Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Pelbagai Hidangan Pencuci Mulut Berasaskan Milo! Resepi Simple Jadi Kegemaran Semua!

0

Sebut je perkataan milo, sudah pasti anak-anak yang akan teruja. Sebab mereka ni memang suka sangat dengan coklat malt yang satu ini. Buat apa-apa guna milo pun mesti akan habis licin.

Kalau sebelum ni pernah buat satu dua je makanan berasaskan milo seperti agar-agar milo memang mereka suka. Boleh makan sampai licin lah satu loyang. Lebih-lebih lagi bila agar-agar dah sejuk. Berebut!

Rupanya ada banyak lagi resepi yang boleh kita buat untuk anak-anak dengan menggunakan milo ni. Tak sabar pula rasa nak buat satu per satu. Jom saya kongsikan beberapa resepi masakan menggunakan milo sebagai bahan utama.

Tak perlu risau, sebab semuanya mudah dan rasa dia memang terbaik lah. Ramai yang dah buat dan alhamdulillah berjaya dan berhasil!

 

KEK MILO MUDAH

Nak buat kek untuk birthday anak-anak ni senang je. Cepat pulak tu siap! Lepas ni boleh cuba buat  kek guna milo ni. Daripada gambar nampak berselera dan moist je. Wajib kita cuba resepi ni.

RESEPI KEK MILO MUDAH

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 3 sudu besar susu manis
  • 2 cawan milo
  • 2 cawan kokorich (kalau tiada boleh gantikan dengan vico)
  • ¼ dairy whipping cream (jika ada)

CARA PENYEDIAAN KEK MILO MUDAH :

  • Mula- mula masukkan telur, susu manis, esen vanilla, milo dan kokorich. Pukul bahan-bahan hingga sebati.
  • Seterusnya, panaskan periuk kukus. Masukkan whipping cream ke dalam adunan tadi dan kacau lagi hingga sebati.
  • Adunan dah sebati, tuang adunan ke dalam acuan.
  • Kukus lebih kurang selama 30 minit dengan menggunakan api yang besar. Dah siap kukus, biar kek sejuk dahulu sebelum dinikmati.
  • Sediakan topping dan tabukan ke atas kek kita.

 

AGAR-AGAR MILO SUSU MANIS KURANG MANIS

Bagi penggemar milo dan suka yang kurang manis, boleh cuba buat agar-agar ni. Makan waktu sejuk baru keluar dari peti sejuk lagi kurang rasa manisnya. Sedap pun sedap, dan sihat untuk semua golongan.

RESEPI AGAR-AGAR MILO SUSU KURANG MANIS

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 20 gram agar agar tali
  • 4 ½ cawan air (saya guna mug)
  • 4 sudu milo
  • 1 sudu serbuk koko
  • 4 sudu gula perang
  • ¼ tin susu pekat manis
  • Secubit garam

CARA PENYEDIAAN AGAR-AGAR MILO SUSU KURANG MANIS :

  • Panaskan air bersama agar agar. Tambah sedikit garam. Kacau hingga agar- agar larut.
  • Bila agar- agar sudah agak hancur, masukkan gula. Kacau hingga larut dan mendidih.
  • Kemudian cairkan serbuk milo dan serbuk koko bersama susu pekat manis dalam cawan yang berisi air panas.
  • Masukkan bancuhan milo ke dalam air larutan agar agar tadi.
  • Biarkan seketika hingga mendidih. Terus tutup api.
  • Masukkan ke dalam loyang atau bekas. Jangan lupa ditapis ya. Tak nak tapis pun takpa. Buih pada permukaan boleh dibuang menggunakan sudu.
  • Biarkan agar agar kita dingin dan mengeras dengan sendirinya dalam suhu bilik. Setelah keras, toppingkan dengan susu manis dan serbuk koko atau milo kalau nak.
  • Setelah itu simpan dalam peti ais sekurang- kurangnya 30 minit sebelum dipotong dan sedia untuk dihidang.

 

MILO MOUSSE MUDAH

Sedapnya dapat makan milo mousse ni sejuk-sejuk. Sesuai untuk hidangan minum petang atau nak buat sebagai birthday cake pun sesuai. Bagi yang dah puas makan kek biasa tub oleh gantikan dengan mousse ni. Sedap rasanya!

RESEPI MILO MOUSSE MUDAH

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 400 ml susu penuh krim
  • 60 gm serbuk milo kosong
  • 5 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar serbuk koko (jika ada)
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 50 gm Dark Chocolate Compound

CARA PENYEDIAAN MILO MOUSSE MUDAH :

▶ Mula-mula sekali, sediakan periuk dan masukkan susu ke dalamnya. Ayakkan tepung jagung dan juga serbuk koko ke dalam periuk yang mengandungi susu tadi. Kacau sebati. Jangan nyalakan api lagi ya.

▶ Seterusnya, masukkan milo. Kacau bahan supaya sekata. Masukkan juga gula dan dark coklat. Atau boleh gunakan Nutella. Kacau sehingga gula sedikit larut dan bahan sebati.

