Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Aneka Resepi Menggunakan Pisang! Sesuai Jadikan Hidangan Minum Petang Yang Awesome!

0

Siapa yang mampu menolak kalau diberi masakan berasaskan pisang ni kan. Lembut dia, manisnya tu memang sedap tak terkata.

Kalau sebelum ni kita biasa buat satu dua benda je guna pisang, tapi lepas baca resepi-resepi  ni bolehlah masukkan lagi masakan lain dengan pisang ni.

Jenis makanan macam ni, sesuai untuk dibuat untuk makan pagi, minum petang atau sebagai hidangan tambahan untuk majlis kecil-kecilan. Makan pisang ni sedap makan panas-panas. Memang layanz!

 

APAM PISANG

Kalau diberi apam pisang ni kepada kita, memang tak berhenti makan. Sedap rasa apam pisang ni sebab kita menggunakan pisang yang original bukan hanya perasa. Kepada yang nak belajar buat apam pisang ni, follow je resepi yang saya kongsikan dekat bawah!

RESEPI APAM PISANG

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Pisang ( lenyekkan)

 

BAHAN KISAR :

  • 3 biji telur
  • Esen vanilla
  • 1 cawan minyak
  • ¾ cawan gula merah

 

BAHAN AYAK :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder

CARA PENYEDIAAN APAM PISANG :

▶ Kisarkan bahan kisar sampai hancur dan lumat.

▶ Kemudian, ayak bahan-bahan yang perlu diayak ke dalam bekas. Satukan dalam satu bekas. Gaul supaya semua bahan jadi sebati dan sekata.

▶ Lenyek pisang sampai betul-betul hancur. Masukkan sekali dalam bekas kita tadi. gaul semua bahan ssebati.

▶ Bila dah sebati, perap selama 20 minit.

▶ Sediakan acuan dan oleskan dengan sedikit minyak.

▶ Tuang adunan dalam bekas acuan tersebut dan kukus dengan api yang sederhana selama 15 minit.

▶ Selesai masak, boleh sejukkan seketika sebelum dikeluarkan dari atau acuan.

 

PISANG GORENG CHEESE

Sedap betul kalau dapat makan pisang goreng cheese ni. Sejak jadi viral di laman sosial facebook, ramai yang dah buka untuk jualan bagi resepi ini. Boleh cuba sebab rasa dia just nice je!

RESEPI PISANG GORENG CHEESE

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 ikat pisang
  • 2 cawan tepung beras
  • 3 sudu tepung jagung
  • 1 sudu kecil kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • Air
  • Cheedar cheese
  • Susu pekat
  • Coklet (kalau suka)

CARA PENYEDIAAN PISANG GORENG CHEESE :

▶ Ancuh tepung beras, dan tepung jagung bersama dengan telur dan seikit air hingga adunan jadi pekat.

▶ Masukkan sedikit garam, serbuk kunyit ke dalam adunan.. gaul bagi sekata semua bahan

▶ Pisang, boleh lah kupas kulitnya dan belah dua. Jika besar pootng duad ulu barulah dibelah.

▶ Celup pisang ke dalam tepung dan sedia untuk digireng dalam minyak yang panas.

▶ Pisang siap digoreng, angkat dan toskan sekejap.

▶ Susun goreng pisang, dan taburkan cheedar cheese ke atas pisang.

▶ Letakkan sedikit susu pekat bersama  cheese tadi di atas pisang goreng kita.

▶ Jika suka, boleh taburkan coklat rice atau lorekkan dengan sos coklat.

▶ Sedia untuk dihidangkan bersama keluarga tersayang!

 

LEPAT PISANG

Untuk hidangan waktu petang, kalau tak tahu nak hidangkan apa boleh buat lepat pisang yang sedap ni. Simple je cara nak buat dia dan ianya sedap dimakan ketika masin panas. Kalau buat tu, bolehlah buat extra dan kongsikan dengan jiran sebelah rumah!

RESEPI LEPAT PISANG

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 cawan pisang (kupas dan lenyekkan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar gula pasir
  • ¾ cawan kelapa parut ( ambil warna putih sahaja )
  • secubit garam

CARA PENYEDIAAN LEPAT PISANG :

▶ Mula-mula sekali, gaulkan kelapa parut dengan garam. Kemudian, kukus sebentar dalam 10 minit.

▶ Seterusnya, layurkan daun pisang dan potong siap-siap saiz yang kita nak gunakan untuk buat lepat.

▶ Sebatikan pisang yang kita lenyek, tepung ganum dan gula pasir ke dalam satu bekas. Gaul sampai adunan sebati.

▶ Kemudian, ambil 2 suduletakkan di atas daun pisang. Leperkan sikit, dan letak kelapa di bahagian atasnya.

▶ Balut lepat pisang kita dengan kemas dan masukkan ke dalam periuk kukus.

▶ Buat sampai habis adunan atau habis daun pisang.

▶ Akhir sekali, kukus lepat pisang ni selama 30 minit dengan api yang sederhana besar.

▶ Bila dah siap, bolehlah dihidangkan!

