Perkongsian Menarik Tanpa Sempadan

Aneka Masakan Ikan Siakap Yang Marvellous! Hidangan Mudah Untuk Jamu Seisi Keluarga!

0

Kalau dihidangkan dengan masakan ikan siakap, siapa yang mampu menolak kan? Ikan siakap ni, ada banyak masakan yang boleh kita buat. Tapi kebiasaannya mesti 3 rasa, stim limau, goreng rangup cicah sambal kicap dan sebagainya.

Ada orang yang lebih suka makan ikan jenahak berbanding ikan siakap. Namun beza kepada dua ikan ini, bagi saya ikan jenahak lebih banyak tulang berbanding ikan siakap. Kedua-duanya mempunya rasa isi yang manis dan sedap.

Dekat bawah ni saya kongsikan beberapa menu masakan yang boleh kita buat dan masak menggunakan ikan siakap. Jangan lupa sharekan dulu di wall facebook korang supaya ramai yang boleh dapat manfaat yang sama.

 

IKAN SIAKAP TIGA RASA

Biasanya kalau ada seekor je ikan siakap dekat rumah, pastinya masakan 3 rasa ni jadi pilihan. Rasa dia yang sedap ni dah confirm boleh buat kita makan bertambah!

RESEPI IKAN SIAKAP 3 RASA

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 ekor ikan siakap (basuh bersih, lumurkan garam dan kunyit)
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk dilumur pada ikan sebelum menggoreng)

 

BAHAN A (UNTUK TUMIS):

  • 4 ulas bawang putih – cincang kasar
  • 6 biji cili padi – hiris kasar
  • 1 inci halia – dihiris
  • 1 batang serai – diketuk

 

BAHAN B (UNTUK SOS):

  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram

 

BAHAN LAIN:

  • 1 labu bawang besar – potong dadu
  • 1 biji tomato – potong dadu
  • ¼ biji cili benggala kuning – potong dadu
  • ¼ biji cili benggala hijau – potong dadu
  • Nanas – potong dadu
  • 4 helai daun limau purut
  • Garam

CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP 3 RASA :

▶ Lumurkan ikan siakap dengan garam dan kunyit. Sapukan tepung jagung pada ikan. Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak.

▶ Apabila sudah masak, angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.

▶ Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 2 sudu besar minyak sahaja untuk menumis. Tumis bawang putih, halia, cili padi dan serai sehingga bawang putih kekuningan. Masukkan bahan sos dan limau purut. Kacau rata.

▶ Masukkan bawang besar, tomato, nanas dan cili benggala dan biarkan mendidih. Perasakan dengan garam.

▶ Curahkan kuah sos di atas ikan. Sedia untuk dihidangkan.

 

KENGSOM IKAN SIAKAP

Siapa yang sebelum ini tak pernah dengar nama masakan kengsom ni, sebenarnya masakan ni dari kampung. Masak kengsom ni salah satu masakan mudah seperti singgang. Senang nak buat dan serious sedap!

RESEPI KENGSOM IKAN SIAKAP

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 2 ekor ikan siakap
  • 1 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering (rebus)
  • 1 biji nenas (kecil)
  • 5 batang kangkung
  • 1 inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • ½ inci belacan
  • 1 sudu besar ajinomoto
  • 4 keping asam keping
  • 1 biji limau nipis

CARA PENYEDIAAN KENGSOM IKAN SIAKAP :

▶ Kisar cili kering yang telah direbus terlebih dahulu bersama dengan bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, halia dan juga lengkuas.

▶ Tuangkan dalam periuk dan renihkan kuah hingga mendidih.

▶ Kemudian, masukkan asam keping dan ikan. Ikan ni sudah dibasuh bersih dan potong ekcil-kecil.

▶ Kuah dah mendidih, ikan dah masak boleh perah limau nipis.

▶ Masukkan nenas yang telah dipotong nipis-nipis.

▶ Masukkan garam secukup rasa serta perasa ajinomoto.

▶ Akhir sekali bila semua bahan dah masak, masukkan kangkung. Biarkan sekejap

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

IKAN SIAKAP STIM LIMAU

Buat ikan stim ni kalau gunakan ikan siakap rasa dia lebih padu! Selalu nak makan order kedai Thai je, kali ni kita buat sendiri untuk hidangkan kepada keluarga.Serious sedap dan korang wajib cuba!

RESEPI IKAN SIAKAP STIM LIMAU

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Seekor ikan siakap
  • 1 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 4 biji limau nipis
  • 1 inci halia
  • 6 biji cili padi
  • Daun ketumbar
  • Cili merah besar
  • 4 sudu makan Sos ikan
  • 1 kiub ayam
  • 3 helai daun limau purut

CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP STIM LIMAU

▶ Cuci bersih ikan dan kelar bahgian badannya.

▶ Lumur ikan bersama garam dan sedikit air perahan limau. Kemudian masukkan hirisan halia dan serai ke dalam perut ikan. Masukkan ke dalam pinggan yang sesuai untuk mengukus.

▶ Setelah itu masukkan ke dalam periuk pengukus berisi air yang telah dipanaskan lebih awal. Jika suka tabur daun limau ke dalam pinggan ikan. Kemudian tutup dengan penutup kuali.

▶ Sediakan sos ikan, jus limau, dan bahan-bahan hiris seperti cili padi, bawang putih, kiub ayam dan air.