▶Pasang api yang kecil, dan kacau sehingga menjadi pekat. Matikan api jika sudah pekat.

▶ Sediakan acuan, oleskan dengan sedikit minyak. Tuang adunan dalam bekas. Tutup dengan wrap. Kemudian sejukkan atau simpan dalam peti sejuk lebih kurang 4 jam.

▶ Cukup masa, keluarkan dan tabur serbuk koko di atasnya. Sedia untuk dinikmati!

 

MILO BURNT CHEESE CAKE

Kalau sebelum ni pernah dengar dan rasa burnt cheese cake, tapi kali ni cuba try pula milo burnt cheese cake! Sedap dia tak payah cakap, siap je kek beratur dah anak-anak menunggu. Waktu bakar dia tu, satu rumah bau semerbak harum!

RESEPI MILO BURNT CHEESE CAKE

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • loyang 6 inci
  • 250 gram Cream Cheese
  • ½ cawan Whipping Cream
  • 2 biji telur
  • ½ cawan gula perang
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 4 sudu besar serbuk Milo
  • 1 sudu besar serbuk koko

CARA PENYEDIAAN MILO BURNT CHEESE CAKE :

▶ Mula-mula sekali, masukkan semua bahan ke dalam mangkuk untuk diputar. Cream cheese, whipping cream, telur, gula perang, tepung gandum, esen vanilla, serbuk milo dan juga serbuk koko.

▶ Putar sampai semua bahan sebati dan sekata.

▶ Sediakana loyang lapikkan baking paper. Sementara tu, boleh panaskan oven.

▶ Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 25 minit dengan suhu 180 darjah Celsius dan 10 minit kemudian dengan suhu 160 darjah Celsius.

▶ Pastikan garing di bahagian atas

▶ Siap dibakar, keluarkan tunggu sehingga suam dan masukkan ke dalam peti sejuk selama semalaman sebelum sedia dihidangkan!

BACA JUGA: Cara Buat Kek Batik Indulgence Viral! Teknik Hasilkan Potongan Kemas Dan Cantik Pada Kek Batik!

MILO SLICE

Nak buat punyalah simple tapi rasa dia serious sedap! Milo slice ni sesuai juga tau nak buat sebagai kuih raya. Dah siap, masukkan dalam balang. Confirm ramai yang akan suka dan kemungkinan menjadi pilihan di musim raya nanti.

RESEPI MILO SLICE

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 125 gram butter
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 125 gram cawan milo
  • 85 gram nestum
  • 60 gram rolled oat
  • 80 gram gula perang

CARA PENYEDIAAN MILO SLICE :

▶ Pertama sekali, pukul butter bersama telur sehingga kembang kedua-dua bahan.

▶ Kemudian, masukkan bahan kering seperti tepung naik sendii, milo, nestum, rolled oat dan juga gula perang.

▶ Kacau sampai semua bahan sebati.

▶ Sediakan loyang, dan masukkan adunan ke dalam loyang. Tekan padat-padat dan ratakan.

▶ Bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama lebih kurang 25 minit. Potong mengikut saiz kesukaan kita. Nak besar boleh, nak kecil pun boleh.

▶ Siap untuk dihidangkan kepada anak-anak!

 

PENKEK MILO SEDAP

Tengok rupa dah macam dorayaki doraemon pulak. Penkek milo ni sesuai dibuat sebagai sarapan pagi atau minum petang. Makanan yang tak berat tapi sedikit mengenyangkan. Penkek ni boleh dimakan dengan pelbagai topping.

RESEPI PENKEK MILO

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan milo
  • 2 sudu baking powder
  • 1 biji telur
  • Susu full cream/ air secukupnya
  • Sedikit minyak/ butter cair

CARA PENYEDIAAN PENKEK MILO :

▶ Mula-mula sekali, campurkan bahan-bahan sehingga sebati dan jadi halus. Boleh gunakan blender atau mixer untuk dapatkan hasil yang halus. Nak guna whisk tangan pun boleh tak ada masalah.

▶ Masukkan susu sikit-sikit. Pastikan adunan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.

▶ Angkat adunan dan Tarik tinggi, kalau turun tanpa putus tu makusdnya adunan dah okay dan sempurna.

▶ Panaskan minyak, dan masukkan satu senduk dalam kuali non stick. Oleskan dengan butter dulu baru tuangkan adunan.

▶ Bila dah masak kedua-dua bahagian, angkat dan hidangkan dengan madu, atau dengan coklat cair atau dengan asikrim. Boleh juga dengan jem.

Fuuh! Sedap pulak tengok aneka resepi gunakan milo ni. Sebelum ni tak tahu ada banyak masakan yang kita boleh buat. Tapi lepas tengok satu per satu reseepi rasa macam mudah je nak buat.

Untuk yang baru nak belajar buat semua resepi ni, boleh sharekan dulu dekat wall facebook masing-masing ya. Siapa tahu ada yang boleh dapat manfaat yang sama nanti.

Saya ucapkan selamat mencuba kepada semua yang baru nak mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.