Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Aneka Masakan Kurma Yang Lazat Dan Menyelerakan! Resepi Mudah Yang Semua Orang Wajib Buat!

0

Antara masakan yang wajib ada dalam list senarai kita mesti ayam masak kurma kan. Ada yang suka makan masakan kurma ni dengan nasi putih je. Tapi sebenarnya boleh je dengan pelbagai jenis nasi lagi yang berperisa.

Ada juga yang suka makan cicah dengan roti atau cucur untuk makan petang. So alang-alang dah buat, boleh lebihkan kuah untuk buat hidangan petang sekali.

Nak buat masak kurma ni ada beberapa versi. Masing-masing ad acara tersendiri dan yang pasti semuanya sedap terangkat sehingga menjilat jari!

Dekat bawah ni saya kongsikan beberapa resepi masakan kurma yang boleh kita follow dan hidangkan kepada keluarga tercinta!

 

DAGING MASAK KURMA

RESEPI DAGING MASAK KURMA

Bahan-bahan yang disediakan adalah :

  • 600 gm Daging

 

BAHAN KISAR :

  • 5 biji Bawang Merah Kecil
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia

 

BAHAN HIASAN : DIPOTONG EMPAT BAHAGIAN

  • 8 biji Tomato Ceri masam / 2 biji Tomato biasa
  • 3 biji Ubi Kentang
  • 2 biji Cili Masak Hijau
  • 1 biji Bawang Besar

 

REMPAH RATUS :

  • 2 biji Buah Pelaga
  • 2 kuntum Bunga Lawang
  • 5 kuntum Bunga Cengkih
  • 2 batang Kayu Manis
  • 4 sudu besar Serbuk Rempah Kurma Daging
  • ½ kotak kecil Santan
  • Minyak masak

CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK KURMA :

▶ Tanpa menggunakan minyak, sangai dulu kayu manis, buah pelaga dan juga bunga lawang. Sangai sehingga bau wangi naik.

▶ Kemudian, masukkan minyak masak dan tumis bahan-bahan tadi seketika.

▶ Seterusnya, masukkan bawang kisar dan tumis sehingga kering dan garing.

▶ Masukkan serbuk rempah kurma. Gunakan api yang sederhana sahaja, dan kerap kacau supaya bahan tidak hangus.

▶ Bila bahan dah kering dan harum semerbak, masukkan daging. Gaul sebati beberapa minit supaya semua bahan tu sekata dengan daging kita.

▶ Kemudian, masukkan santan pekat. Kacau seketika dan masukkan air dan garam.

▶ Bila santan atau kuah dan mendidih masukkan ubi kentang, bawang besar dan cili masak. Biarkan seketika lebih kurang 10 minit.

▶ Ubi dah empuk, bawang dah layu, masukkan tomato dan siap untuk dihidangkan!

 

KURMA TELUR

Kalau di rumah kenduri kampung, masakan kurma menjadi salah satu lauk yang mesti ada. Selain mudah nak buat, ramai yang suka , lauk kurma pun sesuai untuk dimakan bersama nasi minyak yang dihidangkan!

RESEPI KURMA TELUR

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 3 biji bawang merah (hiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (hiris halus)
  • 1 inci halia (hiris halus)
  • Rempah 4 sekawan
  • 1 paket kecik rempah kurma
  • 4 biji telur rebus
  • 1 biji kentang (dipotong dadu)
  • 1 biji cili besar (hiris kasar)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1 cawan santan
  • Sedikit air (untuk kuah)
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

CARA PENYEDIAAN KURMA TELUR :

▶ Mula-mula rebus telur ayam dulu. Dah selesai rebus, kupas kulitnya dan ketepikan seketika.

▶ Seterusnya, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan juga rempah 4 sekawan. Masukkan pes kurma dan tumis sehingga naib au dan pecah minyak.

▶ Dah pecah minyak, masukkan kentang dan sedikit air. Masak sehingga kentang empuk sepenuhna.

▶ Seterusnya, masukkan telur rebus tadi, cili besar dan bawang besar. Tak perlu tunggu lama masukkan santan. Kacau dengan api yang perlahan supay asantan tidak berketul.

