Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Pelbagai Masakan Ayam Yang Simple Nak Buat Tapi Rasa Yang Sangat Padu! Cuba Lah Comfirm Repeat!

0

Sesetangah keluarga atau rumah, wajib ada hidangan ayam dalam setiap masakan. Sebab kadang- kadang selera orang tak sama. Ada yang suka makan masakan ayam walaupun hari- hari tapi ada yang tidak.

Jadi yang memasak ni kadang tu rasa pening nak pelbagaikan masakan supaya anak- anak semua makan dengan berselera.

Sebab itu, saya kumpulkan beberapa resepi masakan ayam yang mudah dan simple. Tapi rasa dia memang sedap. Ada resepi yang mungkin sebelum ni kita tak pernah cuba dan rasa. So, inilah masanya!

 

AYAM MASAK KAM HEONG

Siapa yang belum pernah cuba makan ayam masak kam heong ni memang wajib try. Sekali rasa je, boleh repeat banyak kali dan tambah nasi. Kam heong ni dalam Bahasa cina yang merungkai jenis masakan.

Masakan yang menggabungkan aroma cili burung, daun kari, soso tiram, serbuk kari dan beberapa bahan lain. Sebab tu lah rasa dia memang padu! Bukan ayam je, ikan, udang, sotong pun boleh buat masak Kam Heong ni

RESEPI AYAM MASAK KAM HEONG

Bahan- bahan yang diperlukan adalah :

  • ½ ekor ayam
  • 1 atau 2 biji bawang Holland ( hiris kasar )
  • 5 ulas bawang putih ( diketuk jangan hancur )
  • 4 tangkai cili kering ( potong 3 )
  • 4 tangkai daun kari
  • 2 sudu serbuk kari daging
  • 1 cawan air
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap lemak manis
  • Garam
  • Cili merah sebagai hiasan

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK KAM HEONG :

▶ Mula-mula, gorengkan ayam dengan garam dan kunyit. Asingkan.

▶ Guna minyak lebihan ayam tadi (boleh kurangkan jika banyak lebihan minyak), tumis bawang Holland, bawang putih, cili kering dan daun kari sehingga sedikit layu dan kekuningan.

▶ Bancuh rempah kari daging dengan sedikit air untuk jadikan pes. Masukkan ke dalam kuali dan kacau sekata. Kemudian, masukkan air satu cawan.

▶ Sukat air guna bekas bancuhan rempah tadi. Kacau rata dan biarkan sehingga rempah masak cantik. Kita guna kaedah 3x masuk air. Dah kering, masukkan air, masak hingga kering dan masukkan air lagi.

▶ Bila rempah dah elok masak, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap lemak manis. Kacau rata.

▶ Kemudian masukkan ayam yang kita dah goreng tadi. Gaul rata. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa makanan.

Boleh letakkan hirisan cili merah sebagai hiasan. Gaul seketika. Siap untuk di hidangkan.

 

AYAM MASAK HALIA

Nak makan ayam versi sihat boleh cuba buat masak halia. Kita tahu halia, dan serai ni memang baik untuk kesihatan, jadi transformkan dalam masakan kita untuk jadikan ianya berkhasiat untuk setiap orang.

RESEPI AYAM MASAK HALIA

Bahan -bahan yang diperlukan adalah :

  • ½ ekor ayam ( dipotong kecil )
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 biji bawang holland ( ½ biji kisar, ½ biji potong separa bulat)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 biji cili padi
  • ½ sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil air limau nipis
  • ¼ sudu kecil garam
  • ½ cawan air
  • Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK HALIA :

▶ Sediakan bahan-bahan. Basuh ayam dan toskan.

▶ Gaul ayam dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam agak- agak sampai separuh masak sahaja. Jangan garing sangat ye. Angkat dan toskan.

▶ Kisar ½ bawang holland, bawang putih dan halia. Keluarkan minyak gorengan ayam tadi. Tinggalkan minyak lebih kurang dalam satu senduk.

