Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Aneka Resepi Daging Yang Super Sedap Dan Lembut. Resepi Mudah Dan Simple Untuk Kita!

0

Kalau ada daging dalam peti ais memang mula susah hati pikir nak buat masakan apa. Walaupun rumah ni memang ramai yang suka makan resepi daging, tapi pening juga nak variasikan masakan.

Ada masakan daging yang sesuai untuk kita buat sebagai hidangan untuk minum petang bersama keluarga. Alang-alang orang kata masak sekali je, boleh buat makan petang seperti roti jala, cucur rangup dan sebagainya!

Dalam perkongsian kali ini, saya sharekan beberapa resepi masakan menggunakan daging yang boleh kita buat. Rasa dia semua sedap dan yang paling penting sangat mudah nak cuba buat. Sekali rasa je, terus suka!

Jom saya kongsikan setiap satu resepi yang ada dengan lengkap. Senanglah nanti korang nak share kan di ruangan facebook masing-masing kan.

 

DAGING SALAI MASAK LEMAK

Antara makanan wajib cuba kalau ke negeri Sembilan ni. Ialah gulai masak lemak cili padi daging salai ni. Rasa daging salai dengan daging biasa memang lain tau. Salai punya rasa confirm terbaik dan bau smoke dia yang sangat sedap.

RESEPI MASAK LEMAK DAGING SALAI

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 500 gram daging salai
  • 1 kotak santan kara
  • 2 cawan air
  • 3 biji bawang merah – ditumbuk*
  • 2 ulas bawang putih -ditumbuk*
  • ½ biji bawang holland (hiris nipis)
  • 1 inci halia -ditumbuk*
  • 1 inci kunyit hidup – ditumbuk*
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 biji cili merah -ditumbuk*
  • 5-6 biji cili padi hijau (ditumbuk)*
  • 1 keping asam keping
  • 3 batang serai (dititik)

CARA PENYEDIAAN DAGING SALAI MASAK LEMAK :

▶ Potong daging salai nipis-nipis

▶ Kemudian tumbuk bahan bertanda * sehingga sedikit hancur (ada yang tak letak cili padi)

▶ Masukkan air, santan, serai, asam, bawang holland dan bahan yang ditumbuk tadi buka api dan kacau-kacau sehingga masak

▶ Kemudian masukkan gula garam secukup rasa, siap untuk dihidang bersama nasi panas

 

DAGING MASAK PEDAS

Wah! Siapa cakap daging ni tak boleh pelbagaikan masakan. Banyak masakan yang super sedap dan confirm anak-anak akan suka. Buat daging masak pedas ni, rasa dia memang padu!

RESEPI DAGING MASAK PEDAS

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

BAHAN A (PERAP DAGING)

  • ½ kilo daging dipotong ikut citarasa
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili / sos pedas
  • 1 sudu serbuk parsli (tak bubuh pun tak ape)
  • 1 sudu cili hawflakes (boleh gantikan dengan serbuk cili)
  • 1 sudu perasa masakan hilal

 

BAHAN B (TUMIS) :

  • 1 senduk kecil minyak masak
  • 1 biji bawang merah dihiris
  • 3 biji bawang putih dihiris
  • 1 inci halia di hiris
  • 3 biji cili padi di belah dua
  • 1 batang daun kari
  • 1 batang serai diketuk
  • 2 senduk kecil cili giling
  • 1 sudu biasa kicap manis
  • 1 sudu sos cili /sos pencicah
  • 1 cawan air kosong (jika perlu)
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu perasa masakan hilal

CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK PEDAS :

▶ Mula-mula sekali perap semua bahan perapan.

▶ Perap sekejap sementara sediakan bahan-bahan tumis.

▶ Kemudian, tumis bahan-bahan yanng dihiris, serai, daun kari, cili padi. Masukkan juga cili giling dan kicap.

▶ Masukkan daging dan gaul sebati. Kemudian masukkan garam dan perasa masakan. Gaul rata, dan tutup sekejap. Air-air wap dari penutup kuali atau periuk akan membuatkan daging sudah berkuah. Biarkan masak sehingga empuk.

