Selain mee dan bihun, kuey teaw ni salah satu makanan yang ramai betul orang suka. Sama seperti dua makanan tadi, kuey teaw juga boleh dimasak dengan pelbagai cara dan rasa.
Kalau order di kedai, sama ada char kuey teaw atau kuey teaw goreng basah mesti menjadi pilihan utama. Rasa yang sedap dengan kuah berperisa memang sedap! Hidangkan pula dengan telur mata separuh masak. Layanz!
Dekat bawah ni saya nak kongsikan beberapa resepi kuey teaw yang boleh kita buat untuk hidangan baik pagi sebagai breakfast atau malam sebagai dinner.
Kalau sebelum ni biasa buat satu atau dua resepi yanga da, kali ni boleh tengok resepi lain yang lebih menyelerakan. Jom saya kongsikan!
KUETEOW GORENG KERANG
Sedapnyaa dapat makan kuey teaw kerang ni! Makan waktu masih panas dan biarkan taugeh rangup. Setiap suapan tu penuh dengan nikmat di mana ada kerang, ada taugeh dan rasa kuey teaw yang padu! Buat pedas-pedas baru lah terangkat.
RESEPI KUEY TEAW KERANG
Bahan-bahan yang dipelrukan adalah :
- 1 bungkus kuey teow
- 1 mangkuk kerang rebus
- 3 sudu makan cili yang telah dikisar bersama dengan bawang
- 4 sudu makan cili sos
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap cair
- 2 sudu makan sos ikan
- 6-7 sudu makan kicap lemak manis secukupnya
- 1 mangkuk taugeh
- 1 mangkuk kucai
- garam & gula jika perlu untuk sesuaikan rasa
CARA PENYEDIAAN KUWY TEAW GORENG KERANG :
▶ Mula-mula sekali, lalukan kuey teaw dengan air paip. Ketepikan seketika.
▶ Sementara tu, panaskan minyak masak, tumis cili padi sebentar dan masukkan cili kisar.
▶ Kacau semua bahan supaya sebati dan cili betul -betul masak. Kemudian, masukkan kuey teaw pulak.
▶ Kacau supaya kuey teaw kita sekata dengan bahan perasa.
▶ Masukkan bahan-bahan, sos ikan, kicap lemak manis, sos cili, sos tiram, kicap cair dan juga kerang.
▶ Masakkan sehingga kuah mendidih. Jika suka basah boleh terus masukan kucai dan taugeh. Masak sekejap dalam 1 minit, boleh terus padamkan api.
CHAR KUEY TEOW
Jika kena pada tempatnya, char kuey teaw ni boleh jadi makanan yang paling sedap dan senang nak buat. Makan waktu panas-panas, memang akan rasa lagi padu! Jangan lupa hidangkan bersmaa cabai jeruk tau.
RESEPI CHAR KUEY TEAW
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 kg udang (asingkan kulit /kepala & isi udang)
- Air secukupnya
- 3 atau 4 bungkus kuey teow
- 6 biji telur @ lebih
SOS CHAR KUEY TEOW (REBUSAN AIR UDANG)
- Air rebusan udang
- ¾ cawan kicap pekat
- ¾ cawan kicap manis
- ¼ cawan pes petis udang (shrimp paste) @ boleh ganti dengan 2 kiub ikan bilis
- 6 sudu besar cili kisar
- 6 ulas bawang putih (diketuk/kisar)
BAHAN KISAR :
- 8 ulas bawang putih
- ½ biji bawang besar (jika suka)
BAHAN PELENGKAP :
- Daun kucai
- Taugeh
- Kerang
- Cili jeruk
CARA PENYEDIAAN CHAR KUEY TEAW :
▶ Mula-mula, asingkkan kepala, kulit dan badan udang. Rebus kulit kepala dan kulit udang sehingga bertukar warna. Tapis air rebusan tadi dan ketepikan seketika.
▶ Sementara tu, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam rebusan bersama dengan petis udang.
▶ Tambahkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan juga cili kisar ke dalam periuk bersama air rebuan tadi.
▶ Masak sehingga sedikit pekat, atau sehingga mendidih. Siap sos char kuey teaw kita!
▶ Panaskan kuali, tumis bahan- bahan kisar sehingga naik bau.
▶ Masukkan udang, goreng sekejap. Masak car kuey teaw ni kena gunakan api yang besar dan masaknya hanya sekejap sahaja.
▶ Masukkan sis char kuey teaw kita dan tambah sedikit air.
▶ Masukkan daun kucai, taugeh dan terus masukkan kuwy teaw. Masak cepat-cepat balik-balikkan dia.
▶ Akhir sekali, masukkan telur dan kacau sehingga telur masak.
