Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Aneka Resepi Sayur Taugeh Yang Wajib Kita Buat. Mudah Dan Rasa Super Sedap!

0

Setiap hidangan baik tengah hari atau malam, wajib ada masakan sayur. Tak kiralah sayur apa, dan buat masakan apa pun tak kisah. Sebab yang pentingnya ada!

Selalunya lauk sayur yang biasa kita buat adalah goreng sayur campur, kalian ikan masin, kangkung goreng belacan, atau sup sayur. Satu lagi masakan yang wajib kita guna adalah taugeh!

Banyak masakan kita boleh buat dengan menggunakan taugeh ni. Yang seronoknya, taugeh ni memang ramai yang suka. Bila kita masak, habis licin dimakannya memang puas hati betul lah rasa.

Beberapa perkongsian resepi sayur taugeh ni, memang wajib korang cuba sebab bukan setakat sedap, mudah sangat nak buat.

 

KERABU TAUGEH DENGAN KERANG

Sedapnya dapat makan kerabu taugeh dengan kerang ni. Paling syok dapat makan dengan bubur lambuk pada bulan puasa. Memang sedap jadikan juadah berbuka puasa!

RESEPI KERABU TAUGEH DENGAN KERANG

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 300 gm taugeh
  • 1 kilo kerang (rebus dan ambil isi)
  • 2 sudu besar udang kering
  • 1 inci belacan
  • 3 biji cili hidup
  • 5-10 biji cili api (ikut kepedasan masing2)
  • 3 sudu besar kerisik
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • Garam secukupnya

CARA PENYEDIAAN KERABU TAUGEH DENGAN KERANG :

▶ Celur taugeh beberapa saat kedalam air panas kemudian toskan.

▶ Masukkan cili, udang kering dan belacan yang di tumbuk halus, kemudian masukkan tomato dan bawang yang di mayang serta kerang..

▶ Selepas itu masukkan kerisik dan garam.

▶ Kemudian masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Siap dan sedia dihidangkan!

 

SAYUR TAUGEH KUCAI

Bila makan sayur taugeh kucai ni sebenarnya terpulang kepada kita nak tambahan apa. Sama ada tempe atau tauhu kedua-duanya sedap!

RESEPI SAYUR TAUGEH KUCAI

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 keping tauhu (digoreng)
  • ½ tempe (digoreng)
  • 1 cawan taugeh
  • 5 helai daun kucai
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • ½ biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)

CARA PENYEDIAAN SAYUR TAUGEH KUCAI :

▶ Tumiskan bahan yang sudah dihiris sehingga naik bau.

▶ Masukkan taugeh, tauhu dan tempe yang sudah dipotong dadu, daun kucai, garam dan serbuk perasa.

▶ Tutup api dan sedia untuk dihidang.

 

TAUGEH GORENG TELUR

Masakan ni simple je nak buat dia tapi kalau dapat makan memang sedap sehingga menjilat jari. Kalau perasan dekat kedai mamak ada jual untuk dimakan dengan nasi kandar. Serious sedap!

RESEPI TAUGEH GORENG TELUR

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 3 cawan taugeh
  • 1 biji telur
  • ½ kiub pati ayam/ikan bilis
  • 2 biji cili padi- di potong kecil
  • 1 sudu besar.bawang merah kisar
  • 1 sudu besar sos ikan

CARA PENYEDIAAN TAUGEH GORENG TELUR :

▶ Basuh bersih taugeh dan toskan.

▶ Masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama semua bahan lain.

▶ Biarkan seketika.

▶ Panaskan sedikit minyak dan masukkan taugeh .

▶ Bila taugeh agak layu.masukkan telur dan gaul rata.

▶ Bila telur masak, bolehlah dihidangkan

 

TAUGEH GORENG IKAN MASIN

Kalau dihidangkan lauk taugeh ikan masin ni, memang makan dengan nasi putih je pun cukup. Disebabkan lauk ni dah masin, jadi boleh sediakan hidangan masak lemak cili padi yang sesuai dimakan bersama!

RESEPI TAUGEH GORENG IKAN MASIN

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 mangkuk taugeh
  • 1 pokok daun kucai
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 biji bawang besar besar dimayang
  • 5 ulas bawang putih dicincang
  • 1 biji cili besar merah dihiris
  • 3 keping tauhu
  • 3 keping ikan masin tenggiri dicincang (@ ape2 ikan masin)
  • 1 sb sos tiram
  • Sedikit garam secukup rasa (kalau nak lebih masin)

CARA PENYEDIAAN TAUGEH GORENG IKAN MASIN :

▶ Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan bawang merah, goreng hingga layu. Masukkan ikan masin. Kacau rata.

