Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Aneka Masakan Kerang Yang Simple Dan Awesome. Resepi Mudah Untuk Hidangan Seisi Keluarga!

0

Kepada penggemar kerang, confirm akan suka dan teruja dengan perkongsian kali ni. Sebab saya akan kongsikan beberapa resepi masakan kerang yang boleh kita buat untuk hidangan keluarga!

Biasanya kerang ni terhad je cara masakan dia kan. Kalau tidak dibakar, direbus. Atau tidak pun bahan wajib dalam kerabu. Tapi rupanya ada banyak lagi masakan yang sedap-sedap boleh kita cuba dan rasa.

Jangan risau, sebab perkongsian kali ni saya kumpulkan resepi kerang yang mudah dan senang je nak follow. Selain makan dengan nasi putih, nak makan dengan nai impit, atau dengan pulut pun sangat sesuai!

Jom saya kongsikan cara-cara dan beberapa resepi kerang ni.

 

KERANG REBUS

Resepi paling simple tapi paling sedap kita nak makan. Cicah dengan sambal pedas macam ni memang tak payah makan dengan nasi pun tak apa. Tak sempat nak hiding dah habis dulu makan lepas rebus!

RESEPI KERANG REBUS

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 kg kerang (cuci bersih)
  • 1 biji bawang besar (saiz sederhana)
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 ½ sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 cawan air

CARA PENYEDIAAN KERANG REBUS :

▶ Basuh kerang hingga betul -betul bersih. Sediakan bahan bahan lain.

▶ Potong semua bahan. Masuk dalam periuk sederhana besar. Rebus dahulu kesemua bahan hingga mendidih.

▶ Masukkan kerang dan tutup periuk dalam 5 minit. Tutup api dapur.

 

RENDANG KERANG PUCUK UBI

Paling suka makan rendang kerang ni. Sebelum ni tak perasan pun resepi ni. Tapi bila buat rendang ni, boleh buat dengan pulut sekali. Memang marvellous lah rasa dia!

RENDANG KERANG PUCUK UBI

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Setengah kilo kerang (dibasuh dan direbus. Ambil isi)
  • 3 biji bawang kecil merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Segengam cili kering
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 cawan santan ( kalau pakai santan kotak kecil tu, gunakan separuh je)
  • Pucuk ubi ( Jika mahu. Taknak letak pon takpe)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • 3 batang serai (dititik)
  • 1 keping asam keping

CARA PENYEDIAAN RENDANG KERANG PUCUK UBI :

▶ Kisar dulu cili, bawang kunyit dan halia.

▶ Minyak satu senduk kecil. Tumis serai dulu hingga wangi baru masuk bahan kisar. Tumis dalam 2 hingga 5 minit

▶ Masukkan santan, kerang dan juga kerisik

▶ Masukkan pucuk ubi dan asam keping. Masak hingga kuah hampir kering

▶ Letak garam dan perasa secukup rasa masing-masing ye.

▶ Tutup api dan tabur daun kunyit. Gaul sebati.

 

SAMBAL TUMIS ISI KERANG

Sedapnya makan sambal tumis isi kering  dengan pulut. Makan panas-panas tima buat makan pagi atau makan petang. Memang terbaik!

RESEPI SAMBAL TUMIS ISI KERANG

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 20 tangkai cili kering*
  • 1 helai daun pandan (simpul)
  • 1-2 sdb air asam jawa
  • 1 mangkuk (+-200g) isi kerang
  • 1 biji bawang besar (hiris bulat)
  • Garam dan gula secukupnya

CARA PENYEDIAAN SAMBAL TUMIS ISI KERANG :

▶ Kisar bahan-bahan yang bertanda * dengan minyak masak secukupnya.

▶ Kemudian, panaskan kuali. Masukkan bahan kisar dan daun pandan. Tumis sehingga pecah minyak dan sambal bertukar ke warna merah gelap Tumis beberapa kali tau. ( Masukkan air, keringkan, dan masukkan  lagi air dan tumis lagi)

▶ Masukkan air asam jawa dan gula pasir.

▶ Masukkan pula hirisan bawang dan isi kerang.