▶ Perasakan dengan gula dan garam

▶ Masak sehingga mendidih dan kuah jadi sedikit pekat. Rasa semua dah okay, boleh padamkan api.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

AYAM KURMA KUAH PEKAT

Kalau nak buat kurma ayam, kena pilih nak buat kuah pekat atau cair sedikit. Sesetengah orang ada yang suka dengan kuah pekat supaya dapat rasa yang pekat dan sedap tu. Tapi ada orang yang suka kuah banyak dan cair sedikit. Asal rasa kurma dah okay.

RESEPI KURMA AYAM KUAH PEKAT

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • ¼ bahagian ayam (potong kecil)
  • 1 mangkuk santan cair
  • 1 peket serbuk kurma adabi
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 4 biji bawang merah
  • 2 biji ubi kentang
  • ½ biji lobak merah
  • Hirisan cili jika suka
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN AYAM KURMA KUAH PEKAT :

▶ Mula-mula, tumbuk lumat bawang putih dengan halia. Bawang merah hanya dimayang sahaja.

▶ Panaskan minyak, dan tumis bahan-bahan ni sehingga kekuningan dan naik bau.

▶ Sementara tu, bancuh serbuk rempah kurma dengan sedikit air untuk jadikan pes. Masukkan ke dalam kuali dan tumis bersama sehingga pecah minyak.

▶ Kemudian, masukkan ayam yang sudah dibasuh bersih. Kacau supaya sebati dengan bahan rempah. Biarkan dalam kuali lebih kurng dalam 2 minit untuk ayam kecut.

▶ Masukkan santan dan kacau sekejap dengan api yang perlahan.

▶ Bila dah sebati, masukkan ubi kentang dan juga lobak merah. Masak sehingga keduanya empuk.

▶ Dah empuk, masak sempurna dengan ayam boleh perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.

▶ Kuah dah pekat blehlah padamkan api. Masukkan dalam mangkuk untuk dihidangkan. Tabur hirisan cili ke atasnya.

 

KURMA KAMBING

Pergi kedai mamak, ambik nasi beriani  dengan kurma kambing. Makan dengan satu jenis lauk pun sedap! Kurma di kedai mamak memang pekat dan rasa berempah dia. Sekali makan boleh buat kita terbayang-bayang nak makan lagi! Makan dengan papadom dan ayam goreng, memang padu!

RESEPI KURMA KAMBING

Bahan-bahan yang diperlukan adalah  :

  • 500 gm daging kambing
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 akar ketumbar
  • 1 paket rempah kurma Adabi
  • Rempah 4 sekawan
  • Santan sekotak kecil
  • 1 sudu asam jawa
  • 3 biji kentang (dipotong wedges)
  • 4 biji cili hijau
  • 2 biji tomato (dipotong wedges)
  • 1 biji bawang holland (dipotong kasar)
  • Daun ketumbar
  • Garam gula secukup rasa
  • Serbuk lada hitam

 

BAHAN KISAR :

  • 2 biji bawang merah besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 3 biji buah keras (dikisar)

CARA PENYEDIAAN KURMA KAMBING :

▶ Mula-mula sekali, panaskan minyak dan tumis 4 sekawan sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar dan juga daun kari.

▶ Tumis sampai sedikit garing dan wangi je. Bila dah masak, masukkan rempah kurma dan serbuk lada hitam. Kacau semua bahan dan masak beberapa kali sehingga pecah minyak.

▶ Caranya, masukkan sedikit ait, dah kering masukkan sikit lagi air berulang sehingga rempah kita masak pecah minyak.

▶ Seterusnya, masukkan daging kambing yang sudah dibasuh. Gaul sebati dan biarkan daging masak sempurna.

▶ Bila daging dah masak, masukkan kentang dan santan. Gunakan api yang perlahan biarkan kentang masak empuk.

▶ Daging dah lembut, kentang dah empuk, masukkan asam jawa atau asam gelugur. Jangan lupa perasakan dengan garam.

▶ Bila kuah dah sebati dengan semua bahan, masukkan bawang holland, cili hijau masak serta tomato.