▶ Masukkan bahan-bahan ke dalam satu periuk kecuali daun ketumbar. Kemudian masak sehingga mendidih. Boleh tambah garam mengikut citarasa.

▶ Kemudian tuang kuah yang telah dimasak ke atas ikan di dalam kukusan dan sambung kukus sehingga ikan masak.

▶ Kemudian boleh taburkan hirisan limau nipis, daun ketumbar dan cili merah besar sebagai hiasan dan untuk aroma yg lagi menarik. Siap!

 

KARI IKAN SIAKAP

Tak pernah kari ikan siakap? Rugi laaah sebab kari ikan siakap ni sangat sedap!  Manis isi ikannya dan kuahnya pun elok berlemak dngan campuran santan dan rempah yang digunakan. Dah buat masakan kari extrakan kuah. Boleh buat roti jalan untuk minum petang!

RESEPI KARI IKAN SIAKAP

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 1 ekor ikan siakap (anggaran 500-600g)
  • 1 sudu rempah campuran (gambar kat bawah)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil asam jawa
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 biji tomato
  • 2 biji terung bulat
  • 8 biji bendi
  • 1 paket serbuk kari ikan adabi
  • ¼ sudu serbuk kunyit
  • 3 sudu Minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

 

BAHAN KISAR :

  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

CARA PENYEDIAAN KARI IKAN SIAKAP :

▶ Kisarkan bahan kisar sehingga hancur. Panaskan periuk isikan minyak. Tumiskan bahan kisar, daun kari dan rempah campuran. Tumis hingga kekuningan dan pecah minyak.

▶ Masukkan serbuk kari dan serbuk kunyit. Kacau dan tambah air. Biarkan mendidih dan bahan sebati.

▶ Kuah dah mendidih, masukkan santan, garam, gula dan asam jawa.

▶ Kemudian, masukkan ikan dan terung bulat

▶ Selepas terung agak masak masukkan pula bendi diikuti tomato. Siap dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Aneka Masakan Kurma Yang Lazat Dan Menyelerakan! Resepi Mudah Yang Semua Orang Wajib Buat!

ASAM PEDAS IKAN SIAKAP

Selain ikan pari dan ikan kembung, ikan siakap juga boleh dibuat masak asam pedas. Potong kepada beberapa bahagian lebih kecil dan masak bersama bendi sebagai pelengkap hidangan!

RESEPI ASAM PEDAS IKAN SIAKAP

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 ekor ikan siakap
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 2 inci belacan
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 5 tangkai daun kesum
  • Segenggam asam jawa (bancuh dengan secawan air)
  • Minyak untuk menumis
  • 1 sudu garam

CARA PENYEDIAAN ASAM PEDAS IKAN SIAKAP :

▶ Ikan dicuci bersih. Kisar cili kering, bawang merah, belacan dan bawang putih.

▶ Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak.

▶ Bila sudah pecah minyak,masukkan air asam jawa. Masukkan juga air sebagai kuah. Bergantung sebanyak mana kuah yang kita nak.

▶ Kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan. Biarkan mendidih sehingga masak.

▶ Boleh masukkan garam dan sayur bendi. Biarkan bendi sedikit lembut dan boleh ditutup api. Siap dan boleh dihidangkan!

 

SIAKAP MASAK KICAP PEDAS

Wah! Sedap betul kalau dapat makan masak kicap pedas macam ni. Makan pulak dengan ikan siakap garing, memang layanz! Walaupun nampak simple je nak buat dia, tapi sekali rasa confirm akan suka!

RESEPI SIAKAP MASAK KICAP PEKAT

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 5 sudu makan kicap cair
  • 5 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • 1 biji cili hijau (hiris nipis)
  • 5 biji cili padi (kalau nak pedas boleh tambah)
  • 1 biji tomato (potong 6)
  • 5 helai daun limau purut (carikkan)
  • ½ biji bawang holland (hiris nipis)
  • 1 batang saderi (hiris nipis)
  • sedikit gula
  • sedikit garam
  • Ikan (dilumur garam + kunyit kemudian digoreng)

CARA PENYEDIAAN SIAKAP MASAK KICAP PEDAS :

▶ Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam. Kemudian goreng sehingga masak ( boleh lumurkan tepung jagung untuk hilangkan bau)

▶ Kemudian sediakan bahan untuk sos kicap, masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga naik bau.

▶ Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap cair dan juga kicap pekat. Kacau rata

▶ Kemudian boleh masukkan tomato, cili, cili padi, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.

▶ Bila dah siap sos, boleh tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Siap untuk dihidangkan!

Banyak juga masakan yang boleh kita buat menggunakan ikan siakap ni kan? Selama ni kalau ada ikan siakap mesti buat 1 atau 2 resepi dekat atas ni je. Lepas ni dah boleh buat resepi  lain pulak.

Masakan ikan siakap ni ramai yang suka. Sebab isinya yang manis, banyak dan sedap dimakan dengan nasi panas. Nanti cuba buat dan boleh hidangkan untuk family tercinta.

Kepada yang baru nak belajar masak ikan siakap boleh follow beberapa resepi yang saya kongsikan dekat atas ni ya. InsyaAllah mudah nak buat semuanya.

Saya ucapkan selamat mencuba ye semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.