TIP :
▶ Jangan masak sekali banyak. Masak untuk 1 pinggan sahaja setiap kali masak.
▶ Gunakan api yang paling besar. Rasa char kuey teaw kita akan jadi lebih sedap dan pekat.
KUETIAU LADNA
Ramai yang keliru apa beza kuey teaw ladna dengan kuey teaw Kungfu. Sudah pasti ada bezaya. Kuey teaw ladna di gaulkan dengan kicap dan digorengkan. Untuk kuey teaw Kungfu pula, gaulkan bersama telur dan gorengkan!
RESEPI KUEY TEAW LADNA
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 bungkus kuetiau
- 1 sudu besar kicap lemak manis
- 1 biji bawang besar – hiris
- 3 ulas bawang putih – cincang
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos lada hitam
- 1 sudu besar serbuk pati ayam
- ½ sudu kecil garam
- ¼ sudu kecil lada sulah AjiShio
- 1 sudu besar tepung jagung + ½ sudu besar air kacau rata
- 5 biji cili padi
- 200 gm sayur campur (lobak merah, bunga kobis, putik jagung potong siap)
- 100 gm sawi jepun – potong siap
- 3 sudu besar minyak masak
- 600 ml air panas
CARA PENYEDIAAN KUAY TEAW LADNA :
▶ Mula -mula sekali, gaulkan kicap dengan kue teaw. Kemudian, panaskan kuali dansedikit minyak.
▶ Goreng kuey teaw sekejap sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
▶ Guna kuali yang sama, masukkans edikit lagi minyak. Tumis bawang besar, dan juga bawang putih sehingga kuning keemasan.
▶ Kemudian, masukkan sotong dan udang. Gaul rata seupaya masak sekata.
▶ Masukkan sos lada hitam, sos tiram, serbuk pati ayam, cili padi yang kita ketuk, serbulk lada sulah dan bahan perasa gula dan garam.
▶ Kacau semua bahan supaya sekata dan sebati.
▶ Bila rasa dah okay masukkan sayur-sayur yang ada. Seperti lobak merah, bunga kobis dan juga putik jagung.
▶ Seterunsya, masukkan air panas. Bila mendiidh terus masukkan bancuhan tepung jagung.
Kuah kita akan jadi pekat.
▶ Masukkan telur kacau rata. Akhir sekali masukkan sayur sawi
▶ Sewaktu nak hidangkan, letak kuey teaw yang kita goreng awal tadi ke dalam pinggan, dan tuangkan kuah ke atasnya!
KUEY TEOW BANDUNG
Selain mee bandung, ada juga kuey teau bandung tau. Tapi memang jarang kitab oleh jumpa kuey teaw bandung ni. Tapis ekali rasa, makan masa penas memang sedap! Yang belum pernah cuba, boleh try untuk but sendiri. Memang marvellous!
RESEPI KUEY TEAW BANDUNG
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
PES KUAH :
- Suku bahagian bawang holland (dikisar)
- 3 biji bawang merah (dikisar)
- 1 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 sudu udang kering yang telah direndam (dikisar)
- 6-8 biji cili kering direndam air panas (dikisar)
- 1-2 sudu kacang tanah ditumbuk halus
- Minyak masak
- Gula sedikit
BAHAN KUAH :
- 100 g daging batang pinang
- 1 kiub pati lembu
- 1 biji kentang/keledek direbus dan dilecek
- 2-3 sudu sos tomato
- Hirisan lobak merah
- Hirisan sawi dan batang sawi
- 2 biji tomato
- 2 biji telur ayam
- Garam secukup rasa
BAHAN TAMBAHAN :
- Kuey teow dicelur air panas
- Hirisan cili merah
- Hirisan daun bawang
- Bawang goreng
CARA PENYEDIAAN KUEY TEAW BANDUNG :
▶ Mula -mula, rebus daging sehingga lembut. Masukkan kiub pati lembu ke dalam rebusan daging. Masak sehingga daging betul-betul empuk.
▶ Daging yang dah lembut, hiris nipis-nipis dan kita akan gunakan sewaktu hidangan.
▶ Kisar bawang holland, bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili kering. Kisar sampai hancur.
▶ Kemudian, tumbuk sampai hancur kacang tanah.
▶ Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah minyak. Kemudian, masukkan kacang tanah dan juga gula 1 sudu besar. Kacau sehingga jadi sedikit kering dan garing.
▶ Air rebusan daging tadi, masukkan ke dalam kuali dan biarkan dia mendidih seketika. Pastikan kentang sudah dilecek dan masukkan bersama dalam kuali kuah kita.
▶ Kacau sampai kuah rasa sebati dengan bahan-bahan. Seterusnya, masukkan udang, lobak merah dan juga batang sawi. Masak sehingga sedikit lembut.