▶ Masak sampai sedikit layu, taburkan dengan daun ketumbar.

Siap dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Resepi Simple Masak Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai! Sekali Try Sebijik Rasa Macam Kedai!

KURMA TELUR ITIK

Bukan telur biasa je, tapi telur itik pun sedap dibuat masakan kurma ni. Nak buat masakan kurma ni, boleh juga masukkan kentang sebagai bahan tambahan!

RESEPI MASAK KURMA TELUR ITIK

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 4 biji telur itik
  • 1 paket kecil rempah kurma (jadikan pes)
  • 1 labu bawang besar- belah 4
  • 4 santan secukupnya
  • Garam serbuk cukup rasa

 

BAHAN TUMIS REMPAH  :

  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah

CARA PENYEDIAAN MASAK KURMA TELUR ITIK :

▶ Mula-mula sekali, didihkan air sebentar. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan ke dalam air mendidih. Buat sampai habis dan ketepikan seketika.

▶ Seterusnya, tumbuk bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.

▶ Panaskan minyak, tumis bawang yang kita tumbuk tadi dengan rempah 4 sekawan. Tumis sampai naik bau wangi.

▶ Kemudian,  bancuh serbuk kurma dengan sedikit air. Jadikan pes dan masukkan ke dalam kuali. Dan tumis bersama bahan tadi sehingga pecah minyak.

▶ Bila dah pecah minyak, masukkan santan dan kacau sekali sekala sampai santan mendidih.

▶ Santan dah masak elok dan bahan sebati dalam kuali, masukkan telur itik dan bawang besar sebagai hiasan.

▶ Perasakan dengan serbuk perasa dan juga garam. Rasa dah okay boleh padamkan api dan sedia untuk dihidangkan!

 

IKAN TENGGIRI MASAK KURMA

Kalau ada ikan tenggiri lebih dalam petit u, boleh cuba buat lauk masak kurma. Walaupun jarang nak jumpa masakan ni, tapi bila rasa memang sedap! Isi ikan yang lembut dan kuah yang sedap berlemak!

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK KURMA

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 4 keping ikan tenggiri
  • 2 sudu besar rempah kurma
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 ½ cawan Santan pekat

 

BAHAN TUMBUK :

  • 2 Bawang kecil
  • 1 halia
  • 2 bawang putih

 

BAHAN TUMIS :

  • 2 kuntum Bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil Sedikit halba
  • 1 sudu kecil biji sawi

CARA PENYEDIAAN IKAN TENGGIRI MASAK KURMA :

▶ Mula-mula sekali, bersihkan ikan tenggiri dan toskan seketika.

▶ Seterusnya panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga kekuningan dan naik bau wangi.

▶ Dah naik bau, masukkan sedikit air dan serbuk rempah kurma. Rempah kurma boleh dibancuh dahulu jadikan pes atau tabur terus dalam kuali pun boleh.

▶ Masak sehingga bahan pecah minyak.

▶ Bila dah pecah minyak, masukkan santan, cili padi, limau dan juga garam. Kacau sebati semua bahan, masukkan ikan tenggiri.

▶ Menggunakan api yang perlahan masak sehingga ikan betul-betul masak sempurna.

▶ Rasa semua dah cukup, boleh padamkan api.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Kalau sebelum ni kita biasa buat kurma daging dan ayam sahaja, lepas ni boleh cuba beberapa menu masakan kurma yang lain. Bukan sahjaa mudah, tapi sedap tu tak tertahan!

Nak buat masakan kurma ni, boleh makan dengan nasi putih, nasi berperisa seperti nasi tomato, nasi hujan panas, nasi kandar atau nasi minyak. Semua boleh dan rasanya memang ngam!

Untuk yang baru belajar nak buat masakan kurma boleh save dulu perkongsian ini untuk tujuan rujukan pada masa akan datang. Share kan juga di wall facebook masing-masing supaya boleh memberikan manfaat kepada orang lain.

Jadi, kepada yang nak buat nanti, saya doakan semoga berjaya menghasilkan kurma yang terbaik dan menjadi kegemaran seluruh ahli keluarga!

Leave A Reply

Your email address will not be published.