▶ Panaskan minyak, masukkan serai yang telah diketuk, tumis bahan kisar. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.

▶ Tambah sedikit air sekiranya terlalu kering. Masukkan sos tiram. Perasakan dengan garam. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau sebati.

▶ Sebagai hiasan, masukkan daun limau purut, cili padi dan bawang besar. Kacau seketika. Tutup api dan tuang air limau nipis. Kacau lagi sampai sebati. Tutup kuali sekejap. Siap dan sedia untuk dimakan.

 

AYAM PAPRIK

Tak perlu keluar makan di kedai Thai, sekarang ni dah boleh buat masakan ayam paprik ala Thai ni dekat rumah kita. Bahan utama nak buat masak paprik ni, dua je. Daun limau purut dan serai. Wajib ada!

RESEPI AYAM PAPRIK

Bahan- bahan yang diperlukan adalah :

  • 300 gram isi ayam ( potong pentuk dadu kecil )
  • 1 batang serai ( diketuk )
  • 4 biji bawang merah ( dihiris nipis2 )
  • 2 ulas bawang putih ( dihiris nipis2 )
  • 4 biji cili padi
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • ½ batang lobak merah ( potong sebesar mancis )
  • 80 gram bunga kobis ( potong kecil )
  • 40 gram kacang panjang ( potong 2 inci )
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 biji bawang besar ( potong bulat )
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula

CARA PENYEDIAAN AYAM PAPRIK :

▶ Tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga kekuningan dan naik bau. Kalau nak pedas, boleh masukkan cili kisar.

▶ Masukkan ayam. Masak ayam hingga isi ayam jadi kecut dan masak elok.

▶ Masukkan sos tiram, sos cili, garam dan gula. Kacau rata.

▶ Masukkan lobak merah dan kobis bunga. Kemudian, masukkan ½ cawan air. Biarkan mereneh seketika.

▶ Seterusnya, masukkan kacang panjang, daun limau purut, cili padi dan bawang besar.

▶ Bila kacang panjang dah masak boleh lah tutup api. Siap.

 

AYAM MASAK KURMA

Kalau buat nasi beriani selalu makan dengan dua jenis lauk je. Sama ada ayam masak merah atau ayam masak kurma. Tapi tak lah semestinya makan dengan nasi beriani je. Dengan nasi putih pun boleh buat kita menambah- nambah nasinya!

RESEPI AYAM MASAK KURMA

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Ayam ¾ ekor ( ambik yang tulang- tulang je isi simpan )
  • 2 batang serai
  • ½ Asam keping
  • 1 helai daun kunyit
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 biji Ubi kentang
  • 2 biji tomato
  • 10 biji cili padi
  • 1 kotak kecik Santan
  • Garam
  • Maggi cukup rasa

 

BAHAN KISAR :

  • 1 ulas Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih
  • ½ inci halia
  • ½ inci kunyit hidup
  • 1 biji cili hijau
  • 1 biji cili merah
  • Ikan bilis (m) dalam 10 ekor

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK KURMA :

▶ Panaskan kuali. Masukkan ayam, serai dan ubi kentang. Masak sehingga ayam kecut.

▶ Lepas tu masukkan bahan- bahan yang telah dikisar terlebih dahulu.. Kacau dan tutup sebentar bagi ayam dan ubi empuk sedikit

▶ Setelah mendidih dan ayam mengecut. Masukkan daun limau dan daun kunyit bersama -sama dengan asam keping dan cili padi sebijik sebijik.

▶ Akhir sekali masukkan santan bersama tomato. Waktu ni gunakan apiyang perlahan sahaja. Tak perlu kerap kacau.

▶ Sebab ayam dah masak cuma nak didihkn santan. Tak perlu lama pun anggaran dalam 5 hingga 8 minit.

▶ Perasakan dengan garam dan meggi cukup rasa.. siap!!