▶ Sayur dah sedikit lembut, masukkan tomato dan daun sawi.
▶ Perasakan juga dnegan garam, gula serta serbuk perasa makanan.
▶ Akhir sekali, pecahkan telur auam sebijik demi sebijik ke dalam kuah. Gunakan api yang perlahan. Dan jangan kacau kuah lagi dah. Biarkan telur tu masak sendiri.
▶ Semua dah masak, rasa dah cukup, boleh padam api! Sedia untuk dihidangkan!
TIP :
▶ Jika tak nak masukkan telur, boleh gantikan dengan telur rebus.
▶ Sedap dihidangkan dengan hirisan daging, daun bawang, cili serta bawang goreng!
BACA JUGA: Pelbagai Masakan Sup Yang Simple Dan Mudah. Resepi Terbaik Untuk Hidangan Harian Satu Keluarga!
KUEY TEOW DAGING HALIA
Masakan ni bukan sahaja sedap rasanya, tapi sangat bagus untuk kesihatan kita. Bagi yang tak berapas sihat, rasa nak demam dan sebagainya boleh cuba buat kuey teaw daging halia ni. Serious sekali rasa je mesti korang akan suka!
RESEPI KUEY TEAW DAGING HALIA
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 paket kuey teow
- 1 biji capsicum – hiris kecil
- 3 tangkai daun bawang – hiris
- 2 biji tomato – potong kecil
- 2 cawan air
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu kecik garam
BAHAN PERAP :
- 200 gm daging
- 3 inci halia muda – hiris
- 1 biji bawang besar – hiris
- 2 ulas bawang putih – ketuk
- 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
CARA PENYEDIAAN KUEY TEAW DAGING HALIA :
▶ Mula-mula panskan minyak dan goreng kuey teaw sebentar. Kemudian ketepikan seketika.
▶ Hiris daging nipis-nipis je. Kemudian basuh dan toskan.
▶ Satukan semua bahan untuk perap. Perap sekejap lebih kurang dalam 30 minit.
▶ Cukup masa, panaskan minyak dan tumis bahan perapan sehingga daging lembut.
▶ Sentiasa kacau supaya tak hangit.
▶ Bila daging dah lembut, kuah pun dah sedikit pekat, Masukkan air dan garam. Kacau sampai sebati.
▶ Kemudian, masukkan capsicum serta tomato. Kacau supaya semua bahan rata dengan bahan tumis yang lain.
▶ Akhir sekali, masukkan kuey teaw dalam mangkuk dan tuang kuah ke atasnya.
▶ Hiaskan dengan daun bawang. Sedia untuk dinikmati!
KUEY TEOW SUP
Bila musim hujan, boleh cuba hidangkan kuey teaw sup ni. Sedap betul makan waktu dia masih panas dan makan dengan sambal kicap pedas. Jika ada yang tak suka kuey teaw boleh celur sekali mee atau bihun!
RESEPI KUEY TEAW SUP
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
BAHAN SUP :
- 1 rangka ayam
- Segenggam ikan bilis
- 2 keping dada ayam
- ½ sudu besar serbuk lada putih
- 3 litre air
- Bahan perasa (seasoning)
- Garam, gula & kiub bilis
BAHAN TAMBAHAN :
- 500 gm kuetiau jenis kecil dicelur
- Segenggam taugeh dicelur
- Dada ayam rebus (diacarik)
- Fish ball (dicelur)
- Bawang goreng
- Daun bawang (dihiris kecil)
- Sambal kicap
- Minyak bawang putih
- Chili flakes (jika ada)
CARA PENYEDIAAN KUEY TEAW SUP :
▶ Mula-mula sekali, masukkan air, rangka ayam, ikan bilis, dada ayam, serbuk lada putih dan bahan perasa.
▶ Didihkan atas api yang sederhana anggaran 45 minit hingga 1 jam. Ataupun sehingga ayam masak dan lembut.
▶ Bila dah lembut, angkat dan toskan. Dada ayam asingkan untuk kita sediakan bahan sampingan nanti.
▶ Kuah sup dalam periuk tu boleh rasa dan tambah apa yang kurang. Sediakan bahan-bahan sampingan untuk makan bersama.
Kalau nak makan kuey teaw ni sesuai di makan ketika masih panas. Sebab kuey teaw ni sejenis makanan yang cepat kembang. Baik goreng basah ke, buat apa-apa pun elakkan dia kembang.
Bagi yang gemar makan kuey teaw boleh masukkan list resepi masakan kuey teaw simple yang saya kongsikan ni dalam senarai wajib cuba tau! Sebab bila kita masak kuey teaw ni sedap, satu family seronok dapat makan puas-puas.
Boleh kongsikan di wall facebook masing-masing ye. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!