▶  Sekali-sekala buka dan masukkan sedikit air kosong supaya tak hangus dan kering.

▶ Apabila daging sudah masak, rasa masakan kita sekali lagi. Ejas apa yang kurang. Rasa dah okay boleh padamkan api!

 

ASAM PEDAS DAGING TETEL ALA THAI

Orang melaka memang wajib dan pandai buat masakan asam pedas ni. Dan nak buat asam pedas, daging tetel ni yang paling banyak menjadi pilihan ramai. Sedap dan marvellous!

RESEPI ASAM PEDAS DAGING TETEL SEDAp

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 8 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 keping lengkuas
  • 2 keping halia
  • 3 batang lada merah
  • 3 batang cili padi
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 5 keping asam gelugur
  • ¼ cawan minyak masak
  • 1 batang serai diketuk
  • 700 gram daging tetel dihiris nipis
  • 1 liter air
  • 1 camca besar garam Himalaya
  • 1 camca besar penuh gula merah
  • 1 ketul kiub pati ayam Maggi
  • Bahan tambahan:
  • 1 batang bunga kantan
  • 2 tangkai daun limau purut
  • 1 biji tomato merah dipotong 4

CARA PENYEDIAAN ASAM PEDAS DAGING TETEL PEDAS ALA THAI

▶ Kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, lada merah dan cili padi dengan 1 cawan air hingga halus. Ketepikan.

▶ Panaskan minyak masak dalam kuali non stick, tumis serai hingga naik bau. Masukkan bahan kisar bersama serbuk kunyit, tumis hingga garing @ pecah minyak. Masukkan asam keping.

▶ Masukkan daging, balik-balikkan hingga bercampur rata daging dengan bahan tumis. Tutup kuali dengan penutup. Masak hingga daging mengeluarkan airnya.

▶ Bila air daging hampir kering masukkan 1 liter air,masak hingga menggelegak. Masukkan garam,kiub pati ayam dan gula merah. Masak hingga daging empuk dengan api sederhana besar.

▶ Masukkan bunga kantan dan daun limau purut, masak hingga kuah berkurangan sedikit baru masukkan tomato merah. Seimbangkan rasa,tutup api,siap.

 

DAGING MASAK JINTAN

Sedapnya dapat makan daging masak jintan ni. Memang rasa rempah yang digunakan meresap je dalam kita punya daging tu. Nak makan daging masak jintan ni sedap makan dengan nasi putih atau makan dengan lemang pulut kan.

RESEPI DAGING MASAK JINTAN

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • ½ kg daging lembu (direbus)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 inci halia (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 senduk kecil cili kering kisar
  • 2 sudu besar jintan manis (kisar)
  • 2 sudu lada hitam (kisar)
  • Kicap Lemak Manis

CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK JINTAN :

▶ Panaskan kuali bersama minyak. Gorengkan bahan-bahan yang telah dihiris secara berasingan dan angkat.

▶ Di kuali yang sama juga, goreng daging yang telah dihiris sehingga masak.

▶ Bila daging dah masak dan kering, masukkan pula cili yang sudah dikisar. Gaul sebati sehingga cili masak.

▶ Kemudian masukkan jintan manis, lada hitam dan kicap. Kicap ni agak-agak. Ikut tahap hitam yang kita nak ya.

▶ Masukkan pula sedikit maggi cukup rasa dan gula.

▶ Akhir sekali, masukkan bahan yang sudah digoreng tadi. Gaul rata dan dah siap. Boleh dihidang bersama nasi panas atau pun ketupat.

BACA JUGA: Aneka Resepi Sayur Taugeh Yang Wajib Kita Buat. Mudah Dan Rasa Super Sedap!

DAGING MASAK MERAH

Nak buat masakan daging ni senang je rupanya. Follow resepi yang saya kongsikan dekat bawah ni. Makan dengan nasi panas sedap, atau nasi goreng pun boleh padu!