 

CEKODOK PISANG LEMBUT

Ada yang memanggilnya cekodok dan ada yang namakan sebagai jemput-jemput. Walau apa pun nama dia, makanan yang satu ni kalau ada depan mata memang akan berebut makan. Tak perlu nak tunggu sejuk sebab bila panas pun sedap untuk dijamah. Tapi hati-hati ya!

RESEPI CEKODOK PISANG LEMBUT

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 cawan pisang (lecek)
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 5 sudu besar gula perang
  • 1 sudu kecil tepung beras

CARA PENYEDIAAN SEKODOK PISANG LEMBUT :

▶ Mudah sangat-sangat nak buat cekodok pisang lembut ni.

▶ Mula-mula sekali, campurkan tepung gandum, garam, gula dan tepung beras. Gaulkan sekata dan sampai bahan semua sebati.

▶ Akhir sekali, masukkan pisang dan gaul supaya sebati.

▶ Panaskan minyak, jangan terlalu cair. Jemputkan adunan menggunakan hujung jari sahaja.

▶ Goreng sampai cekodok kita bertukar keemaasan.

▶ Angkat dan toskan bila sudah masak.

▶ Sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Resepi Talam Ubi Kayu Sedap. Tips Untuk Mendapatkan Kuih Yang Cantik Dan Menyelerakan!

POPIA PISANG

Kalau ada pisang lebih tu, bolehlah cuba pancing selera anak-anak dnegan buat popia pisang ni. Bayangkan bila digigit, sedap je rasa popia ni. Rangup di luar dan lembut di dalam!

RESEPI POPIA PISANG COKLAT

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 3 biji pisang berangan
  • 6 keping kulit popia
  • 150 gm Coklat masakan
  • 50 gm whipping cream
  • 1 sudu butter
  • Minyak untuk menggoreng
  • Topping coklat

CARA PENYEDIAAN POPIA PISANG COKLAT :

▶ Mula-mula, buang kulit pisang dan belah dua pisang tersebut. Tapi jika saiz pisang besar, potong dua dulu barulah dibelah kepada 2 bahagian

▶ Seterusnya, sediakan kulit popia. Lipat dan gulungkan pisang yang kita potong tadi.

▶ Buat sampai habis pisang kita.

▶ Kemudian, panaskan minyak dan goreng popia seingga bertukar jadi kuning keemasan. Gunakan Teknik deep fry ye, iaitu menggunakan minyak yang banyak ketika menggoreng.

▶ Pastikan api yang digunakan tidak terlalu besar supaya kulit popia kita tidak hangit.

▶ Dah habis goreng sepenuhnya, bolehlah hidangkan popia untuk keluarga dan kawan -kawan untuk hidangan minum petang.

▶ Buat sos untuk rasa yang lebih sedap dan menyelerakan. Hanya perlu double boil kan coklat masakan bersama dengan whipping cream. Bila dah cair, tambahkan sedikit butter untuk dapatkan sos coklat yang cantik berkilat!

 

LEMPENG PISANG

Makanan legend kata orang! Lempeng pisang ni makan waktu panas memang berebut lah jawabnya. Ada juga yang buat lempeng pisang  ni dimakan dengan kelapa. Kombinasi dua makanan ni memang terbaik!

RESEPI LEMPENG PISANG

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 biji pisang ( Gunakan pisang berangan untuk rasa lebih sedap )
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu makan marjerin
  • 1 sudu makan gula perang

CARA PENYEDIAAN LEMPENG PISANG :

▶ Mula-mula sekali, lecek pisang bersama dengan gula perang. Lecek sampai pisang betul-betul  hancur.

▶ Kemudian, masukkan marjerin 1 sudu. Kacau semua bagi sebati.

▶ Seterusnya, masukkan tepung. Gaul supaya semua bahan sekata.

▶ Panaskan kuali non stick atau boleh juga gunakan kuali biasa. Oleskan dengan marjerin dan leperkan adunan kita tadi dalam kuali.

▶ Gunakan api yang perlahan sahaja. Masak sehingga adunan kering. Nak sedap biarkan ada kesan hitam-hitam sedikit.

▶ Terbalikkan bila dah betul-betul masak. Buat sampai habis adunan.

▶ Bila dah siap, bolehlah dimakan pada waktu petang atau pagi sebagai breakfast!

Kalau ada pisang lebih tu, tak perlu susah hati lagi dah. Ada banyak resepi masakan pisang yang kita boleh buat. Semua resepi pun simple dan mudah je kita nak buat.

Masakan pisang macam ni sesuai sangat untuk kita hidangkan pada waktu santai petang-petang. Hidangkan dengan teh o panas, memang layanz!

Kalau ada yang dari kita rasakan perkongsian ini memberian manfaat yang baik, mohon untuk sudi kongsikan di facebook dengan tekan butang share ye. Mungkin masih ramai yang perlukan manfaat yang sama seperti kita.

Kepada yang baru nak mula belajar buat makanan-makanan mudah yang menggunakan pisang ni. Saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.