▶ Perasakan dengan garam dan sedikit lagi gula (jika perlu). Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.

 

KANGKUNG PEDAS DENGAN KERANG

Sayur kangkung ni kan, selain masak dengan belacan sedap juga dimasak dengan kerang. Tumis dengan dan cili padi memang terbaik! Makan dengan nasi putih je pun boleh buat kita bertambah!

RESEPI KANGKUNG PEDAS DENGAN KERANG

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Seikat kangkung
  • 70 gm isi kerang
  • 1 sudu kecil garam
  • ½ cawan air

 

BAHAN KISAR :

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 8 tangkai cili kering

CARA PENYEDIAAN KANGKUNG PEDAS DENGAN KERANG :

▶ Kisar hancur semua bahan kisar. Kemudian, tumis bahan kisar sehingga garing.

▶ Masukkan sedikit air. Biarkan seketika sehingga mendidih.

▶ Kemudian masukkan kerang. Kacau sebentar dan masukkan kangkung.

▶ Kacau sekata. Perasakan dengan garam. Siap.

BACA JUGA: Pelbagai Masakan Menggunakan Tauhu Yang Awesome! Hidangan Ringkas Tapi Rasa Memang Padu!

KARI KERANG PEKAT TANPA SANTAN

Jarang nak jumpa kari kerang sebenarnya. Tapi kari kerang ni sekali dah rasa memang boleh buat kita susah dah lupa. Boleh extra kan dan buat makan dengan roti jala atau roti putih gardenia!

RESEPI KARI KERANG PEKAT TANPA SANTAN

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 biji bawang merah
  • 2 biji Bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ air asam jawa
  • ½ cawan air masak
  • ½ kilo kerang
  • Bendi
  • Daun ketumbar
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu besar serbuk cili babas
  • 1 sudu besar kari babas

CARA PENYEDIAAN KARI KERANG PEKAT TANPA SANTAN :

▶ Mula-mula sekali bawang ditumbuk kasar

▶ Tumis bawang. Masukkan serbuk cili dan kari. Tumis sekejap.. Masukkan air asam jawa dan air masak. Masak hingga mendidih..

▶ Masukkan kerang dan bendi. Garam secukup rasa.

▶ Agak-agak kuah dah pekat bolehlah tutup api masukkan tomato dan juga daun ketumbar

▶ Siap untuk dihidangkan

 

KERABU KERANG KACANG BOTOR

Sedapnya makan kerabu kerang kacang botor ni. Kerang yang segar dengan kacang yang rangup memang terbaik! Biasa nak dapat makan macam ni, dekat kampung atuk nenek, confirm senang dapat!

RESEPI KERABU KERANG KACANG BOTOR

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 6 batang kacang botor (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 1 batang bunga kantan (dihiris halus)
  • 1 inci carrot (dihiris halus)
  • 3 biji cili api hiris halus (nak pedas tambaah lagi)
  • 3 biji limau kasturi
  • 1 senduk kerang yang telah rebus
  • secubit garam

CARA PENYEDIAAN KERABU KERANG KACANG BOTOR :

▶Cara cara buat hiris halus kacang botor, bunga kantan, bwng merah, cili api dan carrot.

▶ Masukkan semua bahan hiris dalam satu bekas, masukkan kerang, air perahan limau, garam gaulkan sehingga sebati.Rasakan masin pedasnya.

▶ siapp dan sedia untuk dihidangkan!

 

Waah! Sedap jugak kalau kerang boleh dibuat pelbagai masakan macam ni kan. Mana tidaknya, kalau sebelum ni hanya beberapa resepi atas ni je yang pernah dbuat. Tapi rupanya ada banyak lagi masakan yang lazar dan menyelerakan boleh buat dengan kerang ni!

Kalau ada yang baru je tahu beberapa resepi masakan kerang ni, bolehlah cuba untuk buat dan hidangkan kepada family. Mana tahu ada yang suka dan jadi kegemaran pulak lauk kerang ni kan.

Jadi, boleh save dulu perkongsian ni dan share di ruangan wall facebook ye. Senang untuk kita scroll balik nanti dan semoga yang lain dapat manfaat dari perkongsian kali ni. Selamat mencuba ye semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.