BACA JUGA: Aneka Masakan Berasaskan Sardin Dalam Tin. Boleh Jadi Hidangan 2 In 1 Rupanya!

KARI AYAM TANPA SANTAN

Bila buat kari ada yang akan tanya kari dengan santan atau tanpa santan? Ye lah, untuk yang berpenyakit macam orang tua kita, memang digalakkan untuk tidak mengambil makanan berlemak yang berlebihan. Jadi, boleh cuba buat kari tanpa santan ni. Serious sedap!

RESEPI KARI AYAM TANPA SANTAN

Bahan- bahan yang diperlukan adalah :

  • Ayam ½ ekor ( dipotong kecil2 )
  • 4 biji kentang ( dipotong bentuk wedges)
  • 1 paket rempah kari ayam
  • ½ paket rempah kari ikan
  • 1 sudu besar pes cili
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 tangkai daun kari
  • 500 ml air atau mencukupi
  • 1 ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk perasa ( apa- apa brand pun boleh )
  • ½ cawan minyak masak
  • ½ sudu kecil pes asam jawa

CARA PENYEDIAAN KARI AYAM TANPA SANTAN :

▶ Tumbuk bawang besar, bawang putih dan halia. Letak dalam mangkuk bersama daun kari.

▶ Campurkan serbuk kari ayam dan ikan bersama pes cili. Bancuh dengan sedikit air.

▶ Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk bersama daun kari hingga naik bau. Kemudian masukkan pes kari tadi.

▶ Tumis hingga pecah minyak dengan api perlahan untuk pastikan rempah dan cili masak sepenuhnya.

▶ Masukkan ayam, kentang bersama air dan juga pes asam jawa. Biarkan hingga mendidih dan ayam masak.

▶ Letak garam dan bahan perasa secukupnya. Semua dah masak boleh padamkan api.

 

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI CAMPUR REBUNG MADU

Kalau ada rebung, buat masak lemak cili padi memang pilihan terbaik. Ada yang buat dengan ayam sebagai bahan utama, ada yang suka makan dengan ikan.

Terpulang kepada kita sebenarnya. Tapi kalau rumah ni, ayam memang wajib ada. So, jadilah ayam masak lemak cili padi campur rebung madu.  Sedap!

RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILI PADI CAMPUR REBUNG MADU

Bahan- bahan yang diperlukan adalah :

  • ½ ekor ayam
  • 300 gram rebung madu
  • 15 biji cili padi (boleh lebihkan jika suka pedas)
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 200 ml santan
  • 1 asam keping
  • Garam

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK LEMAK CILI PADI CAMPUR REBUNG MADU :

▶ Potong rebung ikut cara sendiri dan rebus lebih kurang setengah jam. Kemudian angkat dan toskan.

▶ Sementara itu, boleh kisar cili padi, kunyit dengan secawan air. Serai diketuk.

▶ Kemudian masukkan semua bahan kisar, rebung dan ayam ke dalam peruk. Masak sehingga ayam kecut.

▶ Kemudian masukkan santan dan masak dengan api yang perlahan. Pastikan selalu kacau supaya santan tidak berketul.

▶ Tambah air lebih kurang secawan dua. Ikut pada kuah yang kita inginkan. Jika suka cair, lebihkan. Boleh masukkan asam keping dan perasa.

Masak lagi sebentar dan siap!

Waah! Ada banyak koleksi resepi ayam yang boleh kita buat untuk hidangan tengah hari. Senang kan bila dalam satu perkongsian macam ni ada beberapa resepi yang boleh kita follow.

Paling best sebab setiap hidangan memang lengkap resepinya. Tinggal kita pilih je nak buat masakan yang mana.

Untuk yang baru nak belajar buat masakan ayam pelbagai masakan ni, saya suggest sharekan dulu perkongsian ni di facebook. Senang nak cari balik nanti.

Selamat mencuba semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.