahnya, tinggal kita nak masukkan binatang apa yang kita suka.

Lauk masak asam ni nak sedap tak perlu ke Melaka lagi dah, sebab buat sendiri dekat rumah pun boleh dapat sedap yang sama dan rasa asam pedas yang padu!

Untuk yang baru nak belajar masak asam pedas ni, ikut je semua resepi yang saya kongsikan. Dan share perkongsian ni di wall facebook tau. Senang nanti nak rujuk balik bila kita nak buat.

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.