RESEPI DAGING MASAK MERAH

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 kilo daging lembu
  • 3 sudu besar lada kering blend
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 labu bawang besar – di potong besar
  • 1 ½ sudu besar gula @ secukup rasa
  • 1 sudu teh garam halus

 

BAHAN KISAR :

  • 6 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 batang serai*

CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK MERAH :

▶ Rebus daging hingga empuk. Boleh guna presure cooker untuk lebih pantas. Masak 10 minit. ▶ Kemudian, potong daging nipis-nipis. Ketepikan seketika.

▶ Tumis bahan-bahan yang dikisar hingga pecah minyak

▶ Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau sebati. Masukkan daging, garam, gula & sedikit air. Kacau hingga daging lembut dan bersalut dengan kuah

▶ Akhir sekali, masukkan bawang besar. Kacau hingga kuah pekat dan agak kering

 

KARI DAGING

Kalau buat kari daging ni, memang wajib buat extra. Nak buat makan petang, boleh hidangkan dengan roti jala, roti gardenia, capati pun sedap dan macam-macam lagi lah.  Yang penting rasa memang sedap dan jangan lupa masukkan kentang sekali!

RESEPI KARI DAGING

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

BAHAN KISAR :

  • 1 biji besar bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih

 

BAHAN LAIN :

  • 400 g daging (hiris lebar)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu/cincang)
  • 4 rempah sekawan
  • 2 biji kentang (potong dadu)
  • daun kari
  • 1 biji tomato
  • 2 batang lada besar (merah/hijau) kerat 2 je

 

SUKATAN BAHAN REMPAH & LAIN LAIN

  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 3 sudu besar rempah kari daging (babas)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • ½ kotak santan (santan 200ml)
  • 2 cawan air

CARA PENYEDIAAN KARI DAGING :

▶ Seperti biasa sukatan bahan.. sukatan sudu tu hanya didalam gambar, jgn lupa follow sukatan yg telah saya berikan.

▶ Panaskan minyak, masukkan rempah 4 sekawan dan daun kari.. tumis hingga naik bau rempah.

▶ Masukkan bahan yang dikisar. Tumis seketika hingga kekuningan.

▶ Kemudian, masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

▶ Setelah tumisan pecah minyak, masukkan kentang dan hirisan bawang merah/besar.. tumis dan gaul sekata..

▶ Kemudian masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar.

▶ Masukkan serbuk kari dan juga air asam jawa mengikut sukatan yang telah diberikan. Kacau sekata.

▶ Kemudian, masukkan hirisan daging. Kacau dan tumis seketika hingga segala rempah meresap dan salut pada keseluruhan daging.

▶ Lepastu masukkan 2 cawan air. Kacau dan biarkan mendidih hingga daging dan kentang empuk.

▶ Apabila daging sudah empuk, masukkan hirisan tomato dan lada besar.

▶ Setelah itu, masukkan ½ kotak kecil santan, garam dan juga serbuk secukup rasa. Untuk bahan perasa, ikut citarasa anda.

▶ Kalau ikut sukatan saya, saya letak 3 sudu teh garam dan 2 sudu teh serbuk secukup rasa.

▶ Didihkan seketika dan sedia untuk dihidang.

Waah! Banyaknya resepi yang menggunakan daging sedap dan senang untuk kita buat. Memang bila datang musim banyak daging kita dapat, contohnya pada hari raya korban. Mula lah pening fikir nak buat masakan apa menggunakan daging.

Tak sangka juga bila ada resepi daging macam ni jadi mudahlah kita nak follow dan nak rujuk kan. Bila ada daging, pilih je salah satu resepi yang kita boleh cuba. Rasa dia confirm lah sedap sebab saya memang gemar makan daging!

Untuk yang baru nak belajar masak masakan daging, boleh save dulu perkongsian aneka resepi daging ni. Senang nanti kita nak scroll cari balik dan mudah kita nak bagi orang lain pun dapat manfaat yang sama.

Kepada yang baru nak mencuba, saya ucapkan selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.