▶ Masukkan tauhu, goreng sehingga tauhu kekuningan dan garing.

▶ Masukkan taugeh, daun kucai, daun bawang dan sos tiram. Masak sekejap. Siap.

BACA JUGA: Aneka Resepi Berasaskan Tempe Yang Sedap. Hidangan Simple Dan Padu!

TAUGEH CELUR SIMPLE

Suka betul makan sayur taugeh celur ni. Makan dengan nasi ayam memang layan sangat lah! Kalau tak percaya, korang boleh cuba. Senang je nak buat dia. Sekali dah rasa, confirm korang suka!

RESEPI TAUGEH CELUR SIMPLE

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 150 gram taugeh, buang ekor, cuci dan toskan (kalau taugeh kontot, tak payah buang ekor pun ok)
  • 2 camca besar air panas (nak sedap guna kuah sup)*
  • ½ camca teh serbuk pati ayam (mat guna 1/2 kiub pati ayam, hancurkan)*
  • ½ camca teh kicap pekat*
  • 1 ½ camca besar sos tiram*
  • 1 camca besar kicap manis*
  • 1 camca teh minyak bijan/minyak bawang putih*
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit garam, jika perlu (mat tak letak)
  • Hirisan cili merah untuk hiasan
  • Hirisan daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng untuk hiasan

CARA PENYEDIAAN TAUGEH CELUR SIMPLE :

▶ Dalam satu bekas, masukkan semua bahan-bahan bertanda (*), kacau rata dan tambah serbuk lada sulah secukup rasa dan secubit garam jika perlu. Kacau rata lagi dan ketepikan.

▶ Didihkan air, masukkan sedikit garam. Celur taugeh tadi semalam 20 saat (resipi asal 1 minit, tapi kalau suka rangup2, celur sekejap je).

▶ Toskan dan alihkan ke dalam bekas sesuai.

▶ Kemaskan taugeh tadi, tuang  kuah. Tabur hirisan daun bawang, cili padi dan bawang goreng.

▶ Hidangkan segera bersama nasi hangat dan lauk2 lain

 

TAUGEH MASAK LEMAK

Kalau dibuat sayur masak lemak putih macam ni, sedap dihidangkan dengan masakan sambal. Memang padu betul rasa dia. Boleh buat kita tambah nasi!

RESEPI TAUGEH MASAK LEMAK

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 mangkuk taugeh
  • Daun kucai (secekak kecil)
  • 3 ketul tofu
  • 3 biji cili padi
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 3-4 ulas bawang putih
  • Secubit ikan bilis
  • 1 kotak santan
  • 2 cawan air
  • Garam (secukupnya)
  • 1 sudu besar minyak masak

CARA PENYEDIAAN TAUGEH MASAK LEMAK :

▶ Basuh bersih taugeh,tofu,daun kucai dan cili padi.Toskan.Tumbuk bawang merah,bawang putih dan ikan bilis.

▶ Panaskan minyak,tumis bahan yang ditumbuk. Kemudian masukkan santan dan air suam. Masukkan tofu dan cili padi serta perasakan dengan garam.

▶ Biarkan mendidih (pastikan santan tidak pecah). Bila kuah sudah mendidih ,masukkan taugeh dan daun kucai.

▶ Sedia dihidang! Jangan lupa sambal belacan.

Siapa sangka dengan taugeh je ada banyak masakan sedap yang kita boleh buat untuk hidangkan kepada keluarga kita.

Dah la senang, sayur taugeh ni pun antara sayur yang ramai orang suka kan! Puas hati kalau buat sebab memang laju je akan habis.

Kalau korang pening nak buat resepi apa dengan taugeh, boleh follow je resepi -resepi sayur taugeh yang saya kongsikan ni.

Jangan lupa kongsikan di ruangan wall facebook masing-masing ya. Senang nak rujuk balik nanti dan boleh bagi manfaat kepada orang lain juga kan.

Untuk yang baru nak mula belajar memasak, resepi sayur taugeh ni memang antara sayur yang paling mudah nak buat. Nanti boleh cuba ya! Saya ucapkan selamat mencuba kepada semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.